Saturday, 2 December 2017

(VIDEO) ''Saya Malu, Video Hanya Untuk ''Group'' Whatsapp Sepupu Dan Kawan," Wanita Pegang 'Kondom Berduri' Mohon Maaf


Seorang wanita berusia 26 tahun terpaksa menanggung malu serta menerima kecaman netizen setelah tular sebuah rakaman video yang menunjukkan dia sedang mempromosi serta menunjukkan cara menggunakan 'kondom berduri' pada Selasa lalu.

Dakwa wanita tersebut, dia menghasilkan video tersebut secara suka-suka dan bukan untuk disebarkan kepada umum sebaliknya untuk sepupu dan rakan wanitanya.

"Saya bukan nak ‘viralkan’ (tularkan). Saya buat sendiri video itu dan beri kepada sepupu dan rakan wanita dalam 'group' Whatsapp dengan tujuan untuk menjualnya kepada mereka.

"Malu sangat selepas 'viral' di Facebook (FB)," katanya.


Ujarnya lagi, dia yang bekerja di sebuah kedai menjual barangan kosmetik dan majikannya turut menanggung malu dengan penyebaran video tersebut.

"Dalam video tu saya juga ada menyebut nama sepupu saya. Video itu bukan untuk tatapan umum tetapi sepupu dan kenalan wanita saya saja.

"Bagaimanapun, sehari selepas saya kongsi video itu dalam 'group' Whatsapp yang hanya ada 10 ahli terdiri daripada sepupu dan rakan wanita saya, terus video itu 'viral'," katanya.

Dia bagaimanapun bergegas membuat permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas perbuatannya melalui akaun FB miliknya sejurus sahaja mendapat tahu bahawa video tersebut telah tular di media sosial.

"Bukan saya yang 'viralkan’, harap semua faham. Saya makan gaji dengan tauke kedai kosmetik, dia pun kena tempias dan malu.

"Apabila saya minta maaf, makin ramai yang tularkan.

"Saya akan lebih berhati-hati selepas ini," katanya lagi.

Sumber: Siakapkeli


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2AnfacG
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2jHefth
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment