Wednesday 23 November 2016

Seekor Kucing Makan 13 Bangkai Kucing Lain Untuk Hidup

Seekor Kucing Makan 13 Bangkai Kucing Lain Untuk Hidup

meow

Satu kejadian yang memilukan buat pencinta haiwan berlaku di Australia.

Badan kebajikan dan kekejaman haiwan di Australia menemui 13 bangkai kucing dan seekor kucing yang masih hidup selepas menyerbu sebuah rumah di selatan Australia.

Di katakan 14 ekor kucing telah dikunci dan ditinggalkan di dalam sebuah rumah oleh tuan mereka.

Kerana terlalu lapar, kucing yang hidup mula makan bangkai kucing lain yang telah mati.

Hanya seekor kucing bernama Trooper terselamat dan ditemui dalam keadaan yang amat kurus kering dan kurang nutrisi.

Tuan kepada kucing-kucing berkenaan telah ditahan dan dia merupakan seorang wanita berusia 43 tahun.

Kini wanita itu dihukum untuk berkelakuan baik selama 12 bulan dan diharamkan daripada membela sebarang jenis haiwan.

Andrea Lewis yang merupakan inspektor penylamat haiwan telah menyeru kepada orang ramai supaya menjaga haiwan peliharaan mereka dengan baik.

Andrea juga menggesa haiwan belaan diberikan kepada sahabat atau saudara-mara jika pemilik terpaksa meninggalkan haiwan mereka untuk tempoh yang lama. -PENMERAHDOTCOM

mia

Cats eat each other after being abandoned in house, woman convicted of cruelty

Cats eat each other after being abandoned in house, woman convicted of cruelty

The post Seekor Kucing Makan 13 Bangkai Kucing Lain Untuk Hidup appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2f8CRvU
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2gnxhTK
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment