Monday 19 December 2016

Duta Rusia Di Turki Maut Ditembak Ketika Berucap

Duta Rusia Di Turki Maut Ditembak

duta
Satu kejadian mengejutkan berlaku di Turki.

Duta Rusia ke Turki, Karlov, yang ditembak dalam satu serangan dipercayai cubaan bunuh telah disahkan meninggal dunia.

Karlov ditembak ketika dia ingin menyampaikan satu ucapan di sebuah pameran foto di Ankara, Turki.

Menerusi rakaman siaran langsung pameran foto itu yang dikongsi oleh wartawan, kelihatan penembak melepaskan beberapa das tembakan ke bahagian dada Karlov sebelum duta itu jatuh ke lantai.

Penembak kemudian berdiri di sebelah mayat dengan mengangkat tangan sambil memegang pistol dan melaungkan pelbagai kata-kata.

Semua tetamu yang hadir lari lintang pukang menyelamatkan diri. Tiada tetamu lain yang ditembak.

Penyerang berkenaan kemudian telah pun ditembak mati oleh polis.

Penembak itu berusia 22 tahun itu dikatakan memasuki ke pameran itu menggunakan identifikasi polis.

Sumber: Mirror

The post Duta Rusia Di Turki Maut Ditembak Ketika Berucap appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2i9x4Tz
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2gWaBbT
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment