Di sebalik berita “gembira” pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim, terdapat lagi isu lain yang perlu diselesaikan, kata pemimpin Parti Amanah Negara (AMANAH) Hanipa Maidin.
Perkara itu, katanya, berkaitan dakwaan Tan Sri Shafee Abdullah, pendakwa utama dalam kes Liwat II, yang didakwa menerima RM9.5 juta daripada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Perlu juga disiasat dakwaan Sarawak Report pembayaran RM 9.5 juta kepada Tan Sri Shafee dari dana yang ada kaitan dengan 1MDB!
Hari ini kita amat gembira dan bersyukur DSAI telah mendapat pengampunan dan telah dibebaskan. Namun ada lagi isu yang perlu rakyat tahu cerita sebenar,” katanya.
Shafie dilantik mengetuai pasukan pendakwaan pada 22 Julai 2013 untuk mengendalikan kes itu di Mahkamah Rayuan walaupun kebiasaannya kerajaan akan menggunakan pendakwa awam.
Pada 2014, kerajaan pimpinan BN ketika itu memberitahu parlimen bahawa Shafee hanya dibayar RM1,000 bagi tugas itu.
Anwar juga memfailkan saman pemula untuk mengetepikan sabitan kes liwatnya berdasarkan dakwaan Sarawak Report, tetapi ditolak oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Menulis di Facebook, Hanipa berkata beliau percaya kerajaan baru akan mengarahkan siasatan terperinci mengenai dakwaan pembayaran itu.
Katanya, penyiasatan itu telah pun dituntut oleh Majlis Peguam, dibangkitkan di parlimen dan dilaporkan pada pihak polis tetapi hasilnya tidak jelas.
“Kami, Pakatan Harapan, tidak mahu membuat sebarang spekulasi,” katanya.
“Namun mengambil kira tuduhan yang amat serius itu dan keperluan untuk rakyat ketahui cerita sebenar, maka amat wajar kerajaan Pakatan Harapan mengambil tanggungjawab agar satu siasatan yang rapi, telus dan terperinci dilakukan bagi memastikan kebenaran dakwaan serius itu.
“Allah lebih tahu,” katanya.
Sumber: Malaysiakini
from Sehinggit Media https://ift.tt/2L32vyg
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2IqyNBM
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment