Thursday 13 August 2020

Saya tak pernah letak jawatan – Tun Mahathir


KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr. Mahathir Mohamad sekali lagi menarik perhatian Dewan Rakyat apabila menegaskan beliau tidak pernah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Beliau berkata, sebaliknya apa yang terjadi sehingga membawa kepada keruntuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) adalah disebabkan oleh tindakan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengumumkan parti keluar daripada gabungan berkenaan.

Jelas Dr. Mahathir, ekoran itu jawatannya sebagai pemimpin nombor satu kerajaan juga terlucut kerana PH bukan lagi sebuah kerajaan yang berkuasa.

“Saya tidak letak jawatan. Ahli daripada kerajaan mungkin tidak faham Perlembagaan kita. Apabila parti Bersatu keluar daripada PH, maka PH pun jatuh tidak jadi kerajaan lagi.


“Jadi macam mana saya hendak letak jawatan lagi? Saya sudah tidak ada jawatan. Ini saya fikir payah nak difaham, diulang perkara ini berkali-kali macam tidak boleh dengar ke tidak tahu lah.

“Tetapi sebenarnya tidak ada peletakan jawatan. Saya cuma memberitahu kepada Yang di-Pertuan Agong keadaannya iaitu saya letak jawatan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika membuat celahan perbahasan Datuk Hasbulllah Osman (BN-Gerik) berkenaan usul Rang Undang-undang Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan 2020).

Sebelum itu, Hasbullah ketika berbahas berkata, adalah tidak munasabah pihak pembangkang menuduh Perikatan Nasional (PN) menjatuhkan kerajaan PH susulan tindakan Dr. Mahathir yang terlebih dahulu meletak jawatan.



from Sehinggit Media https://ift.tt/3gWDcNR
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2CpjwTN
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment