Friday, 22 September 2017

Kamal Adli Dan Emma Maembong Dah Ready Nak Kahwin


Pasangan secocok, Kamal Adli dan Emma Maembong kini dikatakan sudah sedia untuk menamatkan zaman bujang masing-masing.

Menurut satu sumber, Kamal berkata walaupun dia sudah bersedia untuk berkahwin namun dia masih lagi menyerahkan soal jodohnya pada yang Maha Esa.

“Jika hendak diikutkan target saya untuk mendirikan rumah tangga adalah empat tahun lepas, namun jodoh belum tiba lagi hingga kini,” ujarnya.


Dia juga percaya pada jodoh dan apabila semua sudah bersedia pasti jalan untuk menuju ke alam perkahwinan itu akan dipermudahkan.

Tambah Kamal lagi, ketika ini dia harus mempersiapkan dirinya dengan mengumpul aset bagi menjamin masa hadapan. 


Menurut Emma pula, dia berkata dia juga sudah bersedia untuk menamatkan zaman bujangnya dan apabila tibanya waktu itu nanti dia akan terus bernikah tanpa perlu bertunang terlebih dahulu bersama kamal.

“Kami sudah bersedia berkahwin dan saya serahkan pada jodoh bila masanya tiba nanti.

“Kami juga tidak akan mengadakan majlis pertunangan kerana pada saya bertunang itu tidak relavan lagi pada zaman sekarang yang mana kita semua sudah boleh berkenalan terlebih dahulu dengan pelbagai media yang ada,” ujar Emma.

Emma juga turut memberitahu, jika mereka sudah benar-benar mempunyai tarikh untuk berkahwin nanti, mereka tidak akan merahsiakan perkara itu dan akan mengumumkannya kepada semua.

Tidak dapat dinafikan pasangan ini memang sangat secocok dan ramai yang turut mendoakan agar hubungan mereka akan sampai ke jenjang pelamin.


Semoga termakbul doa peminat yang mengiringi hubungan pasangan ini untuk melihat mereka berumah tangga.

Sumber: Astro Gempak


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2jSR4zU
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2hoxXcs
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment