Sunday 1 January 2017

Jamal ingatkan pemfitnah 'balasan ALLAH itu pasti'


SHAH ALAM - Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos mengingatkan kepada pihak-pihak tertentu yang mereka cerita dan memfitnahnya supaya berhenti daripada melakukan perkara sia-sia tersebut.

Katanya, sekiranya mereka itu terlepas daripada hukuman dunia, hukuman di akhirat pasti akan menanti mereka jua.

"Kalau boleh saya tidak mahu komen benda-benda bodoh ini, beritahu dekat mana, kalau lihat di media sosial macam-macam serangan ke atas saya secara peribadi, keluarga dan sebagainya dan saya tidak peduli apa yang mereka nak kata, mereka nak kata saya curi elektrik ke, kereta, basikal, kapal terbang dalam media sosial ini kadang-kadang mereka bukan hendak melakukan kebaikan tetapi hanya untuk jadikan sebagai memfitnah seseorang, jadi perkara ini adalah tidak bertanggungjawab.

"Mereka nak kata di media sosial terpulanglah kerana kalau mereka terlepas dari undang-undang, atau daripada bala di dunia, insya-ALLAH, janji ALLAH itu adalah benar, di akhirat mereka tidak akan terlepas walaupun sedikit, ingat fitnah itu dosanya lebih besar daripada membunuh," katanya kepada Sinar Online.

Jamal berkata demikian bagi menjawab dakwaan mengenai syarikat miliknya dikatakan mencuri elektrik milik Tenaga Nasional Berhad, TNB dengan cara mengubahsuai meter tenaga elektrik di premis yang diduduki oleh syarikat miliknya.

Memetik laporan portal yang kini viral media sosial mendakwa TNB terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM 82,029,06 akibat kecurian yang dilakukan oleh syarikat Jamal Holding Sdn Bhd yang didakwa milik Jamal.

"Ini fakta dalam kes mahkamah, bukan petik dari langit ya," tulis pengendali Facebook Freinds of Selangor.

Mengulas lanjut mengenai isu ini, Jamal berkata kalau perlu beliau bertindak, beliau akan lakukannya.

"Jadi nak katakan apa sahaja bagi saya tidak ada masalah dan tak peduli apa-apa pun yang nak dikata, tetapi kalau ada tindak balas daripada saya seperti laporan polis dan lain-lain, terpulanglah...tanggung sendiri," katanya lagi.

Dalam pada itu, tegas Jamal beliau akan terus bekerja keras pada tahun ini, walaupun dirinya terpaksa menempuh perjalanan yang agak berduri.

"Saya rasa orang ramai dan pengguna media sosial lain, maklum apa yang mereka lakukan ini adalah sesuatu serangan secara peribadi kerana kelantangan saya mengkritik kerajaan Pakatan Selangor baru-baru  ini mereka sengaja menimbulkan  fitnah kerana kumpulan yang dilatih pakatan memang pakar untuk melakukan fitnah," ujarnya lagi. - Sehinggit Media

Sumber: Sinar Harian


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2iu6jef
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2hIPKOv
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment