Monday, 16 January 2017

Terkini: Gempa Bumi 5.5 Mangitud Landa Sumatera, Gegaran Boleh Dirasai di Beberapa Kawasan di Semenanjung Malaysia



Gegaran gempa bumi yang melanda utara Sumatera, Indonesia dapat dirasai sehingga ke beberapa kawasan di semenanjung Malaysia.

Menurut EMSC, gempa yang bermagnitud 5.5 pada skala ritcher itu berkedalaman 10km dan berlaku pada kira-kira jam 8.42 malam.



Gempa itu disahkan oleh Malaysian Meteorological Department(METMalaysia) menerusi kenyataan di laman Facebooknya sebentar tadi.

"Gempa bumi sederhana telah berlaku pada jam 8:42 malam pada tarikh 16/01/17 3.3 Utara 98.4 Timur dengan magnitud 5.5 dan kedalaman 10km di Utara Sumatra, Indonesia.

"Gegaran dirasai di Semenanjung Malaysia." tulis kenyataan itu.

Selain itu, beberapa pengguna internet di Selangor, Kuala Lumpur, Penang dan Perak juga turut melaporkan ada merasai gegaran.





 Sumber: ESMC

from :) http://ift.tt/2jBnRF5
via Mudahnya Memasak Di Dapur

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2jomHj9
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment