Monday, 16 December 2019

“Ulama Dibunuh Satu Per Satu. Saudara Se-islam Dihantar Ke Kem” – TV China Batal Siar Perlawanan Arsenal Gara-gara Ozil Bela Uighur


Kisah kekejaman China terhadap orang Islam Uighur bukan rahsia lagi. Meskipun ramai yang membuat bantahan, penindasan yang berlaku ke atas golongan ini masih berterusan dan tiada jalan penyelesaiannya.

Baru-baru ni, bintang bola sepak Arsenal, Mesut Ozil telah memuat naik tweet yang mengutuk operasi kejam China terhadap minoriti Muslim di sana. 

“Al-Quran dibakar, masjid ditutup, sekolah Muslim diharamkan. Ulama dibunuh satu per satu” 

Menerusi tweet yang ditulis dalam bahasa Turki itu, Ozil bukan saja mengutuk operasi penindasan yang dilakukan China terhadap Muslim Uighur, malah dia juga telah mengkritik negara Muslim lain kerana gagal bersuara membantah kekejaman terbabit.


“Al-Quran dibakar, masjid ditutup, sekolah Muslim diharamkan. Ulama dibunuh satu per satu. Saudara se-Islam dihantar ke kem.

“Muslim tidak bersuara. Suara mereka tidak kedengaran,” kata Ozil dalam sebahagian kenyataan.


Berikut pula kenyataannya yang diterjemah ke Bahasa Inggeris:


Stesen TV China tarik balik siaran langsung perlawanan Arsenal dan Manchester City gara-gara Ozil? 

Sebaik saja mengeluarkan kenyataan berkenaan, stesen penyiaran kerajaan China, CCTV katanya telah menarik balik siaran langsung perlawanan antara Arsenal dan Manchester City daripada programnya, lapor Berita Harian.

Pemainan Liga Premier di London antara dua pasukan tersebut hari ini, pada awalnya dijadualkan disiarkan secara langsung di saluran sukan CCTV sebelum tengah malam. Jadual ni juga katanya telah keluar di akaun rasmi Weibo liga tu.

Walau bagaimanapun, CCTV telah menggantikan perlawanan dalam jadualnya itu dengan perlawanan yang dirakam antara Tottenham dan Wolverhampton Wanderers.

“Thank you brother, May Allah reward you” 

Rata-rata netizen yang mengikuti Ozil telah memberi kata-kata semangat dan menyokong tindakan bintang bola sepak tersebut.


Marilah kita mendoakan yang terbaik buat Muslim di sana. 

Sumber: Lobakmerah.com


from Sehinggit Media News https://ift.tt/34oJT4d
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2M1qBeZ
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment