Thursday, 13 August 2020

Barang kemas nilai RM20k, tapi luaran sahaja emas, dalamnya besi! Jangan sampai tertipu..


SEDANG trending pada masa ini ramai orang kita yang sedang ‘gila’ nak membeli emas sebagai aset katanya. Apa pun dalam keghairahan tersebut, jangan lupa untuk memastikan emas yang dibeli benar-benar tulen.

Rupanya-rupanya ada juga penjual emas yang mengambil kesempatan menangguk di air yang keruh ya. Jangan tak percaya dari luar perhiasan itu sememangnya disadur emas, tetapi di dalamnya besi!

Itu yang dikongsikan pelayar Facebook, menggunakan nama Akhtar Syamir yang mempunyai seramai 87,801 follower ini semalam yang tular hingga ke hari ini:

Tadi semasa saya kongsikan berkenaan emas 916 jadi 875, ramai yang kata kebarangkalian sebab Ar-Rahnu downgrade, kaedah pemeriksaan berlainan dan lain-lain. Ada yang betul, memang benar seperti yang dikatakan.

Tetapi ada juga kes yang mana kedai menjual emas yang tidak sama gred atau ketulenan dan yang lebih teruk, menjual emas yang luaran sahaja emas tetapi dalamnya besi. Seperti yang dikongsi oleh sahabat saya Gieanna Ali.


Ia dapat diketahui apabila gelang emas yang dipakainya terkopek dan terkeluar seperti tali. Kemudian dibawa ke Ar Rahnu dan ianya hanya saduran sahaja, dalamnya besi.

Tidak perlulah saya ceritakan siapakah bekas pemilik gelang coco gedabak “bernilai” RM20,000 ini dan tidak perlu saya ceritakan kedai yang mana kerana kedai tu sudah pulangkan duit semula. Itu pun setelah diugut untuk diviralkan.



Apa yang kita boleh pelajari di sini ialah kepentingan membeli emas di kedai yang dipercayai dan kepentingan menyimpan resit. Hanya resit itu sahaja bukti yang kira ada yang menunjukkan kita telah beli emas di kedai yang tertera di resit.

Ini penting apabila terjadinya kes sebegini yang berkemungkinan datang dari kedai yang tidak jujur atau kilang yang tidak jujur. Biasalah di dalam apa juga perniagaan, pasti ada yang tidak jujur. Termasuklah kedai-kedai emas ternama.

Berhati-hati apabila membeli. Kerugian yang bakal dihadapi sangat besar apabila melibatkan emas. Simpan resit, simpan resit dan simpan resit.


Menurutnya disebabkan itu beliau hanya membeli emas di kedai barang kemas yang diyakininya.

Moga mendapat manfaat daripada perkongsian beliau yang selalu menulis mengenai hubungan suami isteri, kekeluargaan dan isu semasa termasuklah tentang isu dan perihal emas

Sumber: Akhtar Syamir a.k.a BroOhsem via Sinar Plus


from Sehinggit Media https://ift.tt/2DNwxr3
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2PPRd3W
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment