Salah siapa badan naik kalau bukan salah diri sendiri? Haa jangan sibuk nak mengeluh kalau korang sendiri tak berpantang makan. Punca berat badan naik adalah disebabkan faktor pengambilan makanan yang tidak terkawal.
Bukan sahaja makanan, minuman yang tinggi kandungan gula juga penyebab berat badan berlebihan. Sebenarnya nak kurus tak memerlukan diet yang ekstrem pun, cukup sekadar diet seimbang dan tidak mengambil minuman manis. Percaya atau tidak, pengambilan air putih akan menurunkan berat badan korang? cuba amalkan dalam masa sebulan dan lihat perubahan diri.
Dalam masa sebulan, korang boleh turun 4 kg tapi dengan satu syarat, jangan sesekali ambil minuman bergula dan gantikan dengan air putih. Teringin atau terliur macam mana sekalipun, keraskan hati untuk minum air putih sahaja.
Selain itu, bersenam dan jangan ambil coklat atau makanan yang manis. Elak sama sekali makanan ringan atau jajan. Pastikan air putih dibawa kemana-mana sahaja. Kena disiplin dan kalau korang berjaya ikut cara ini, insyaallah berkesan. Hasilnya timbang selepas sebulan. Yang penting, korang tak salah diet okay ! - Sehinggit Media
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2hI7rhb
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2iWEfTT
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment