Thursday, 28 September 2017

Dikritik Tudung Singkat Dan Baju Ketat, Bapa Mia Sara Mohon Maaf


Penampilan pelakon kanak-kanak Mia Sara pada malam anugerah Festival Filem Malaysia ke 29 (FFM29) dengan mengenakan tudung singkat dan baju kelohatan ketat telah mendapat kritikan segelintir netizen.

Ayah kepada pelakon kanak-kanak itu menerima teguran netizen berkenaan, beliau juga menjelaskan bahawa baju yang digayakan Mia tidak ketat seperti yang diperkatakan sehingga memperlihatkan bahagian dadanya.

"Saya mengaku tudung yang dipakai Mia pada malam tersebut agak singkat dan saya terima segala teguran.

"Namun, bajunya tidak seketat yang anda nampak dalam gambar itu. Kalau lihat secara berdepan, baju itu longgar sahaja. 

"Mungkin disebabkan sisi kamera yang mengambil gambar sehingga nampak bahagian dadanya jelas," kata Ridz ketika dihubungi mStar Online.

Hadir dengan menggayakan busana bewarna merah mengikut bentuk badan menyebabkan Mia atau nama sebenarnya Mia Sara Nasuha itu dikecam hebat oleh netizen.


Mereka turut mempertikaikan tudung yang dipakai oleh Mia kerana terlalu singkat sehingga menampakkan bonjolan pada bahagian dada dan tidak sesuai untuk gadis pada usianya.

Ayahnya memberitahu bahawa segala persiapan Mia pada malam itu dilakukan di saat-saat akhir menyebabkan dia tidak dapat membetulkan pakaian anaknya.

"Saya mengaku tudung Mia terlalu singkat dan ia adalah kesalahan saya sendiri. Semua yang dilakukan pada saat-saat akhir. 

"Kami mendapat jemputan untuk hadir pada malam itu pun kurang dari dua minggu. Manakala baju Mia siap sehari sebelum.

"Tak sempat nak cari tudung yang sesuai dan kebetulan baju itu ada hiasan di bahagian bahu," ujarnya.


Atas perkara itu, Ridz juga memohon maaf jika ada pihak yang tidak suka dengan pakaian anaknya itu.

Ridz merasakan Mia kelihatan cantik dengan busana yang digayakannya.

Namun begitu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada netizen yang memberikan komen-komen positif terhadap anaknya.

"Saya minta maaf jika ada pihak yang tidak suka atau selesa melihat pakaian Mia. Tapi bagi mata saya, dia tetap kelihatan cantik. 

"Untuk netizen yang komen positif itu saya mengucapkan terima kasih. Yang negatif itu, saya dan Mia biarkan sahaja," katanya.

Sumber: Siakapkeli


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2wmpaxT
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2xDwrea
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment