Tuesday 4 August 2020

Lebih 70 Orang Terkorban Dan 4000 Rakyat Cedera Dalam Letupan, Lubnan Isytihar Darurat


Sebuah letupan besar yang berlaku di Beirut, Lubnan telah memusnahkan keseluruhan kawasan pelabuhan tersebut. Letupan setinggi 4.5 skala richer itu telah menyebabkan kerajaan negara itu mengisytiharkan darurat.

Letupan besar di Beirut


Terkini, Presiden Lubnan iaitu Michel Aoun memanggil Kabinet untuk mengadakan mesyuarat tergempar susulan letupan yang mengorbankan lebih 70 nyawa. 

Sementara itu, kerajaan Qatar dengan segera mengumumkan akan menghantar pasukan perubatan bantuan dan membina hospital sementara di tempat kejadian. Manakala, Turki juga mengumumkan untuk menghantar bantuan. Setakat ini, seramai 73 orang terbunuh dan lebih 4,000 penduduk tercedera di Beirut.


Seluruh negara juga diminta berkabung bagi mengenang mangsa dalam letupan tersebut. Dalam masa sama, kerajaan meluluskan sejumlah AS$65 juta daripada peruntukan belanjawan tahun ini sebagai bantuan kecemasan. Kilang berkenana telah diberi amaran sejak 2014 selepas didakwa melanggar peraturan berkaitan pengurusan keselamatan.

Akibat 2,750 tan ammonium nitrat

Memetik laporan BBC News, Kejadian itu dipercayai berlaku akibat letupan kira-kira 2,750 tan ammonium nitrat yang disimpan di dalam gudang tersebut. Bagaimanapun, siasatan daripada pihak berkuasa kerajaan masih dalam siasatan.

Sumber: Bernama TV, BBC News via Ohbulan.com


from Sehinggit Media https://ift.tt/3kcUkkB
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2EJEzBg
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment