Selama solat di AEON, ini kali pertama solat dalam keadaan takut. Saya diserang tanpa sebarang sebab yang munasabah.
Saya pergi ke toilet sebelum solat, seperti biasa. Saya masuk ke surau dengan seorang gadis berambut blonde dan pakaian pendek. Saya tak kisahlah, dia nak solat.
Dah dapat tempat, bermulalah insiden ada beberapa makcik memandang-mandang gadis itu tadi. Kebetulan saya dengan gadis itu berkongsi sejadah. Saya senyum sajalah like, 'no problem girl, chill'. Saya buat bodoh saja pada makcik yang memandang.
Bila kami nak bangun ambil wuduk, seorang makcik berhampiran kami marah.
"Cina mana boleh masuk sini!"
Saya seperti, "apalah makcik?"
Gadis itu dah malu dan berkata, "saya Melayu, cik" sambil tersenyum pada makcik itu.
Kemudian makcik itu mula kecoh dan membebel.
Saya kasihan tengok gadis itu, terus tarik tangan dia dan kata, "dah, jom pergi ambil wuduk".
Segalanya okay sehinggalah kami masuk semula ke tempat solat, ada seorang makcik kata, "pakai baju anjing, tak sah solat" yang mana dia merujuk pada baju yang dipakai oleh saya seperti dalam ini.
Beberapa saat kemudian, ada seorang makcik ini terus menarik telekung saya dan gadis itu, tak nak bagi kami solat. Menyirap membandung dah masa itu. Nasib baik belum angkat takbir lagi.
Saya terus cakap baik-baik pada makcik itu.
"Cik, saya dengan kawan saya nak solat, boleh?"
Terus dicantas, "Mana boleh!"
Saya tergelak masa itu. Kemudian saya pusing depan semula, nak angkat takbir itu, dia tarik telekung dan rambut saya sampai saya terjatuh. Masa itu, gadis blonde itu dah menangis ketakutan dan tiada seorang pun yang menghalang/menegur perbuatan makcik itu. Tiada seorang pun.
Saya rasa nak menangis pada masa itu tapi tahan saja, jadi saya suruh gadis itu solat cepat-cepat. Saya malas nak tinggikan suara sebab makcik itu orang tua, kan. Jadi saya kata elok-elok,
"Cik, kami datang nak solat saja, bukan nak bergaduh. Dia blonde dan pakai ketat, itu hal dia dengan tuhan. Baju ini pun, saya beli bundle saja. Janji saya pakai sebab nak tutup aurat. Salah ke?"
Tahu pula makcik itu diam. Kemudian ada seorang kakak ini kata, "dah dik, sambung solat". Masa itu dah bersyukur ya rabbi.
Saya dengan gadis itu tak fikir apa, terus angkat takbir dan solat. Tangan saya menggigil, bacaan kucar kacir tetapi cuba untuk fokus juga pada masa itu. Habis saja salam kedua, terus saya lilit shawl dan pegang tangan gadis itu dan ajak dia keluar cepat.
Masa keluar itu, dia asyik meminta maaf pada saya dan semasa solat saya dengar macam-macam dari makcik yang melemparkan kata-kata kurang enak terhadap kami berdua. Menangis juga dibuatnya ketika solat.
Gadis itu freehair, jadi masa kami keluar itu merasa jugalah dia kena tarik manja. Kami pergi ke washroom tingkat lain masa itu juga. Ianya satu pengalaman yang mengerikan dan tidak pernah terfikir ada juga orang seperti ini di Malaysia yang majoritinya muslim. Lebih menyedihkan lagi, tiada seorang pun yang menghalang tindakan makcik itu.
Gadis itu pula rasa serba salah dan ucapkan terima kasih kepada saya. Saya selamat dah sekarang, Alhamdulillah.
Peringatan kepada semua, jika anda berada dalam situasi ini, jangan hanya melihat saja, bantulah mereka.
Ada orang tanya di AEON saya dan gadis itu terkena, saya tak ingin dedahkan sebab itu tidak penting.
from :) http://ift.tt/2kl5041
via Mudahnya Memasak Di Dapur
from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2kIfsAp
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment