Nampaknya cinta tu memang buta gais! Baru-baru ini ada sebuah kisah seorang janda anak dua berkahwin dengan karpet. Sis pelik betul lah dengan orang zaman sekarang ni. Macam-macam perangai ada, sampaikan karpet sendiri pun boleh jatuh cinta.
Pelik, tapi itulah realiti hidup seorang wanita berusia 26 tahun ini yang melangsungkan perkahwinannya bersama karpet kesayangan yang bernama ‘Mat’.
Tak ada lelaki lain ke? Hmm kesian sis tengok. Kalau korang nak tahu benda ni terjadi di Greater Manchester, England. Majlis perkahwinan Bekki dan 'Mat' dihadiri oleh keluarga dan kawan-kawannya.
Menurut berita tempatan, Bekki sangat menyayangi Mat kerana dia sering meluangkan masa bersama dan mendengar segala rahsia hati serta menjadi pendengar setia setiap hari.
Ibu kepada seorang anak ini mengumumkan perkahwinan ‘mereka’ kepada rakan-rakan terdekat. Bahkan, wanita ini mengambil keputusan untuk berkahwin dengan ‘Mat’ adalah kerana usikan daripada rakan-rakan.
“Kalau dah suka kenapa tidak berkahwin saja dengan karpet ini,” usik rakan.
Dengan memakai sut perkahwinan berwarna putih, wanita ini berjanji akan sentiasa mencintai dan menjaga ‘Mat’ sehingga kematian menjemput mereka.
“Setiap kali anak-anak tidur, saya akan baring dan bercakap dengan Mat tentang soal peribadi. Saya seorang ibu tunggal, jadi dia menjadi kepercayaan kepada saya.”
Tambahnya lagi, dia akan sentiasa pastikan Mat dalam keadaan bersih dan setiap hari dia akan membersihnya tanpa jemu.
Dia berasa lebih bahagia bersama Mat walaupun akan bersama dengan pasangan peliknya, dia tidak akan berjalan di atas karpet tersebut.
from Sehinggit Media News https://ift.tt/38FTAP7
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/34qKZMV
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment