Nama Da’i Nik Ahmad Farhan hangat diperkatakan apabila pendakwah itu berkahwin dengan seorang janda anak lapan. Da’i Nik Farhan mendedahkan sebelum ini 18 orang wanita berhasrat untuk menjadi isteri keduanya namun terpaksa menolak kerana tiada keperluan untuk berkahwin lagi.
Bagaimanapun, Da’i Farhan berkata dia tiada kekuatan untuk menolak serta tidak mampu untuk menolak takdir Allah yang sudah menetapkan jodohnya dengan wanita ke-19 yang kini sudah bergelar isteri keduanya.
“Jujur saya katakan, sudah 18 orang wanita sudah meminta untuk menjadi isteri kedua sepanjang tempoh beberapa tahun perkahwinan saya dengan Fatin (isteri pertama). Namun semuanya saya tolak dengan mudah, namun wanita ke 19 ini membuatkan saya tiada kekuatan untuk menolak.
“Masyaallah, auranya membuatkan saya terkenan kisah penyatuan cinta antara Nabi Muhammad SAW dan Siti Khadijah,” katanya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Da’i Nik Farhan menegaskan isteri pertamanya seorang yang berfikiran terbuka mengenai isu berpoligami kerana sebelum ini isterinya pernah meminta Da’i Nik Farhan untuk berkahwin dengan rakannya sendiri.
“Sejujurnya isteri saya pernah minta saya kahwin dengan rakannya sendiri atas dasar ingin membantu kenalannya itu. Ia bermakna dia dapat menerima untuk bermadu. Namun saya menolak mentah-mentah kerana tiada keperluan untuk berbuat demikian.
Terdahulu, Da’i Nik Farhan memaklumkan dia bernikah dengan isteri keduanya di Tanah Suci Mekah. Difahamkan, isteri keduanya merupakan seorang doktor dan ahli perniagaan.
Sumber: Rotikaya
from Sehinggit Media News https://ift.tt/2DJ8Hcg
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/35WUogm
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment