Sunday, 27 November 2016

Bayi Menagis Siang Malam Lihat Apa Yang Ditemukan Doktor Ditelinga Bayi Ini Sangat Mengejutkan


"Doktor! Tolonglah anak saya ini, dah seminggu tak boleh tidur dan menangis siang malam. Dah banyak berjumpa dengan bomoh dan lain-lain orang jampi, hembus, bubuh macam-macam penghadang, masih juga menangis. Sawan tangis ke doktor?" rayu si ibu yang sudah pening dengan masalah anaknya.

Kasihan saya melihat ibu muda anak seorang ini dalam kegelisahan. Saya periksa sistem badan anak, okay saja. Tetapi saya ternampak telinga kiri anaknya kemerahan.

Bila diperiksa melalui autoscope, ternampak drakula kenit yang tersenyum pada saya. Saiznya? Gemuk gedempol, kenyang menghisap darah mangsanya. Drakula itu pada asalnya kenit seperti mata pin, tetapi dah membesar seperti saiz biji saga. Orang Penang panggil Sekenit. 


Drakul Sekenit / Ticks Ixodidae Acarina

Suka duduk dan berkawan dengan kita orang Malaysia. Tetapi dia tak kacau kita pada waktu malam tetapi suka kacau bila-bila masa sebab cuaca Malaysia yang panas dan lembab.

Dia main achilut atau polis and thief di semak samun. Tetapi selalu bersedia menyerang anda dan haiwan yang lalu lalang dengan melompat seperti Tarzan ke kulit mangsa. Drakula ini perlukan darah untuk hidup.

Sekenit akan mengorek kulit kita untuk membuang lubang. Satu alat khas seperti straw dikeluarkan untuk menghisap darah anda sehingga puas atau sehingga saiz badan meningkat 70 kali ganda dari saiz asal. Perutnya akan menjadi gemuk gedempol. Kadang-kadang terdengar ia 'berlahak' kekenyangan. Haha! Saya bergurau saja.

Bila kenyang, ia akan jatuhkan diri ke tanah untuk bertelur dan membiak. Jika ia membiak di kulit anda, makan akan banyak lagi Drakula yang akan menghurung ada dan binatang kesayangan anda. Kucing, arnab dan apa saja binatang peliharaan anda. Awas! Mungkin Drakula itu ada di kulit anak anda terutamanya di bahagian telinga!'

Semasa Drakula menghisap darah, kita akan rasa gatal, sakit dan kulit kemerahan serta bengkak di tempat gigitan.

Rawatan dan Pencegahan

Jangan merayau di kawasan semak samun. Drakula ada di sana menunggu anda.

Periksa binatang peliharan anda, ada sekenit atau tidak di telinga atau badannya.

Doktor akan menggunakan Forcep, kepit dan keluarkan Drakula yang perut buncit dan sapukan krim antibiotik.

Cara rawatan tradisional, nenek saya bubuh air tembakau atau air sireh saja. Drakula itu akan cabut lari. Hehe!



from Sehinggit Media News http://ift.tt/2gjDgs8
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2fnJAlD
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment