Friday, 25 November 2016

Mufti Gesa Putus Hubungan Diplomatik Dengan Myanmar Dan Menghantar Balik Kesemua Rakyat Myanmar Yang Bekerja Di Negara Islam


GEORGETOWN - Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor menggesa Malaysia memutuskan kesemua hubungan diplomatik dengan Myanmar.

Tegasnya, ia juga perlu dilakukan kesemua negara Islam di seluruh dunia.

"Kita juga perlu menghantar balik kesemua rakyat Myanmar yang bekerja di negara-negara Islam.

"Selain menegakkan agama Islam, ia juga bagi menunjukkan semangat setia kawan antara umat Islam, " katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kekejaman terhadap etnik Rohingya di Myanmar.

Wan Salim berkata, dia turut menyokong penarikan semula Anugerah Perdamaian Nobel kepada Aung San Suu Kyi.

Jelasnya, ia kerana beliau sudah hilang kelayakan sebagai penerima anugerah tersebut.

"Suu Kyi tidak menyumbang ke arah keamanan dengan berusaha membantah tindakan ganas dan kejam yang dilakukan oleh pihak junta tentera di negaranya ke atas masyarakat Muslim Rohingya.

"Malah masyarakat antarabangsa tidak seharusnya berdiam diri dan membiarkan sahaja Kerajaan Junta Tentera di Myanmar terus menerus melakukan tindakan pembersihan etnik terhadap komuniti Rohingya di negara itu," katanya.

Beliau berkata lagi sepatutnya tindakan zalim dan tidak berperikemanusiaan itu bukan sahaja perlu dikutuk.

Tetapi ia termasuklah dengan menghadapkan mereka yang tidak bertamadun tersebut ke Mahkamah Antarabangsa.

"Saya juga berharap supaya Malaysia dan negara-negara Islam lain mengambil langkah segera dengan mengeluarkan seluruh masyarakat Rohingya daripada Wilayah Arakan dan mengagihkan mereka di beberapa negara Islam yang kaya," katanya. - Sinar Harian



from Sehinggit Media News http://ift.tt/2gIkKNJ
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2gpOYAF
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment