Monday, 23 January 2017

Nak Hilangkan Kutu Rambut? Cuba Anda Guna Tiga Cara Ni


Menghilangkan kutu rambut di kepala bukanlah sesuatu yang mustahil, bahkan ianya mudah sekiranya menggunakan cara dan teknik yang betul. Tapi perlu ingat bahawa ianya mengambil masa dan disiplin. Admin nak kongsikan pada anda 3 cara untuk menghilangkan kutu rambut dengan mudah. Selamat mencuba!

1. Bawang merah
Biasanya bawang merah sering kita manfaatkan untuk masak, namun siapa sangka kandungan sulfur putih yang ada dalam bumbu dapur satu ini ternyata sangat berkesan untuk membunuh kutu di rambut.

Cara mengilangkan kutu di rambut dengan bawang merah:

Sediakan 4 sampai dengan 5 bawang merah, lalu kisar hingga halus
Apabila sudah berbentuk pes, perah bawang tersebut dengan memasukkannya ke dalam kain terlebih dahulu
Sekarang sapukan minyak bawang merah tadi secara merata keseluruh bahagian rambut, urut sebentar selama kurang lebih 10 minit.
Seterusnya tutup rambut dengan tuala basah hangat selama dua jam
Setelah itu, sikat rambut dengan menggunakan sikat khusus kutu. Kutu yang sudah mati akan jatuh dengan sendirinya.

2. Minyak kelapa
Minyak kelapa mampu menghilangkan kutu rambut dan telurnya secara semulajadi.
Cara menghilangkan kutu dengan minyak kelapa:

Pertama kamu oleskan minyak kelapa pada bahagian rambut secara merata
Selepas itu urut sebentar kiranya 10-15 minit agar meresap
Tutuplah rambut yang telah diolesi minyak tadi dengan shower cap selama semalaman
Pada keesokan harinya basuh rambut dengan menggunakan syampu sehingga bersih. Lalu sikat rambut dengan penyisir khusus kutu.

3. Minyak kayu putih dan limau nipis
Minyak kayu putih sering kita gunakan sebagai penghangat badan ketika sedang demam, flu, ataupun yang lainnya. Perpaduan antara minyak kayu putih dengan limau nipis ternyata cukup mujarab untuk mengatasi kutu di rambut.

Cara mengatasi kutu rambut dengan minyak kayu putih:

Perah 2 buah limau nipis dalam mangkuk, kemudian tambah 6 sudu makan minyak kayu putih. Campurkan  bahan tersebut hingga tercampur sekata.
Sapukan campuran tadi secara rata keseluruh bahagian rambut, agar meresap, pijcit secara lembut dan diamkan 2 jam
Selepas itu, bilas campuran tadi dengan menggunakan air suam atau boleh dicuci.

Sumber: Cantikkku


from :) http://ift.tt/2jr88Ie
via Mudahnya Memasak Di Dapur

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2kbt0Eq
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment