Tuesday 5 December 2017

Ibu Muda Berusia 12 Tahun Sorok Bayi Dalam Laci Kabinet


SIBU: Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun ditahan selepas teman wanitanya yang bawah umur melahirkan seorang bayi lelaki dan menyembunyikannya di dalam laci.

Timbalan Ketua Polis Sibu, Supritendan Martin Koo berkata, remaja lelaki tersebut ditahan selepas remaja perempuan berusia 12 tahun itu mendakwa dia adalah teman lelakinya.

"Gadis itu melahirkan bayi sendirian di rumah keluarga angkatnya di Kampung Bahagian Jaya pada pukul 6 petang.


"Bimbang sekiranya orang luar mengetahui mengenai perkara itu, dia menyembunyikan bayinya dalam laci di kabinet bilik stor," katanya kepada pemberita pada Selasa.

Kira-kira pukul 4 petang Selasa, kakak angkat remaja perempuan itu yang berusia 16 tahun dikejutkan dengan tangisan bayi di dalam rumah.

Kakak angkat suspek menjumpai seorang bayi yang dibalut dengan tuala di dalam laci.

Pemilik rumah itu kemudiannya menghubungi pihak polis bagi memaklumkan tentang kejadian tersebut.

Remaja lelaki terbabit ditahan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas tuduhan merogol.

Sumber: Mstar Online


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2AboUrA
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2iUHbBM
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment