Sunday, 20 May 2018
BN Tewas Kerana Fitnah, Penyelewengan Fakta - Najib
PEKAN: Kekalahan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) adalah disebabkan kempen agresif Pakatan Harapan (PH) memburukkan pucuk pimpinan sebelum ini dengan menyebarkan fakta mengelirukan mengenai keadaan ekonomi negara.
Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak, berkata beliau antara sasaran pimpinan PH yang diserang dengan pelbagai fitnah bagi mencipta persepsi negatif dalam kalangan rakyat.
"Saya tidak merasakan begitu terkilan dengan kekalahan kita (BN) dalam PRU-14 yang lalu, ...rakyat sudah membuat pilihan dan kita akur dengan keputusan itu.
"Cuma apa yang saya sedih, ...ia (kekalahan) adalah disebabkan kempen memburuk-burukkan pemimpin BN, terutamanya saya dan keluarga paling teruk diserang dengan bermacam dakwaan (tuduhan).
"Selain itu, mereka (PH) juga menawarkan janji yang sangat menarik, janjikan bulan dan bintang, ...janji yang tidak boleh ditepati pun, tapi, itulah (yang rakyat) suka dengar dan akhirnya, rakyat membuat pilihan dengan memilih mereka," katanya.
Bekas Perdana Menteri yang juga Ketua UMNO Bahagian Pekan berkata demikian ketika berucap pada majlis Perasmian Serentak Persidangan Tahunan Cawangan dan Sayap-Sayap UMNO Bahagian bagi tahun 2018 di Dewan Amphitheatre, Bangunan UMNO Bahagian Pekan, dekat sini, hari ini.
Yang turut hadir, Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Datuk Seri Abu Bakar Harun; Ketua Wanita UMNO Bahagian, Datuk Zalmah Abd Rahman dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian, Datuk Shaharuddin Ahmad.
Kira-kira 1,000 pimpinan dan ahli UMNO Bahagian hadir pada majlis berkenaan.
Najib turut mengulangi kenyataan bahawa apa yang berlaku sepanjang minggu lalu adalah perkara yang di luar jangkaan semua pihak, termasuklah dakwaan kononnya beliau mencuri duit rakyat.
Katanya, tindakan kerajaan ketika ini yang mendakwa akan melaksanakan 'Rule of Law' sepenuhnya adalah tidak sejajar dengan tindakan mereka terhadap beliau dan ahli keluarganya.
"Mulanya mereka cakap nak ikut 'Rule of Law'...tapi, tuan puan pun tahu (lihat) apa yang saya dan isteri serta ahli keluarga lalui, ...mereka melakukan pemeriksaan dalam rumah saya, ...rumah anak-anak saya, semuanya mereka angkut (sita), hadiah kahwin anak saya pun mereka ambil, ...kasut cucu pun mereka ambil, ...apa maksudnya ini," katanya.
from Sehinggit Media News https://ift.tt/2kePx49
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2wWXYun
via merahhaticintaku.blogspot.my
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment