Thursday 12 December 2019

"Saya Mangsa" – Wajah Digunakan Dalam Aplikasi ‘Deepfake’, Zul Ariffin Nafi Berbogel Di Video


Sejak akhir-akhir ini, nama pelakon kacak Zulkifli bin Ariffin menjadi bualan hangat, setelah tersebarnya satu video lucah yang memaparkan dirinya berbogel.

Susulan daripada kontrovesi tersebut, Zul telah menyahaktifkan akaun Instagramnya, membuatkan ramai berteka-teki dan pelbagai spekulasi mula timbul berkenaan dirinya.

Tidak mahu terus disalah anggap, hari ini pelakon sado tersebut telah mengeluarkan satu kenyataan, memaklumkan video yang tersebar itu adalah palsu dengan hasil suntingan menggunakan wajahnya.

“Saya jadi mangsa…”


Jelas pelakon J-Revolusi, dia telah menjadi mangsa hasil suntingan yang dikenali sebagai ‘deepfake’, yang sebelum ini sering terjadi kepada beberapa ahli politik dan orang kenamaan.


“Sedangkan muka Mark Zuckerberg pun orang boleh ‘deepfake’, inikan pula saya, senang sangat nak cari visual saya untuk buat ‘deepfake’ ni. Tak sangka pulak kali ini saya pula menjadi mangsa. Ingatkan benda-benda macam ni orang buat kat ahli politik saja…”

Nak rehat dari sosial media

Mengulas lanjut mengenai tindakannya menutup akaun IG, Zul berkata ia adalah kerana dia mahu berehat daripada sosial media.

Untuk maklumat ramai, sebenarnya ‘deepfake’ ini merupakan ebuah aplikasi padanan wajah individu yang diinginkan kepada wajah sasaran mereka dan mula dibangunkan di China.

Sumber : XTRA via https://ohmymedia.cc/


from Sehinggit Media News https://ift.tt/2YHcSz4
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2EmgFIV
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment