Wednesday 23 November 2016

Gesaan Pasukan Malaysia Tarik Diri Dari Perlawanan Piala AFF di Myanmar

Gesaan Pasukan Malaysia Tarik Diri Dari Perlawanan Piala AFF di Myanmar

tarik

Ramai pihak dilihat menggesa pasukan bola sepak negara, Harimau Malaysia menarik diri daripada menyertai perlawanan Piala AFF di Myanmar.

Ini sebagai solidariti membantah kekejaman rejim Junta terhadap orang Islam di sana.

Mengikut laporan media, beribu-ribu penduduk Rohingya di Rakhine, yang berdekatan dengan sempadan Bangladesh, meninggalkan kampung halaman mereka bagi mengelak menjadi mangsa kekejaman yang dikatakan melibatkan pasukan keselamatan Myanmar.

Ini antara komen yang menggesa Malaysia menarik diri.

PAS Kulim

Naib Yang Dipertuanya, Mohd Khairi Salleh berkata, rejim Junta bertindak kejam dan melampaui norma kehidupan apabila mencabuli hak etnik Rohingya yang beragama Islam, termasuk membunuh.

“Junta terlalu melampau, sepatutnya kerajaan yang dipilih secara demokrasi mengutamakan hak semua termasuk etnik Rohingya. Malaysia sebagai sebuah negara majoriti Islam juga sepatutnya menggunakan saluran Asean untuk menekan pentadbiran Yangoon secara politik.

“Langkah menarik diri daripada terlibat dalam sukan berprestij itu adalah pengajaran buat Myanmar yang menindas etnik Rohingya,”

Dr MAZA

Mufti Perlis ini juga dengan lantang mahu Malaysia menarik diri.

“Saya bersama dengan rakyat Malaysia yang prihatin terhadap nasib umat Islam di Rohingya Myanmar menggesa pasukan bola sepak yang mewakili negara ini menarik diri dari menyertai Piala AFF di Myanmar.

“Ini sebagai membantah kekejaman dan kezaliman yang sangat dahsyat yang dilakukan oleh kerajaan Myanmar terhadap penduduk Rohingya. Wanita, kanak-kanak dan orang awam dibunuh, dirogol, dibakar hidup-hidup dan segala jenayah kemanusiaan yang lain yang dilakukan atas kuasa pemerintah Myanmar.

“Apalah ertinya sukan tanpa kemanusiaan. Lebih dari itu, ia merupakan kezaliman yang teramat ke atas satu etnik manusia dan mereka itu beragama Islam. Ketegasan kerajaan dalam hal ini amat diharapkan.

Komen KJ

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan membangkitkan semula isu berkaitan gesaan supaya skuad Harimau Malaysia menarik diri daripada saingan Piala AFF Suzuki di Yangon, Myanmar dalam mesyuarat Kabinet minggu ini.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, beliau sudah membangkitkan isu tersebut pada mesyuarat minggu lalu.

“Saya telah bangkitkan isu ini di (mesyuarat) Kabinet minggu lalu. Akan berbuat demikian semula minggu ini,”

“Pendirian berpandukan keputusan Kabinet,”

-PENMERAHDOTCOM

The post Gesaan Pasukan Malaysia Tarik Diri Dari Perlawanan Piala AFF di Myanmar appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2gAfM5w
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2gAsq4w
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment