Thursday 24 November 2016

9 Petua Ini Berkesan Halau Semut Dengan Cepat Tanpa Menggunakan Racun


Tinggal makanan sekejap je atas meja makan dah penuh kena hurung dengan semut. Jadi apa yang perlu dilakukan? Senang je, tanpa menggunakan sebarang racun, korang boleh guna barang serta bahan yang dah sedia ada dekat dapur. Tak percaya? Meh cuba dekat rumah!

1. Cuka

Larutkan cuka dalam botol spray berisi air dan sembur di sudut atau tempat yang selalu semut hurung. Kena sentiasa sembur hingga anda sendiri nampak kesannya. Kalau korang nak tahu, cuka putih sangat berkesan untuk menghalau semut kerana cuka mengandungi aid dan baunya sangat kuat.

2. Kayu manis dan cengkih

Beli serbuk kayu manis dan taburkan di laluan semut. Korang biar je selama beberapa hari.

3. Serbuk kopi

Sama sahaja seperti serbuk kayu manis, korang hanya perlu tabur di laluan semut dan biarkan selama beberapa hari.Percayalah, semut akan hilang disebabkan bau kopi yang sangat kuat.

4. Soda penaik

Campurkan soda penaik dengan gula aising. Pastikan campuran tersebut nisbah 1:1 dan taburkan di kawasan yang kering. Kemudian, lihat sahaja hasilnya.

5. Daun Sirih

Cincang daun sirih dan tabur di laluan semut. Bau daun sirih ini akan menghalang semut untuk muncul di kawasan tersebut.

6. Air lada

Samada air atau tangkai cili kering. Kedua-duanya sangat berkesan menghalang semut. Letak air rendaman cili kering ke dalam botol spray dan sembur di kawasan semut. Ataupun, letak sahaja beberapa tangkai cili kering di kawasan laluan semut.

7. Kulit Telur

Korang bakar kulit telur hingga jadi abu dan tabur di kawasan semut. Selain semut, cara ini juga berkesan pada serangga seperti cicak dan banyak lagi.

8. Kulit Lemon/Oren

Semut tidak suka pada bauan ini. Ya, cincang kulit limau ini dan letak di kawasan semut. Disamping memberi kesegaran pada rumah, anda juga boleh menghalang semut untuk berada dalam rumah.

9. Daun pandan

Cincang sahaja daun pandan dan tabur. Nak letak daun pandan dalam gula atau ebras pun boleh! Confirm semut takkan jejak!

Apa yang penting, korang kena selalu jaga kebersihan rumah. Pastikan rumah dalam keadaan bersih untuk mengelakkan serangga yang tidak diingi berada dalam rumah.


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2gkBABx
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2fuKpr4
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment