Gambar hiasan
PELAJAR perempuan tingkatan satu dirogol bergilir-gilir oleh tujuh remaja lelaki yang dikenalinya melalui WeChat di tapak pembinaan perumahan di Machang Bubok, Bukit Mertajam, awal bulan ini.
Dalam kejadian 5.15 petang, 4 September lalu, mangsa yang berusia 13 tahun itu dibawa ke lokasi terbabit dengan motosikal sebelum dia dirogol semua suspek.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, kejadian itu terbongkar selepas mangsa membuat laporan mendakwa dia dicabul dua remaja lelaki di sebuah hotel, Isnin lalu.
Menurutnya, ketika disoal siasat berhubung kes cabul berkenaan, mangsa memberitahu anggota polis yang dia juga pernah dirogol bergilir-gilir, awal bulan ini.
"Mangsa mendakwa dia mengenali semua suspek melalui WeChat dan susulan daripada itu polis menahan tujuh remaja berusia 15 dan 16 tahun bagi membantu siasatan.
"Kita sudah merujuk mangsa ke hospital dan hasil pemeriksaan mendapati memang mangsa dirogol," katanya.
Sumber: Harian Metro
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2wENDm1
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2hmbH6F
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment