Dalam perkahwinan selalunya anak adalah pelengkap dan menambahkan kebahagiaan kan? Tapi, tidak bagi pasangan dari Surabaya ini yang berpisah selepas lahirnya putera sulung mereka. Menurut Tribun, Dina Oktavia, 21, ditinggalkan suaminya selepas dia melahirkan Muhammad Pandhu Firmansyah 5 bulan lepas.
Lebih memilukan hati Dina, suaminya itu juga telah menceraikannya sebelum hilang entah ke mana hanya kerana tidak boleh terima kenyataan anak mereka mempunyai kecacatan.
Suami saya sudah satu bulan ini pergi, katanya malu punya anak tidak sempurna.”
Doktor telah mengesahkan Muhammad Pandhu menghidap penyakit Hydrocephalus yang menyebabkan kepalanya membesar. Disebabkan itulah, suami Dina dikatakan berasa malu dengan keadaan anaknya itu yang tak sempurna seperti kanak-kanak lain.
Bukan setakat suami, tapi keluarga mentua juga tidak mahu mengaku Pandhu sebagai cucu mereka, hasil perkahwinan Dina dan suaminya. Sebelum ini keluarga suaminya memang tidak merestui perkahwinan mereka kerana latar belakang keluarga Dina yang miskin.
Ditambah pula dengan kehadiran Pandhu yang tidak sempurna, mereka kini sudah tidak mahu ada kaitan dengan Dina serta anaknya itu.
"Malu gara-gara cucunya gak sempurna."
Kisah penderitaan Dina dikatakan sudah mendapat perhatian ramai pihak selepas disiarkan di banyak platform media dekat Indonesia. Ramai yang mahu berjumpa dan menghulurkan bantuan kepada Dina serta anak kecilnya itu.
Patutlah suami perangai tak elok, satu family pun memang macam tu!
Sumber: Lobakmerah.com
from Sehinggit Media News https://ift.tt/2DCkbyp
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2OL0BX5
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment