Perkahwinan bukanlah sesuatu yang mudah kerana ia memerlukan kesabaran dan pengorbanan daripada suami dan isteri. Selain itu, pasangan yang hendak berkahwin perlulah bersedia dari segi mental dan fizikal bagi memastikan perkahwinan itu dapat bertahan lama.
Walau bagaimanapun, masih terdapat golongan yang sanggup berkahwin pada usia yang muda gara-gara kerana cinta biarpun terdapat undang-undang yang mengatakan kanak-kanak yang belum cukup umur perlu dicegah daripada berkahwin.
Namun, itulah yang berlaku baru-baru ini di Lampa, Kecamatan Mapili, Polewali Mandar, Sulawesi Barat di mana satu pasangan remaja berusia 16 tahun memilih untuk berkahwin, lapor Detik News.
Menurut Coconuts, kisah pasangan muda itu menjadi bualan ramai apabila gambar perkahwinan mereka tersebar luas di media sosial baru-baru ini. Pasangan pengantin, Arling dan Andiri merupakan rakan sebaya dan masih bersekolah. Dek kerana saling mencintai antara satu sama lain, mereka berdua tekad untuk berkahwin seawal usia remaja. Aduhai…
Gambar perkahwinan mereka itu juga turut menarik perhatian Suruhanjaya Perlindungan Kanak-kanak Indonesia (KPAI) kerana usia pengantin lelaki tidak mencapai usia minimum yang dibenarkan untuk berkahwin mengikut undang-undang.
Menurut pengerusi KPAI, Susanto, pihaknya akan menyiasat tentang perkahwinan dua remaja ini kerana terdapat undang-undang perlindungan di mana ibu bapa wajib untuk mencegah perkahwinan anak di bawah usia.
Kami akan mendalami pernikahan ini. Jika benar ianya terjadi, hal ini sangat membimbangkan. Padahal terdapat undang-undang perlindungan anak mewajibkan ibu bapa untuk mencegah perkahwinan anak yang di bawah umur.”
Sambung Susanto lagi, isu ini tidak boleh diambil ringan walaupun anak-anak mereka ingin berkahwin atas dasar cinta. Ini adalah kerana perkahwinan bukanlah sesuatu yang mudah seperti yang dibayangkan. Setiap pasangan perlulah matang dalam pemikiran bagi membolehkan mereka mengurus rumah tangga dengan baik.
Pesuruhjaya KPAI, Jasra Purba pula berkata perkahwinan bagi pasangan yang belum matang ini adalah berisiko daripada segi kesihatan serta perhubungan. Sambungnya lagi, usia yang elok untuk berkahwin adalah pada usia 22 tahun di mana mereka sudah bersedia secara mental dan fizikal.
Pengantin bawah umur ini, secara fizikalnya tidak bersedia untuk menghadapi kehamilan kerana badan mereka belum matang. Mereka juga tidak bersedia daripada segi kewangan sekaligus akan membawa kepada penceraian.”
Di Indonesia, usia minimum dibenarkan berkahwin adalah 16 tahun bagi perempuan dan 19 tahun bagi lelaki seperti yang telah termaktub di dalam Undang-undang No. 1/1974 Tentang Perkahwinan.
Aduhai… Mudanya dah kahwin. Harap ibu bapa dapat membantu mereka sepanjang tempoh awal perkahwinan.
Sumber: Lobakmerah.com
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2nmUpZB
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2BtGXW1
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment