Monday, 28 November 2016

Isu Rohingya: Kerajaan Digesa Batal Pengambilan Pekerja Dari Myanmar

Kerajaan Digesa Batal Pengambilan Pekerja Dari Myanmar

batal

Kerajaan telah digesa membatalkan dasar pengambilan pekerja asing warga Myanmar oleh beberapa pihak.

Ini mrupakan sebagai reaksi awal membantah kekejaman dan penindasan dilakukan terhadap etnik minoriti Rohingya di negara itu ketika ini.

Perkara ini dikatakan oleh Presiden Persatuan Bekas Kakitangan Imigresen Malaysia, Che Hassan Che Johan.

Kebergantungan pada pekerja asing dari negara itu adalah tidak perlu memandangkan masih ramai pekerja asing dari negara jiran yang boleh mengisi pekerjaan di pelbagai sektor di negara ini.

Pihaknya juga mendesak kerajaan agar menghentikan lanjutan permit kerja kepada warga Myanmar yang bekerja di negara ini.

Menteri Dalam Negeri yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mempunyai hak dan keupayaan untuk mengambil tindakan tersebut.

Ini boleh dilakukan atas dasar kemanusiaan sejagat.

Beliau berkata demikian kepada akhbar Bernama. -PENMERAHDOTCOM

The post Isu Rohingya: Kerajaan Digesa Batal Pengambilan Pekerja Dari Myanmar appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2fKnR5U
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2gBWWqI
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment