Friday, 1 December 2017

Satu Dalam Sejuta! Pemuda Berjaya Menangkap Spesis Ikan Keli Berwarna Kuning Dengan Kilauan Keemasan Yang Sangat Cantik Dan Unik


Ikan keli merupakan satu spesis ikan air tawar yang amat biasa kita temui di mana-mana parit, sungai dan tasik. Ia juga merupakan satu spesis yang amat mudah sekali dibiakkan. Namun pernahkah anda mendengar dan melihat spesis ikan keli berwarna kuning dan badannya berkilauan bagai emas. Rasanya amat bertuah bagi sesiapa yang dapat menemui dan menangkap spesis ikan keli yang terganjil di dunia ini.

Seorang pemuda bernama Huangxin yang berasal dari Bandar Ruichang di Wilayah Jiangxi telah berjaya menangkap seekor ikan keli berwarna kuning keemasan di tebing Sungai Yangtze di China.


Keseluruhan badan ikan keli ini berwarna kuning dan berkilauan bagai emas. Kepalanya amat luas dan rata dengan dua misai yang panjang serta mulutnya yang lebar. Perutnya berwarna putih dengan berukuran panjang 40 sentimeter dan seberat 2.4 kilogram.


Menurut sumber, ini bukan kali pertama ikan keli berwarna kuning dapat ditangkap. Terdapat laporan yang menyatakan beberapa orang yang bertuah telah berjaya menangkap ikan keli berwarna kuning sebelum ini. Namun dalam tangkapan satu dalam sejuta ikan keli ini, ia merupakan tangkapan spesis ikan keli yang jarang dan unik dijumpai.


Dalam kehidupan habitat semulajadi, sekiranya haiwan hidup dengan warna dan rupa yang berbeza selalunya ia menjadi umpan mudah bagi pemangsa yang lain dan kadar spesis ini untuk bertahan amat rendah. Ikan keli berwarna kuning seberat 2.4 kilogram ini adalah spesis yang amat unik dan jarang ditemui.


Menurut kajian, sebab mengapa ikan keli berwarna kuning adalah disebabkan mutasi kepada warna pigmen di dalam tubuh mereka. Oleh itu, rupa parasnya menjadi unik dan jarang terdapat di dunia, dalam kebarangkalian satu dalam sejuta.


Dengan rupa dan warna kuning yang menarik itu telah menyebabkan ia amat mudah dikesan oleh pemangsa dan selalunya jarang mencapai umur dewasa.

Bukan ikan keli sahaja yang berwarna kuning, malahan ada juga ikan kap yang berwarna kuning.

Pada 14 Februari 2017, seorang petani bernama Yoa telah menemui ikan kap kuning emas di Tasik Chaohu di Wilayah Anhui, China. Yao telah melihat satu objek seperti ikan yang berkilauan di dalam kolam ikannya.

Beliau telah menangkap ikan itu dan berjaya membawanya keluar dari dalam kolam dan menyedari warnanya yang lain dari yang lain dengan kepalanya yang berwarna keemasan dengan warna kemerahan di badannya. Cantik bukan?


Ikan kap kuning emas ini berukuran 85 sentimeter dengan ketinggian 30 sentimeter dengan beratnya 7.8 kilogram. Yao dan isterinya amat gembira dengan penemuan ikan kap kuning emas yang sangat unik ini. Mereka berasa amat bertuah dan diberkati!


Apabila, gambar kedua-dua ikan berwarna kuning yang unik ini disiarkan, ia menjadi perbincangan yang hangat di kalangan para netizen di media sosial dan ada yang memberi komen, “Berbuat baik pada diri sendiri dan lepaskan ikan. Ia akan memberi tuah dan nasib yang baik kepada anda.”

Ada pula netizen yang berkata, “Sungai telah tercemar. Ia mungkin telah menyebabkan proses mutasi kepada kulit ikan sehingga berubah menjadi warna kuning.”

Apa yang penting, spesis ikan air tawar ini sangat cantik dan unik untuk dilihat. Hanya orang bertuah sahaja yang dapat menangkapnya!

Sumber: Era Baru


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2i8Onq9
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2Ao4qst
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment