Wednesday 23 November 2016

Sedihnya..Kisah Seorang Ayah Yang Pandang Rendah Anaknya Kurang Menyerlah Dalam Peperiksaan

Sedihnya..Kisah Seorang Ayah Yang Pandang Rendah Anaknya Kurang Menyerlah Dalam Peperiksaan

dok

Dalam kehidupan ini kejayaan datang dengan pelbagai cara. Ada yang hebat di dalam peperiksaan dan seterusnya berjaya mendapat kerja yang baik.

Ada yang kurang berjaya dalam peperiksaan tetapi masih mampu menjadi kaya dengan skil yang ada seperti berniaga dan bermain bola sepak.

Namun ada juga yang kurang berjaya dan hanya bekerja biasa sahaja. Tetapi setiap kejadian ada hikmahnya.

Jom baca kisah seorang bapa yang menyesal memandang rendah anaknya sendiri.

Ini luahannya:

Semua Anak Berjaya Kecuali Seorang

“Saya ada 4 org anak. Semua berjaya kecuali sorang. Ada doktor, enginer n lawyer. Tapi yg no 3 tak menyerlah langsung. Dpt gred 2 spm. Sangat mengecewakan sy. Tuisyen beratus ringgit sebulan.. tapi hasil tak de. Tak mcm abg, kakak n adik dia. Dpt straight A.

“Habis sekolah dapat lah kerja kilang. Duduk dengan sy. Tiap kali sebut pasal belajar mesti sy ungkit dia, ‘tengok mcm adik brdk yg lain, semua keja elok2. Kau sorang je keja kilang. Buat malu keluarga aje.’ Ini ungkapan yg selalu sy lepaskan pd dia.

“Masa berlalu pantas. Takdir Allah sy kena strok. Isteri sy pun sakit jugak. Tak mampu nak uruskan sy. Ingat ada ank yg jd doktor mudah la ckit. Tak juga. Harap ank2 lain semua sibuk ngan keja masing2. Hanya dtg lawat sesekali, lepas tu cepat2 nak balik.Masa ni anak ketiga dah kerja jauh dari rumah.

Anak Berhenti Kerja

“Satu hari ank ke3 balik dengan beg besar. Sy tanya kenapa. Dia jwp berhenti keja sebab nak jaga abah.

“Kelu lidah sy. Berhemburan air mata sy pd hari itu. Inilah anak yg paling saya kecewa dulu. Tp dialah yg menjaga sy hinga hari ini. Sy mohon ampun kpd Allah atas kesilapan sy yg dulu.

“Rupanya Allah jd kan dia kurang dlm pelajaran, tp Allah sertakan dia dng rasa tanggungjawab yg tinggi.

“Demikianlah Allah takdirkan sesuatu kpd manusia ada hikmahnya. Mungkin kita tak nampak sekarang, masa dapan kita tak tau. Bersangka baiklah dengan Allah.

“Bg ibubapa yg dpt result ank x cemerlang, Jangan kecewa. Gagal dlm peperiksaan bukan berakhirnya kehidupan. (Sumber)

Semoga kisah ini menjadi teladan buat semua. -PENMERAHDOTCOM

The post Sedihnya..Kisah Seorang Ayah Yang Pandang Rendah Anaknya Kurang Menyerlah Dalam Peperiksaan appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2g6srJU
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2gimMj8
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment