Sebak dada melihat Mat Sabu masuk TV1 dan dilayan sebagai seorang pemimpin negara.
Satu pengakhiran yang cukup indah buat seorang pejuang yang telah menyerahkan seluruh usia hidupnya untuk perjuangan.
Beliau dipenjara, dibuang daerah, difitnah, dilokap, disembur gas pemedih mata, dihina, dan dikasari. Pintu keretanya pernah dipecahkan oleh polis. Lututnya pernah cedera dan dimasukkan besi akibat kekasaran fizikal ke atasnya oleh pihak polis. Umurnya disiang hari habis turun naik mahkamah atas pelbagai dakwaan dan malamnya pula berceramah di seluruh negara.
Beliau kini bakal menjadi seorang menteri di peringkat persekutuan. Dia seorang pejuang yang hebat. Cabaran baru untuknya ialah untuk menjadi seorang menteri yang hebat juga.
Ianya tidak mudah!
Kredit : Jamjuri Ardani
from Sehinggit Media https://ift.tt/2jXxrDQ
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2IjU6F5
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment