Sejak akhir-akhir ini, kerap sangat kita mendengar berlakunya kemalangan jalan raya terutama di kawasan curam seperti Cameron Highlands.
Terbaru, viral sebuah video di Twitter yang menunjukkan kemalangan yang berlaku dekat laluan Tapah ke Cameron Highlands apabila kereta Perodua Bezza dilihat melanggar sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan.
Yang buat kita semua marah dan tak puas hatinya ialah kereta Bezza merah tu telah memotong di laluan yang sempit dan curam. Siapa yang pernah pergi Cameron Highlands mesti tau kan macam mana kecil jalan nak naik ke atas tu.
Laluan Tapah ke Cameron Highlands ini seeloknya anda ikut sahaja kereta di hadapan tanpa perlu memotong kerana laluannya sempit & curam. Jika tidak, jadilah seperti dalam video ini. Kejadian berlaku semalam. pic.twitter.com/q4Jo4PgZUf— MyWatch (@My_CrimeWatch) August 17, 2020
“Kalau kereta kau je terbabas takpe, tapi kau libatkan orang lain”
Video tersebut telah mendapat respon negatif netizen yang memang marah sungguh dengan tindakan tidak bijak pemandu tersebut. Nasib baik tak accident teruk.
Sumber: Lobakmerah.com
from Sehinggit Media https://ift.tt/2Q5jMe6
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3aAbaoW
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment