Tuesday 5 December 2017

Suami Awak “Punya” Besar Ni Je. Isyarat Jari Kelingking Dari Lelaki Pakistan Akhirnya Makan Diri !!! Puncanya…


Seorang pekerja kedai runcit warga Pakistan dibelasah penduduk kampung selepas mengeluarkan pertanyaan dan aksi yang kurang sopan kepada isteri orang yang merupakan eksekutif pemasaran.

Ketua Polis Kota Bharu berkata suspek juga menunjukkan isyarat jari kelengkeng bagi membandingkan kemaluan suami mangsa dan suspek juga mengajak mangsa melakukan hubungan dalam insiden 9 pagi kelmarin, lapor Kosmo!.


“Mangsa yang ketakutan dan bimbang dengan keselamatan dirinya, terus memberitahu adiknya sebelum adiknya keluar daripada kereta dan memberi amaran supaya jangan mengganggu kakaknya.

“Suspek kemudian menafikan perkara tersebut dan berlaku pergelutan antara mereka. Suspek mengeluarkan kayu dan terus memukul adik mangsa,” kata ACP Baharom Abu.

Baharom berkata selepas menghantar mangsa, 32, pulang, adiknya kembali ke kedai runcit dan memberi amaran sekali lagi sebelum suspek, 41, mengeluarkan pisau untuk mencederakan lelaki itu.

“Orang ramai yang melihat kejadian tersebut membantu adik mangsa dan telah memukul suspek hingga cedera,” katanya suspek dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II sebelum ditahan.

Lelaki berkenaan disiasat bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan, dan Seksyen 509 kanun yang sama kerana cuba mengaibkan kehormatan seseorang.


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2BLFlbc
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2A74PlV
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment