Tuesday 5 December 2017

‘Tak Kuasa Nak Layan Orang Macam Tu’ – Bengang Dengan DSV, Elyana Dedah Tak Sentuh Pamoga?


Kecoh apabila penyanyi Elyana mengumumkan menghidap kanser limfoma tahap ke-4 pada malam penyingkirannya di pentas Gegar Vaganza (GV). Susulan pengumuman itu, ramai rakan artis meluahkan rasa simpati secara terbuka kepada Elyana. Malah, berita itu turut mengejutkan penaja utama program, Dato’ Seri Vida yang meluahkan rasa simpatinya dalam suatu temu bual eksklusif bersama penyanyi itu.

Dalam sesi itu, DSV sempat mempromosikan Pamoga sebagai produk yang mampu rawat kanser dari tahap ke-4 ke tahap ke-2. Ketika ditanya mengenai pengambilan produk itu, Elyana berkata dia mengamalkan Pamoga tiga kali sehari sambil akui ia menjadikannya lebih bertenaga. Walau bagaimanapun, baru-baru ini penyanyi itu mendedahkan dia sebenarnya tidak pernah mengambil produk itu dalam melawan kanser.



‘Tidak pernah ambil Pamoga’


Dalam muat naik Instastory live penyanyi itu, dia menjelaskan ‘terpaksa’ berkata sedemikian dalam temu bual itu kerana ingin membalas budi usahawan berkenaan.

Cakaplah dah dia tanya minum ke tak, takkan nak cakap tak minum, tak bagus. Kita nak menolong.

Tapi bila dia cakap saya macam ni, macam ni. Tak kuasalah aku nak menolong orang macam tu..

Difahamkan Elyana membuat pendedahan itu setelah DSV dipercayai ‘mengutuk’ penyanyi Kalis Rindu itu di belakangnya. Betul ke?

DSV kutuk Elyana?


Tidak pasti apa isunya. Apa-apa pun kita doakan yang terbaik untuk Elyana.

Sumber: OHBULAN


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2ik0lxc
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2kraMDz
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment