Monday, 14 May 2018

Tun Mahathir Hanya Makan Untuk Alas Perut - Bekas Pengawal Peribadi Dedah Rahsia


Berumur 93 tahun pada Julai tahun ini, Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat sangat bertenaga dan masih kuat bekerja. Menjadi Perdana Menteri Malaysia buat kali kedua selepas 15 tahun. 

Perlantikan Tun sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7 mengembalikan semula kenangan pengawal peribadi Tun, Saad Hashim, 77 tahun. 

Pak Ad pernah berkhidmat bersama Tun selama 30 tahun. 

“Saya sangat gembira apabila Tun dilantik sekali lagi dan terasa ingin bertugas kembali tetapi kudrat saya hari ini sudah tidak mampu lagi untuk bekerja. Ini berbeza dengan Tun walaupun sudah berusia 93 tahun tetapi masih mampu tunggang kuda dan kayuh basikal.


“Sejak dahulu lagi Tun sangat menjaga kesihatannya dengan hanya makan ala kadar untuk mengalas perut sahaja. Apa yang uniknya Tun tidak makan ikan kerana dididik oleh ibunya sejak kecil lagi,” jelasnya. 

Menurutnya lagi, Tun M seorang yang sangat menepati masa. 

“Tun seorang yang tegas dan berani. Jika beliau hendak sesuatu pasti akan pergi tidak kira sama ada bahaya atau tidak. Contohnya semasa pembinaan Universiti Utara Malaysia (UUM) dia mengajak saya bersamanya walaupun kawasan itu bahaya sebelum ini.

“Tun sendiri mahu melihat sejauh mana pembinaan UUM pada masa itu. Ini menunjukkan dia sangat mengambil berat tentang pembangunan serta pendidikan kepada masyarakat terutamanya pelajar yang mahu melanjutkan pengajian ke situ nanti,” katanya lagi. 

Sumber: Astro Awani


from Sehinggit Media https://ift.tt/2L1qL3S
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2wL4BQ6
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment