Saturday, 26 November 2016

"Saya Beli Burger Kerana Akhlak Dia, Setiap kali ambil Duit, Tangannya Akan Ke Arah Dada Dan Ucap Alhamdulillah"

Terbaca sebuah kisah yang dimuatnaik oleh Mohd Rasidi Rahim ke laman Facebooknya ini tentang satu kisah yang agak mengharukan.

Kisah ini mengisahkan seorang peniaga burger di tepi jalan yang ikhlas berniaga, beliau dikhabarkan sanggup berhenti dan menolak tawaran kerja demi menjaga insan tersayang.

Siapakah insan ini? jom kita baca.


Beli kerana akhlak...

Pertama kali beli burger kat dia sbb stall tu je yg masih bukak walaupun dah pukul 12.30 malam... Masa tunggu tu, tak pernah lekang dari mulut dia, ucapan 'alhamdulillah' .

Cakap pun sopan sangat, setiap kali ambil duit orang beli burger, automatik tangannya ke arah dada sambil ucap 'alhamdulillah'. Secara tidak langsung menunjukkan sikap dia amat menghargai setiap rezeki yang diperolehi.

Mulai saat itulah aku nak cuba support dia... burger dia sedap lain mcm... mungkin dia buat dengan hati...

Hari ni aku beli lagi.. ringan mulut aku tanya dia siang keje apa... bila dia jawab, jaga mak yg kena kanser... aku macam blur tak tahu nak cakap apa. Dia ada ijazah dalam engineering lulusan MFI..

Sanggup berhenti kerja kat puchong dan menolak tawaran kerja hebat demi menjaga mak dia... allahuakbar... anak yang soleh.. jangan takut aim.. niat kau demi mak.. ALLAH akan bukakan laluan yg luas untuk kau nanti...

Aim burger.. lokasi depan pasar borong peserai, Batu Pahat., Johor...sebelum petronas baru kalau dr arah simpang lima..

Sharelah sebanyak mungkin..kalau bukan kita yg bantu.. sape lagi...

***update terbaru...kedai tutup hari khamis...waktu niaga dari pkl 6 ptg sampai malam...

Sumber: Siakap Keli


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2gfylZ7
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2fBqIyd
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment