Saturday, 2 December 2017

“Hancur hati Saya Bila Lihat Pada Suami Banyak ‘Gigitan Cinta’ Di Badannya.” Apa Yang Saya Dah Buat?


Di sini saya nak ceritakan kisah saya buat pengajaran pada wanita dan isteri di luar sana. Saya ibu tunggal bersama tiga orang anak. Saya diceraikan suami pada tahun lepas dan seminggu sebelum saya diceraikan, ex mula berubah perangai, dingin dengan saya, tidak mahu lekat di rumah dan akhirnya dia mengaku sudah tawar hati dengan saya dan menyesal berkahwin dengan saya dan berbaloi ceraikan saya dan tinggalkan anak-anak.

Perkahwinan saya mencecah 11 tahun. Saya terlalu memendam rasa tentang perangai ex. Dia pernah berskandal dengan dua bini orang sehingga bawa ke ranjang, selalu keluar masuk rumah urut. Saya jadi trauma mahu percaya pada dia. Perkahwinan kami pernah runtuh akibat taklik yang dia buat sendiri dan akibatnya kami nikah semula selepas saya bersalin anak ke tiga.

Waktu itu saya memang sudah tawar hati dengan semuanya. Dia bersungguh-sungguh mahu menikahi dengan saya tetapi saya berat hati. Mengenangkan anak-anak yang masih kecil, saya ketepikan ego saya dan cuba untuk terima dia semula. Dia bersumpah akan menjaga saya baik-baik, bina rumahtangga semula dan bantu saya dalam uruskan rumahtangga. Tetapi itu semua kata-kata manis untuk mendapatkan kepercayaan saya sahaja. Akhirnya, sekali lagi saya diduakan.


Untuk kali ke 4, dia mencari segala salah saya untuk melepaskan diri. 3 hari selepas saya diceraikan melalui Whatsapp dia sudah pun pergi hiking dengan perempuan murah itu. Alangkah kecewanya saya bila saya sendiri nampak lehernya penuh dengan love bite sedangkan tempoh cerai kami belum lagi mencecah sebulan pun. Senangnya dia cari ganti. Senangnya dia buang orang yang susah payah 11 tahun hidup bergolak emosi dengan dia, yang berkali-kali bagi peluang baru dalam hidup dia.

Kemuncak segala-galanya bila saya sendiri yang menjumpai dia dan perempuan simpanannya bersekedudukan di dalam rumah syurga saya dan anak-anak. Kami anak beranak kau halang untuk balik, kau tukar kunci mangga sedangkan kami berhak untuk terus tinggal di sana. Kau suruh kami bagi privasi untuk kau. Rupa-rupanya itulah privasi dan kebahagiaan yang kau cari.

Aku kau pukul sampai lebam seluruh badan depan anak kita yang sulung dengan alasan mahu lindungi perempuan itu daripada aku. Apa yang kau fikir perempuan akan waras bila tengok orang lain yang tiada kaitan ikatan sah dengan kau ada dalam rumah yang dulunya syurga dia dan anak-anak. Kau dengan boxer dalam rumah yang gelap jam 10 malam kau kata dia tumpang mandi sedangkan seluar dalam maroon Hush Puppies dia dalam bakul baju kotor kau?

Oklah, perempuan murah, mungkin persepsi yang kau kata ini ada maruah itu tidak mungkinlah orang yang ada maruah ini boleh duduk serumah dengan lelaki ajnabi? Yang boleh berpelukan di dalam kereta di khayalak ramai. Itu kau kata dia pegang gitu-gitu? Habis itu, leher dia penuh love bite itu maruah yang macam mana ye? Rakusnya kau ini, bermaruahlah sangat.

Mungkin aku bukan isteri yang sempurna yang tidak boleh melayan kau seperti maharaja macam yang kau pinta, nasi berhidang, air berhantar. Adakalanya, aku culas dengan anak-anak dengan rumah tangga. Anak kecil kita baru mahu masuk usia 2 tahun. Fully breastfeed. Betapa gigihnya aku berusaha mahu berikan anak aku susu badan, letih.

Tetapi bil aku letih, kau cakap aku malas, anak-anak tidak mahu berenggang langsung, ada kau bantu? Terpekik macam mana pun kau buat tidak tahu saja, kerja yang boleh settle setengah jam jadi berjam-jam, sedangkan kita pergi kerja sama-sama, naik kereta yang sama, balik rumah sama-sama. Tapi kau fitnah aku dekat kawan-kawan kau dengan alasan aku curang dengan jantan lain sebab itu kau ceraikan.

Sungguh aku kecewa, aku kecewa sebab bagi kau peluang berkali-kali dengan harapan kau akan berubah, ya memang kau berubah, berubah jadi lebih teruk. Kau pun tidak suka bawa anak-anak jalan-jalan kan? Leceh susah mahu bergerak kau kata, sebab itu kau enjoy sangat dengan life kau sekarang. Bebas mahu balik Subuh hari-hari, rumah itu kan hotel kau?

Kalau kau mahu bangkitkan isu aku tidak layan kau tempat tidur, mari sini aku mahu ingatkan, siapa yang suruh pasang implan dulu? Bukan kau ke? Tetapi yang bayar kos implan itu aku juga. Hormon aku tidak sama dengan orang lain, selang seminggu aku datang bulan, macam mana aku nak layan nafsu kuda kau? Sejak kau ceraikan aku ini, dua bulan period aku non-stop sampai aku terpaksa ambil ubat untuk berhentikan period. Semua itu kau tidak pernah fikir, yang kau tahu komplen saja!

Memang kau kejam sebab tidak izinkan kau bawa anak aku balik. Semenjak aku nampak love bite kat leher kau itu lah aku tidak izinkan dan apa yang aku boleh fikirkan betul-betul berlaku bila kau berani bawa perempuan itu tidur di rumah.

Sekarang, anak-anak sudah tahu perangai kau itu. Aku tidak pernah hasut anak-anak untuk benci kau, tetapi anak-anak yang tidak mahu balik ke rumah kau. Kau suruh kami ikat perut sebab tidak bagi anak beli baju sekolah sedangkan kau boleh pergi bercuti dengan betina itu. Tanggung dia. Tidak payah cakaplah dia yang keluar duit setiap kali kau orang keluar dating. Tidak akan sedayus itu kau ini? Kau bagi nafkah RM600 saja untuk anak-anak sedangkan kau mampu dan kau tahu tahap mana gaji aku. Kau cakap aku berkira dengan anak-anak sedangkan baki gaji aku mahu hidup sampai hujung bulan hanya RM200. Allah, kenapa kau kejam sangat?

Aku sudah move on. Aku sudah tiada masalah untuk teruskan hidup aku macam biasa. Allah sudah selamatkan aku dari lelaki kejam dan zalim macam kau. Oh ya, terima kasih buat keluarga kau yang sudah block aku semua. Entah apalah cerita buruk yang kau sudah sampaikan kat sana. Sampaikan orang luar pun boleh cakap kesiankan aku sebab mentua tidak pernah suka aku dari awal kahwin. Rupa-rupanya, patutlah semua tidak masuk campur bila sudah berlaku macam ini. Mengadulah macam mana pun pada mentua, sikit pun mereka tidak kisah.

Takpelah, aku ini orang luar. Sejak aku sudah jadi orang luar ini, aku memang sudah tidak sukalah orang lain tahu pasal hidup aku. Jadi tidak perlulah tahu pasal aku dan anak-anak lagi dah. Sungguh hati aku sakit dengan penganiyaan dan kezaliman ini. Langsung tiada rasa belas ehsan. Sejak aku diceraikan sekalipun korang tidak ambil kisah pasal aku dan anak-anak. Demam ke, sudah makan ke? Telefon tanya khabar memang tidak lah!

Hari jadi anak aku, lagi haram mahu diingatkannya. Jadi tidak perlulah aku anggap hubungan itu ada apa-apa lagi. Enough. Aku kecewa dengan korang semua. Korang salahkan aku penyebab ex aku buat maksiat? Allah. Kalau sekali itu boleh terima akal, ini sudah 4 kali, aku juga ke salah sedangkan aku yang kena belasah teruk?

Buat perempuan perampas Fiqa Naktimin, puas sudah runtuhkan rumahtangga orang? Puas dapat buat maksiat dengan lelaki orang? Aku berdoa satu hari nanti kau akan terima balasan sama macam aku terima. Tidak kau, adik-adik kau atau pun anak cucu-cicit kau. Kau ingat aku tidak tahu kau menipu waktu aku dan keluarga aku datang ke rumah kau? Aku cuma hormatkan bapa kau tahu tidak? Kalau tidak memang aku sudah tularkan muka tidak tahu malu kau itu. Niat aku mahu selamatkan maruah keluarga kau tetapi nampaknya memang kau tidak ada maruah rupa-rupanya. Aku memang tunggu saja report dara yang mak kau kata nak buat itu. Yakin sangat ank makcik itu suci ye?

Allah itu maha adil, hari ini korang semua aniaya aku anak beranak, esok lusa belum tentu korang selamat. Buat wanita-wanita yang senasib dengan saya, korang buktikan korang kuat, tidak perlu bergantung harap pada jantan tidak guna macam itu. Allah SWT ada. pasang badan cantik-cantik. Anak itu besarkan dengan sempurna dan paling penting, jangan bagi peluang pada orang macam itu. Tidak berbaloi. Cekalkan hati, doa orang teraniaya ini makbul.

Sumber: KRT


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2zHVEEq
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2BtsZU4
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment