Saturday, 30 September 2017

Jumpa Bayi Usia Sebulan Ini Di Tepi Jalan Raya Bawah Panas Terik. Apa Yg Ada Bersama Bayi Itu MENGEJUTKAN !!!


Seorang lelaki seolah-olah tidak percaya dengan apa yang dilihatnya sewaktu sedang memandu di jalan raya yang sibuk pada hari Sabtu. Bukan bangkai haiwan yang ditemui oleh Roger Prater dan rakan gerejanya tetapi seorang bayi yang ditinggalkan di tepi jalan raya!

Sekitar jam empat petang, Roger telah menemui bayi berusia satu bulan berkenaan yang ditinggalkan di tepi jalan Oklahoma. Suhu pada waktu itu sangat tinggi mencecah 30 darjah Celcius membuatkan Roger dan rakan-rakannya mengambil keputusan untuk memberhentikan kenderaan dan membantu bayi malang ini.

“Saya tidak menjangkakan ini pada awalnya. Dengan nada berbisik, saya memberitahu isteri saya bahawa saya fikir saya telah menemui seorang bayi dan isteri saya sangat terkejut”.

Roger, 46 tahun kemudian keluar dari kenderaan bagi mengesahkan apa yang dilihatnya.

Menurut Roger, “Bayi tersebut tidak langsung bergerak. Matanya tertutup rapat. Sebaik sahaja saya meletakkan tangan pada pemegang kerusi bayi tersebut, matanya mula terbuka”.

Walaupun sudah terdedah kepada panas terik matahari dengan bunyi yang bising dari kesesakan jalan raya, bayi ini kelihatan baik dan tidak mengalami sebarang kecederaan.


Kemudian salah seorang daripada kumpulan gereja tersebut menemui sijil kelahiran, kad keselamatan sosial dan wang tunai bernilai lebih RM23,000 bersama-sama bayi berkenaan.

Walaupun masih terkejut dengan peristiwa ini, mereka segera menghubungi talian kecemasan sambil membawa bayi tersebut memasuki kenderaan mereka.


Bantuan kecemasan diberikan setelah bayi tersebut tiba di hospital dan pegawai kecemasan menganggarkan bayi malang ini telah ditinggalkan di jalan raya tersebut dalam tempoh lebih kurang 30 minit sebelum ditemui Roger.


Pihak berkuasa tempatan kemudian berjaya menjejaki ibu kandung kepada bayi berkenaan dan dia bakal dihadapkan atas tuduhan mengabaikan bayi.

Menurut Sarjan Gary Knight dari Jabatan Polis Oklahoma, “Si ibu telah dibawa ke hospital untuk penilaian. Kesnya masih berada di bawah siasatan pihak polis”.

Sementara itu, kisah bayi ini mendapat tumpuan daripada ramai pihak yang berminat untuk menjadikannya sebagai anak angkat.

Sumber: Era Baru via http://ift.tt/2mv1p5E


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2g0B1eE
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2hCFEiE
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment