Tuesday, 15 May 2018

Separuh Badan Hancur Digilis Lori


PENUNGGANG motosikal berusia 25 tahun maut digilis sebuah lori tiga tan dalam kejadian di Kilometer (KM) 16.5 Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) kira-kira jam 12.50 tengah hari, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari’at berkata, ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan dari Damansara menuju Subang, terjatuh dari motosikal apabila cuba mengelak kon keselamatan yang diletakkan di lorong kecemasan.

“Mangsa dikenali sebagai Mohamad Mas Solihin Mahanad berasal dari Banting tercampak ke tengah jalan dan kemudian digilis lori tiga tan yang sedang melalui jalan berkenaan.

“Akibat digilis, mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian badan serta kaki dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi hari ini.


Menurut Azman, polis sudah merakam percakapan pemandu lori berkenaan berusia 50 tahun sebelum dibebaskan.

Katanya, hasil siasatan mendapati, lokasi kejadian tidak dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) dan pihaknya sedang mengesan saksi bebas yang melihat kejadian terbabit.

“Kes ini kita siasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan kita berharap agar orang ramai yang melihat kejadian ini dapat tampil menyalurkan maklumat.

“Saksi boleh menghubungi balai polis berdekatan atau menyalurkan maklumat kepada pegawai penyiasat Inspektor Adibahtul Azizi di talian 011-10206989,” katanya

Sumber: Harian Metro


from Sehinggit Media https://ift.tt/2IpnfyJ
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2Ijf5Yq
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment