Saturday, 31 December 2016

Terpegun Tengok Perubahan Badan Aamir Khan Dalam Dangal? Tengok Watak Anak-anaknya Pula


Sebelum ini viral video perubahan badan pelakon Aamir Khan untuk wataknya dalam filem Dangal. Aamir Khan perlu menggemukkan badannya dan kemudian kuruskan badan hingga dapat six packs untuk filem ini. Kalau ramai dah terpegun lihat video tersebut, korang patut tengok video kat bawah ni. 

Pelakon Fatima Sana Shaikh (Geeta Phogat) dan Sanya Malhotra ( Babita Phogat) memegang watang anak-anak kepada Aamir Khan yang merupakan bekas wrestler. Jadi mereka perlu menjalani latihan tough selama 7-8 bulan. Fuh! - Sehinggit Media



Sumber: ERA fm

from Sehinggit Media News http://ift.tt/2il58zC
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2hY1qZu
via merahhaticintaku.blogspot.my

Haji tak mabrur jika guna duit 1MDB, kata Mahathir


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahatahir Mohamad mendakwa orang yang melaksanakan ibadah haji menggunakan wang 1Malaysia Development Berhad (1MBD) tidak akan mendapat haji yang mabrur.

Ia kerana katanya, haji yang tidak mabrur itu berpunca daripada wang haram yang didakwanya dicuri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Najib boleh bagi, kenapa dia boleh bagi kerana dia curi duit, duit curi halal ke tidak. Kalau dia bagi duit curi, kita buat kerja haji, bagus ke tidak?

"Itulah yang dia buat, tiap-tiap tahun nak hantar 1,000 orang buat kerja haji dengan duit curi. Saya ingat bukan haji mabrur la tu, haji kurang mabrur," katanya ketika berucap dalam program Parti Pribumi Bersatu (BERSATU).

Video berdurasi 1.04 saat itu turut dikongsikan di blog http://ift.tt/1KsH5So

Bulan lalu Najib mengumumkan kerajaan - melalui Yayasan 1MDB - akan menaja ketua-ketua kampung menunaikan rukun Islam kelima di Makkah.

Katanya penghulu terpilih juga akan diberi sumbangan berbentuk wang tunai untuk perbelanjaan mereka di Tanah Suci itu nanti.

Untuk makluman, pengumuman itu bukanlah yang pertama untuk Yayasan 1MDB menghantar orang terpilih mengerjakan haji.

Sejak tahun 2011, Yayasan 1MDB telah menaja ahli jawatankuasa masjid untuk menunaikan rukun Islam kelima itu.

Pada 2011 seramai 111 jemaah dari seluruh negara telah dihantar untuk menunaikan ibadah haji. Jumlah itu ditingkatkan kepada 400 orang pada tahun berikutnya, 2013 (800), 2014 (1,000) dan 2015 (1,200).

Bagi tahun 2016, seramai 150 imam dan pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dari Sarawak dipilih untuk menyertai program ini.

Sementara itu, Tun Mahathir yang juga Pengerusi BERSATU turut berkata, dengan cara inilah Najib telah merosakkan negara.

"Inilah Najib dan dia telah rosakkan negara kita ini dengan cara yang cukup buruk sampai sekarang ini negara kekurangan duit. Sekarang ini kalau minta ubat dia suruh beli sendiri," katanya.

Sumber: Malaysiakini


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2hBcaw8
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2iuIvJr
via merahhaticintaku.blogspot.my

10 Cedera Terkena Bunga Api Tahun Baru Di Klang

10 Cedera Terkena Bunga Api Tahun Baru Di Klang

bungaaa

Sekurang-kurangnya 10 pengunjung cedera selepas terkena letupan bunga api ketika sambutan ambang tahun baru 2017 malam tadi.

Kejadian berlaku di Kompleks Sukan Pandamaran, Klang.

Orang ramai bertempiaran lari selepas bunga api yang digunakan untuk pertunjukan itu meletup terlebih dulu di atas tanah sebelum sempat ke udara.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Mohd Sani Harul berkata, pihaknya dimaklumkan oleh anggota Bomba dan Penyelamat yang bertugas di kompleks berkenaan.

Ini kenyataan Bomba:

“Kami menerima panggilan pada 12.10 tengah malam. Tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang dikejarkan ke lokasi.

“Tujuh mangsa melecur di kaki manakala tiga lagi mangsa terpaksa dibawa ke Hospital Tengku Ampun Rahimah (HTAR) Klang untuk rawatan selanjutnya,”

Ini pula komen dari saksi bernama Faiz:

“Ketika saya tiba, acara pertunjukan bunga api itu hampir habis. Tiba-tiba saya ternampak orang ramai berlari ke satu arah menyebabkan saya bergegas melihat apa yang berlaku.

“Selepas menyedari berlaku letupan bunga api dan terkena beberapa pengunjung, saya segera merakamkan gambar,”

“Saya dimaklumkan, dua kotak berisi bunga api itu sudah dibakar manakala satu lagi kotak belum sempat dibakar apabila letusan bunga api itu bercabang dan terpercik secara mendatar.

Tiada kecederaan serius dilaporkan. Kes sedang disiasat. -PENMERAHDOTCOM

The post 10 Cedera Terkena Bunga Api Tahun Baru Di Klang appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2iqnNIe
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2hXTCY2
via merahhaticintaku.blogspot.my

Percikan Bunga Api Berdarah Di Pandamaran Klang


Klang - Bunga api sambutan tahun baru diletupkan setelah tepat jam 12 malam di Komplek Sukan Pandamaran Klang membawa padah apabila percikan bunga api terkena kepada orang ramai yang berdekatan.

Difahamkan ramai yang tercedera selepas terkena percikan bunga api yang meletup di atas tanah bukannya di udara seperti biasa.

Beberapa mangsa yang tercedera di muka dan kepala telah dihantarkan ke hospital dengan ambulan.

Berikut adalah laporan dari seorang pegawai polis.

JENIS INSIDEN: MANGSA CEDERA TERKENA BUNGA API
TARIKH/MASA TERIMA PANGGILAN: 01.01.2017 (0010)
SAMPAI LOKASI : 0011
ALAMAT : KOMPLEX PANDAMARAN PELABUHAN KLANG
BALAI TERLIBAT: BBP PELABUHAN KLANG
JUMLAH ANGGOTA : 7

LAPORAN AWAL: ANGGOTA STANBY DI LOKASI SAMBUTAN AMBANG TAHUN BARU LAPOR TERDAPAT BEBERAPA MANGSA CEDERA TERKENA LETUPAN BUNGA API 

MANGSA :ANGGARAN MANGSA TERLIBAT 5 ORANG

Saksikan video-video semasa kejadian letupan dan percikan bunga api sambutan tahun baru 2017 di Pandamaran Klang.




- Sehinggit Media

from Sehinggit Media News http://ift.tt/2hFtJA2
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2hECj0b
via merahhaticintaku.blogspot.my

Jangan approve friend requests di Facebook sebarangan - Pengadu


Ada saja cara yang digunakan oleh penjenayah siber untuk mendapat keuntungan segera dari mangsa. Terbaru, Qie's Sani mendakwa ada seorang wanita kononnya berasal dari Filipina mahu berkenalan dengan suaminya di Facebook. Menyedari ada sesuatu yang tidak kena, Qie's Sani menyuruh suaminya approve saja friend request dari individu berkenaan dan bermulalah 'permainan' di situ.

Aduan Qie's Sani

PLEASE SHARE MY POST!

Everyone and especially boys, please ye beware. Any profile yang tak kenal, please stalk2 dulu sebelum approve.

Semalam En.Husband kata ada yang tetiba chat dia kat Messenger. Then aku pun stalk la FB Nickie Lao ni, dengan friends tak shown, status pun mcm copypaste je, gambar mmg cantik la, model & carshow babe katanya 😅 Lagi pulak orang PHILIPPINE . 

Kalau aku yang perempuan ni pun suka tengok orang cantik2, pe tah lelaki pulak kan? Tapi korang jgn la pikir husband iolls gatai, iolls yang suruh dia approve masa orng tu add. Hahaha Yang pelik dia kat info tu FROM MALAYSIA. Kat situ semua dah nampak pelik. Tak tau pulak kalau2 kat Malaysia hujan, kat Philippine pun hujan. Maklumla, Mak Jemah ni tak pandai sangat pasal kaji cuaca.

So aku pun layankan aja la chat sindiket ni. Nak di katakan saja umpan nak tgk apa dia nak. Last2 sangkaan aku betul. Nak SKYPE OR VIDEO CALL. Sejuk bana kau la! Hahaha kau ingat aku ni tak alert ke dengan bende2 mcm ni? 

Kononnye kalau ade lelaki yang beriya percaya, pi bogel2 tunjuk anu kat si fake profile ni, for sure dia rakam. Lepas tu dia akan ugut2 mintak duit bila kita suruh padam video/gambar bogel kita. Sebelum ni dah viral tapi tak sangka jadi depan mata pulak.





Sindiket bodoh je yang tak selidik profile 'mangsa' sebelum nak baham. Pastu pagi ni bangun check, husband dah kene block. Aku check pakai FB aku, account FB dah deactivated or dah tukar nama. Harap korang beware/alert siapa yang korang approve.

Sila sebarkan agar semua tahu & lebih berhati-hati. Mungkin jadi pada adik lelaki kita, abang kita, bapa kita pun mungkin juga. Tak boleh nak predict benda nak jadi. - Qie's Sani

Sumber: The Reporter


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2hXaLkh
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2ipCYl8
via merahhaticintaku.blogspot.my

Kenyataan Media Mengejutkan Majlis Bandaraya Ipoh Tentang Isu Gadis Panjat Signboard

Kenyataan Media Mengejutkan Majlis Bandaraya Ipoh Tentang Isu Gadis Panjat Signboard

mbi

Hari ini telah viral foto beberapa remaja memanjat signboard Ipoh. Sememangnya kegiatan tersebut amat ekstrem.

Ada mengatakan mereka sudah mendapat kebenaran memanjat signboard berkenaan.

Ini kenyataan khas dari Majlis Bandaraya.

Jom baca:

MBI TIDAK PERNAH BERI KEBENARAN MEMANJAT SIGNBOARD ‘IPOH’

Terdapat viral sekumpulan remaja yang melakukan aksi bahaya dengan memanjat signboard ‘Ipoh’.

Sehubungan dengan itu, dimaklumkan MBI tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana pihak memanjat signboard ‘Ipoh’ kerana ia amat membahayakan nyawa pihak yang memanjat dan keselamatan pengguna jalan raya iaitu Jalan Kuala Kangsar yang sangat sibuk.

Struktur yang didirikan itu bukan didirikan untuk menampung beban tambahan seperti berat individu-individu tersebut dan sekiranya selepas ini berlaku sebarang insiden yg melibatkan perkataan ‘IPOH’ tersebut tumbang dan menimpa pengguna-pengguna jalanraya, pihak MBI ingin menegaskan bahawa ianya berkemungkinan besar berpunca daripada pencerobohan yang dilakukan oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab ini.

MBI akan menjalankan siasatan terhadap sekumpulan remaja tersebut dan akan membuat laporan polis bagi membolehkan tindakan keras dikenakan terhadap individu-individu yang tidak bertanggungjawab ini serta akan mengambil tindakan di bawah Undang-Undang Kecil Vandalisme yang mana hukumannya adalah denda atau penjara atau kedua-duanya sekali.

MAJLIS BANDARAYA IPOH

Nampaknya MBI tidak pernah membenarkan kegiatan itu dilakukan. Kegiatan ini akan disiasat dan akan diambil tindakan. -PENMERAHDOTCOM

The post Kenyataan Media Mengejutkan Majlis Bandaraya Ipoh Tentang Isu Gadis Panjat Signboard appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2ijj2SX
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2hWVal7
via merahhaticintaku.blogspot.my

17 Petua Untuk Menghilangkan Kahak Dan Batuk Dengan Berkesan


Berikut Adalah 17 Petua Untuk Menghilangkan Kahak Dan Batuk

1. Rebus beberapa biji buah pisang masak. Setelah lembik campurkan santan secukupnya serta sedikit garam dan perasa vanila. Setelah 20 minit, makanlah makanan tadi dengan mencampurkan sedikit gula. Selain anda mendapat kenikmatan suara anda semakin pulih.

2. Tumbuk segenggam daun pegaga, hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat. Campurkan dengan gula dan embunkan selama satu malam. Minum dua kali seminggu.

3. Campurkan dua sudu teh madu lebah (pastikan ianya asli) dengan air suam. Kacau sehingga sebati. Kemudian minum tiga kali sehari.

4. Untuk batuk-batuk gatal terutama di kerongkong, ambil jus limau nipis. Kemudian campurkan dengan sedikit kicap dan madu lebah lalu diminum.

5. Ambil 1/4 biji buah pala, 1/2 biji limau nipis dan secamca minyak kayu putih. Buah pala diparut, limau nipis diperah, ambil airnya sahaja. Parutan buah pala dan perahan limau dicampur dengan kulit kayu putih. Gosokkan ramuan tadi dengan lembut pada punggung dan dada anak. Lakukan tiga kali sehari hingga seminggu.

6. Jika anda mengalami batuk yang berterusan, ambil lapan helai daun pudina (orang cina panggil bo ho) dan rebus dengan beberapa ketul gula batu selama lima minit. Minum airnya beberapa kali agar batuk anda tidak berterusan. Setiap rebusan mesti menggunakan lapan helai daun pudina.

7. Bagi menghilangkan batuk berkahak yang berpanjangan, terutama pada kanak-kanak ambil gula melaka, pecahkan kecil-kecil dan berikan pada anak anda dan makan seperti gula- gula. Lakukan beberapa kali hingga sembuh.

8. Bagi anda yang sering batuk-batuk, petua paling mudah untuk meredakannya dengan mengambil secamca besar madu lebah, lebih baik dicampur sedikit air tetapi jangan terlalu cair. Kemudian, campur sedikit perahan limau nipis. Sebaiknya, ia diminum setiap malam sebelum tidur.

9. Rendamkan sedikit kerak nasi dalam air suam. Apabila telah kembang, minum airnya pada setiap pagi.

10. Rebus beberapa biji pisang masak. Setelah lembik, campurkan santan secukupnya, sedikit garam dan perasa vanila. Kacau rata dan diminum airnya.

11. Tumbuk segenggam daun pegaga hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat. Campurkan dengan gula dan embunkan selama satu malam. Air itu hendaklah diminum dua kali dalam seminggu.

12. Campurkan dua sudu teh madu lebah asli dengan air suam. Kacau sehingga sebati dan minum air tersebut tiga kali sehari.

13. Ambil dua sudu nasi panas yang baru masak. Masukkan nasi itu ke dalam cawan dan campurkan sedikit air. Embunkan nasi tersebut selama semalaman dan minum airnya pada esok paginya.

14. Ambil sebiji limau sunkist dan buatkan lubang berbentuk pangkah di bahagian tengahnya. Masukkan gula batu di lubang tersebut. Letakkan limau tersebut di dalam periuk di tengah-tengah nasi yang telah kering dan tutup periuk tersebut. Setelah nasi itu masak, ambil buah limau tadi dan makan sambil didahului dengan selawat. Ulang setiap kali memasak nasi sehingga sembuh. Selain melegakan batuk, nasi akan berbau harum.

15. Perah sebiji limau nipis dan campurkan dengan sedikit madu. Minum campuran ini setiap pagi sebelum sarapan. Amalkan sehingga batuk hilang.

16. Ambil sedikit kerak nasi dan rendamkan dalam air suam. Apabila kerak nasi kembang, minum airnya. Amalkan setiap pagi.

17. Jika batuk ataupun kahak tidak hilang juga setelah melakukan cara2 di atas, silalah pergi berjumpa doktor untuk rawatan susulan.

Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, mungkin anda mempunyai beberapa lagi cara yang lebih praktikal untuk dikongsikan. Kongsikan lah bersama pembaca lain pada ruangan komen dibawah. Dipersilakan share - Sehinggit Media


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2iiUAAW
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2hEP10t
via merahhaticintaku.blogspot.my

Di Manakah Kakinya? Gambar Ini Jadi Viral

Di Manakah Kakinya? Gambar Ini Jadi Viral

kaki
Satu foto telah menjadi viral apabila jumlah kaki di dalam gambar tersebut tidak mencukupi dengan bilangan orang di dalam gambar.

Sepasang kaki pemilik gambar itu tidak kelihatan sekaligus menjadi tanda tanya para netizen.

Fot ini mula dilaporkan oleh Huffington Post dan kini menjadi biral di serata dunia.

Dalam gambar yang diambil semasa perayaan Krismas lalu menyaksikan enam orang sahabat mengambil gambar di sebuah sofa, bagaimanapun setelah dikira, hanya lima pasang kaki sahaja ditemui telah menimbulkan persoalan ramai.

Pelbagai andaian wujud hingga ada yang mendakwa salah seorang wanita tersebut berpura-pura menyorokkan kakinya, ada juga yang mengatakan gambar tersebut merupakan satu permainan ilusi.

Foto tersebut nyata mencipta misteri hinggakan rancangan televisyen negara ‘Fox & Friend’ turut melakukan siasatan mereka.

Pemilik gambar tersebut, Anna Manifel yang nyata mempunyai sepasang kaki turut merasa pelik dengan gambar tersebut dan bertanya soalan yang sama.

“Di manakah kaki saya? Ini sangat pelik. Pada dasarnya saya bersama teman-teman hanya mengambil gambar bersama,” katanya.

Keenam-enam gadis tersebut kemudiannya melakonkan semula keadaan di dalam gambar tersebut untuk mendapat jawapan.

Nyata ia hanyalah satu ilusi optikal kerana gambar tersebut diambil dari bahagian kiri sofa membuatkan ada kaki yang terlindung.

Rakan Manifel, Kelly McCarthy yang turut berada di dalam foto tersebut meluahkan kelegaan beliau apabila misteri berjaya dirungkaikan

“Jadi secara umumnya, ia adalah sangat mengelirukan melihat foto ini dari bahagian sisi sofa ini,” katanya kepada Fox.

Dikatakan sisi rakaman foto itu yang menyebabkan ianya kelihatan seperti tiada kaki. -PENMERAHDOTCOM

The post Di Manakah Kakinya? Gambar Ini Jadi Viral appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2isS6jU
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2hzNeF8
via merahhaticintaku.blogspot.my

Ramai Ambil Mudah: Hukum Menggunakan Mesin Basuh yang Sama Dengan Non-Muslim Seperti Ini


Assalamualaikum Dr. Ustaz Rozaimi. Kalau tidak keberatan, saya ingin bertanyakan soalan yg bukan berkaitan hadis. Tapi ingin dapatkan kepastian, apakah hukum berkongsi menggunakan mesin basuh pakaian bersama dengan non muslim…bukan berkongsi basuh pakaian bersama, tapi hanya mesin basuh yg sama sahaja. Baru baru ni ada kenalan saya mengatakan ianya tidak boleh digunakan. Memandangkan saya di luar negara, sy sentiasa menggunakan mesin basuh tersebut..timbul rasa was2 dalam hati…adakah pakaian2 tersebut boleh dibawa solat?

Jawapan:

Waalaikumussalam wbt.

1- Kami telah membaca mesej panjang yang tersebar itu. Ia satu mesej yang tidak patut disebarkan dan sesungguhnya ia menimbulkan kegelisahan dan was-was yang banyak kepada umat Islam.

2- Hukum asal sesuatu adalah suci. Ia kekal suci selagi mana tiada bukti menunjukkan ia bernajis. Maka begitu jugalah mesin basuh ini, ia kekal suci kecuali terdapat bukti jelas menunjukkan ia tidak suci.

3- Andaian-andaian non-Muslim sentuh anjing, babi, berak tak basuh, kesan darah haidh etc etc adalah andaian-andaian semata-mata. Ia tidak mengubah status quo sesuatu iaitu ia suci. Andaian dan syak wasangka tidak boleh mengubah status asal sesuatu benda iaitu suci.

Kaedah feqh menyatakan: Keyakinan tidak dihilangkan dengan syak.

Disebabkan sikap suka berlebih-lebihan beginilah nanti timbul isu: Boleh ke salam dengan non-Muslim sebab boleh jadi mereka pegang anjing, babi. Nanti jangan sampai ada mualaf tidak benarkan ibu bapa yang bukan Muslim cium pipi mereka atas alasan sebab mak ayah makan khinzir, minum arak etc. Adakah ini Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.

4- Sikap memberat-beratkan sehingga begini adalah sikap melampaui batas yang bercanggah dengan ajaran Islam.

فَسَدِّدُوا وَقَارِبُوا وَأَبْشِرُوا، وَاسْتَعِينُوا بِالْغَدْوَةِ وَالرَّوْحَةِ وَشَىْءٍ مِنَ الدُّلْجَةِ ‏”‏‏.‏

Daripada Abu Hurairah radiallahu ‘anhu, daripada Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam, baginda bersabda: Sesungguhnya agama ini mudah. Tidaklah sama sekali seseorang memberat-beratkan urusan agama melainkan ia akan menewaskannya. Lakukan dengan cara yang betul, lakukan semampu mungkin, dan bergembiralah. Mohonlah pertolongan pada waktu pagi, petang dan sebahagian malam. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Iman, no: 39].

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏ “‏ هَلَكَ الْمُتَنَطِّعُونَ ‏”‏ ‏.‏ قَالَهَا ثَلاَثًا ‏.‏

Daripada Abdullah bin Mas’ud radiallahu ‘anhu, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Binasalah orang yang melampau. Baginda menyebutnya 3 kali. [Sahih Muslim, Kitab al-Ilm, no: 2670].

5- Penulis mesej itu jelas bukanlah orang yang faham tentang hukum-hakam feqh. Jauhilah daripada menyebarkan mesej-mesej tanpa asas sebegitu. Bertaubatlah daripada mengeluarkan fatwa hukum-hakam tanpa ilmu kerana ia bukan sahaja menyesatkan diri sendiri, bahkan menyesatkan dan menimbulkan kegelisahan kepada orang ramai.

Wallahua’lam.

Sumber: Page Dr. Ustaz Rozaimi Ramle


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2hDhMsZ
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2iQJuEh
via merahhaticintaku.blogspot.my

Ni Sebab Saintifik Kenapa Kita Dilarang Minum Sambil Berdiri..


Badan kita perlukan air lebih daripada makanan. Setiap hari kena minum air. Tetapi betul kah cara kita minum air selama ni? Boleh dikatakan ramai daripada kita yang akan minum berdiri atau minum sambil berjalan. Tapi sebenarnya salah. Kita kena minum dalam keadaan duduk menurut saintifik. 

Banyak kesan negatif minum dalam keadaan berdiri ni antaranya adalah ia tak akan menghilangkan rasa dahaga dan tidak tinggal di perut. Jadi nutrien tak akan sampai ke bahagian yang lain. Bukan itu sahaja, perut juga akan menjadi senak jika kita minum dalam keadaan berdiri. 

Paling penting, sunnah nabi pun mengajar kita minum dalam keadaan duduk kan? :) 


Sumber: ERA fm


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2iPy8MP
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2iQuiqL
via merahhaticintaku.blogspot.my

Cara Qada Solat Yang Tertinggal " 1X ANDA BAGI DAN SEBAR MUNGKIN DPT MENGINSAFKAN BERIBU INSAN YG TIDAK TAHU TENTANG INI


Sebagai seorang Muslim kita semua tahu bahawa solat itu merupakan kewajipan yang Allah suruh seperti mana yang terdapat di dalam rukun Islam yang ke 2. Selama kita hidup pernah tak kita tinggal solat? 

Kita manusia akhir zaman yang lemah imannya, sering kali lalai dalam kewajiban yang Allah suruh. Mungkin kita adalah dalam golongan orang yang pernah tinggal solat baik sengaja ataupun tidak sengaja. Sekarang rasa menyesal itu mungkin mula dirasai oleh kita semua disebabkan dahulunya jahil tentang agama dan sering tinggal solat walaupun sudah baligh dulu..

Alhamdulillah hari ini Allah masih lagi hidupkan kita, mungkin Dia tahu banyaknya dosa kita dan mahu memberi ruang kepada kita untuk bertaubat. Selagi ajal belum tiba eloklah kita semua qada solat kita yang kita tinggal dulu. 

Cara Qada Solat Yang Tertinggal " 1X ANDA BAGI DAN SEBAR MUNGKIN DPT MENGINSAFKAN BERIBU INSAN YG TIDAK TAHU TENTANG INI

Puasa yang ditinggalkan kena ganti, hutang dengan manusia pun kita kena bayar inikan hutang kita dengan Allah. Ok, apa yang mesti kita tahu tentang cara atau bagai mana mahu qada’ solat?

Ada pendapat yang mengatakan hanya perlu qada solat yang ditinggalkan kerana tidak sengaja terlupa atau tertidur dan tidak perlu qada solat yang sengaja ditinggalkan. Misalnya sembahyang yang ditinggalkan dengan sengaja kerana lalai semasa “muda-muda dulu”. 

Mereka mengatakan cukup dengan istighfar dan bertaubat sahaja. Sebenarnya pendapat ini tidak tepat kerana Rasulullah s.a.w. sendiri menqada solat yang ditinggalkan walaupun Baginda tidak tertidur atau terlupa.

Tidak ada qada dalam solat bukan bermaksud tidak perlu qada tapi tidak perlu sebut perkataan qadha semasa niat. Qadha ialah melakukan sesuatu ibadah di luar waktunya dan tunai ialah melakukan sesuatu ibadah di dalam waktunya. Secara mudahnya tunai “waktu Allah”, qadha “waktu kita”

Dari ‘Aisyah r.a katanya: ”Apabila Rasulullah s.a.w. lupa solat malam, umpamanya kerana tertidur dan sebagainya, maka baginda menggantinya pada siang hari dua belas rakaat.” (Muslim)

Cara niat Qada bagi solat fardu lima waktu pula ialah:

1. Solat Maghrib:
“Sahaja aku solat fardu maghrib tiga rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”
2. Solat Isyak:
“Sahaja aku solat fardu Isyak empat rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”
3. Solat Subuh:
“Sahaja aku Solat Fardu Subuh dua rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”
4. Solat Zuhur:
“Sahaja aku solat fardu Zuhur empat rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”
5. Solat Asar:
“Sahaja aku solat fardu Asar empat rakaat qadha’ kerana Allah Ta’ala

Ada orang bertanya : Jika kita tertinggal solat (sengaja dan tidak sengaja) sejak akhil baligh sehingga sekarang (20-an; banyak waktu), perlukah di qada semua jumlah solat yang tertinggal itu atau cukup dengan melakukan solat taubat?

Jawabnya, Wajib qada solat yang telah tertinggal. Disini ada dua cara untuk qada, pertama jika seseorang yang tahu sebanyak mana dia telah tinggalkan solat fardhunya, maka qadakanlah mengikut bilangan yang telah ditinggalkannya.

Cara kedua adalah bagi yang tidak tahu secara detail berapa banyak yang telah ditinggalkannya, yakni semenjak akil baligh, buatlah anggaran berapa banyak solat yang perlu diqada dan berhentilah jika sudah yakin solat itu sudah diqada kesemuanya. Cara yang terbaik adalah selepas selesai solat fardhu lakukan solat qada, buatlah berterusan begitu moga-moga diterima Allah.

Selain itu ada juga orang bertanya, jika ditakdirkan meninggal sebelum sempat mengqada semua solat itu (tetapi sudah buat solat taubat) bagaimana?

Soal jika meninggal sebelum sempat mengqada kesemua solat itu, semuanya bergantung pada Allah, akan tetapi jika kita telah benar2 insaf dan niat untuk qada kesemua solat dan telah melakukan solat taubat dengan bersungguh-sungguh dan juga mengikuti segala perintah Allah, insyaAllah akan diampuni dosa-dosanya. 

Untuk pengetahuan semua, qada solat fardhu boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja tiada waktu larangan padanya. Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua dalam mendapat pengampunan daripada Allah SWT.

Wallahualam…

- Sehinggit Media


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2isrBv3
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2ioeSaa
via merahhaticintaku.blogspot.my

Penyanyi Nourul Jalani Pembedahan Buang Ketulan

Nourul Wahab Jalani Pembedahan Buang Ketulan

nuru

Penyanyi Nourul Wahab telah selamat menjalani pembedahan untuk membuang ketulan di peha kanannya di sebuah pusat perubatan.

Katanya, ketulan itu sudah ada sejak 18 tahun lalu, namun dia hanya biarkan saja.

Ketulan itu tidak mengganggu tubuhnya namun Nourul mengambil langkah berjaga-jaga supaya kesihatannya pada masa akan datang tidak terjejas.

Nourul turut menasihatkan orang ramai supaya melakukan segera pemeriksaan dan mendapatkan rawatan sekiranya mereka mengesan ketulan pada mana-mana bahagian tubuh.

Katanya, walaupun dianggap tidak berbahaya, namun ia mungkin akan memberi kesan yang boleh menjejaskan kesihatan apabila usia meningkat.

Ini komennya: (Sumber: BH)

“Alhamdulillah, saya hanya menjalani pembedahan kecil dan proses itu juga tidak mengambil masa yang lama.

“Tiada apa yang serius, cuma saya mengambil langkah berjaga-jaga demi masa depan. Mungkin hari ini ketulan itu tidak mengganggu, tetapi saya tidak tahu pada masa akan datang.

“Saya dibenarkan pulang sebaik saja selesai pembedahan selesai,”

“Lebih baik mencegah sebelum perkara yang tidak diingini berlaku. Memang saya prihatin dalam penjagaan makanan dan menitikberatkan pengambilan makanan tambahan, tetapi kita tidak pernah tahu kemungkinan yang boleh berlaku pada masa depan.

“Saya sarankan sekiranya sesiapa yang mempunyai ketulan pada badan supaya segera berjumpa doktor. Minta pandangan mereka kerana itu lebih baik daripada membiarkan ia melarat,”

Sememangnya mencegah lebih baik dari merawat. Tindakan Nourul ini memang bagus dan bijak -PENEMRAHDOTCOM

The post Penyanyi Nourul Jalani Pembedahan Buang Ketulan appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2iiDZxk
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2hzhK24
via merahhaticintaku.blogspot.my

Harga Bahan Api Bagi Januari 2017 – RON95, RON97 & Diesel Semua Naik Sebanyak 20 Sen


Seperti yang dijangkakan, harga semua bahan api di stesen-stesen minyak seluruh negara sah naik mulai tengah malam ini – 20 sen untuk semua jenis berbanding harga Disember 2016

Bermula 1 Januari 2017, RON 95 akan dijual kepada pengguna pada harga RM2.10 bagi setiap liter, RON 97 pada RM2.40 seliter (tidak termasuk GST), diesel pada RM2.05 dan Diesel Euro 5 RM2.15 seliter.

Setelah harga RON95 turun pada paras RM1.70 seliter dan RON97 turun RM2.05 seliter pada September lalu, harga kesemua bahan api terus meningkat selepas Oktober dan hanya turun 5 sen untuk semua jenis bahan api pada bulan lalu.

Suka atau tidak, tahun baru 2017 rakyat Malaysia akan dimulakan dengan peningkatan mendadak kos keperluan asas ini. - Sehinggit Media

Sumber: paultan.org


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2hWbAde
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2iQldhS
via merahhaticintaku.blogspot.my

Harga Minyak Petrol, Diesel Naik Untuk Januari 2017

Harga Minyak Naik Untuk Januari 2017

minyk

Harga runcit Petrol RON95 dan RON97 serta Diesel untuk bulan Januari 2017 masing-masing mengalami kenaikan.

Untuk RON95 kenaikan adalah sebanyak 20 sen.

Bagi RON97 pula kenaikan adalah sebanyak 15 sen seliter.

Bagi diesel pula harganya naik sebanyak 20 sen berbanding bulan lalu.

minayk

The post Harga Minyak Petrol, Diesel Naik Untuk Januari 2017 appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2hWcd6M
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2hWbEd9
via merahhaticintaku.blogspot.my

23 Sekolah Tak Dapat Mulakan Sesi Persekolahan Esok


HULU TERENGGANU - Sebanyak 23 buah sekolah rendah dan menengah di daerah ini dijangka tidak dapat memulakan hari pertama sesi persekolahan tahun 2017 esok akibat banjir ekoran hujan lebat melanda sejak malam tadi.

Pengawai Pendidikan Daerah Hulu Terengganu, Jalaludin Ismail berkata, selain dilanda banjir dan dijadikan pusat pemindahan mangsa, kebanyakan sekolah berkenaan terputus hubungan setelah laluan dinaiki air.

“Jumlah ini berdasarkan keadaan semasa setakat ini (jam 4 petang) dan kita akan kemas kini data dari semasa ke semasa. Namun, jika air surut malam ini sesi persekolahan tahun 2017 hari pertama esok akan berjalan seperti biasa.

"Sekolah Kebangsaan(SK) Tengkawang digunakan sebagai pusat pemindahan mangsa. Manakala, antara sekolah terlibat banjir  iaitu ialah SK Teris, SK Tapah,  SK Kua, SK Kuala Ping serta SK Tengkawang serta Sekolah Menengah Imtiaz Kuala Berang.

“Sekolah yang terputus hubungan ekoran laluan dinaiki air antaranya ialah SK Padang Setebu, SK SungaI Berua, SK Matang, SK Lubuk Periuk, SK Nibong, SK Betong, SK Padang Setar, SK Cheting, SK Bukit Tadok, Sekolah Menengah Kebangsaan(SMK) Menerong dan SMK Kuala Jeneris,” katanya.

Tambah Jalaludin, pihaknya juga mengingatkan ibu bapa agar sentiasa mengawasi anak-anak mereka dan tidak membiarkan mereka bermain air banjir bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini. - Sehinggit Media

Sumber: Sinar Harian


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2hz4MBj
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2iP0qqW
via merahhaticintaku.blogspot.my

Tak Perlu Jahit, Ini Cara Termudah Tampal Lencana Sekolah Anak


Sebelum sekolah dibuka inilah masanya ramai ibu-ibu menjahit lencana di baju sekolah anak. Memang nampak senang tapi nak menjahitnya remeh. Sebab itu ramai yang rela hantar ke kedai jahit.

Tapi sekarang cajnya menjahit satu lencana adalah RM2.00 dan lagi RM2.00 untuk jahit tag nama. Jahit dua perkara itu untuk sehelai baju sudah RM4. Bayangkan ada enam helai baju. Dah tentu banyak modalnya.

Lepas ni tak perlu lagi hantar kedai jahit atau ambil masa lama untuk menjahit lencana. Ikut cara ni saja.

Bahan yang diperlukan: 

- Gam UHU
- Kain kecil/ sapu tangan yang dibasahkan
- Kertas tebal/cardboard/manila kad
- Seterika

Langkah-langkah:

1. Letakkan kertas keras dalam poket atau untuk baju kurung dan tudung letak kertas ini di bahagian dalam bawah lencana . Ia bagi mengelakkan gam melekat pada kain.

2. Atur lencana pada kedudukan yang dikehendaki.

3. Sapukan gam pada bahagian belakang lencana atau tag nama.

4. Lekatkan lencana pada kedudukan yang telah ditetapkan.

5. Ambik kain basah tadi dan letak di atas lencana. 

6. Seterika kain tadi pastikan ia mengenai lencana. Gosok beberapa kali. ketika ini seterika mungkin berasap tindak balas menggosok kain basah. Jangan bimbang tentang perkara itu.

7. Angkat kain dan alihkan kertas keras di bahagian dalam. Siap.

Menurut Puan Akmar Laily, lencana ditampal dengan cara ini kelihatan kemas dan rapi. Masa untuk menyiapkan satu lencana lebih kurang tiga minit berbanding menjahit lencana yang mungkin mengambil masa 15 hingga 20 untuk satu lencana.

Ia juga kekal lama, berdasarkan pengalamannya lencana akan melekat lebih daripada 10 bulan walaupun dibasih dengan mesin basuh. Sekiranya tertanggal ulangi kaedah yang sama untuk menampalnya kembali.

Selamat mencuba! -  Sehinggit Media

Sumber: Facebook Akmar Laily Omar


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2ii3Khb
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2hE5LoR
via merahhaticintaku.blogspot.my

Friday, 30 December 2016

Haramkan Kanak-Kanak Tanduk Bola Sepak – Persatuan Pemain Profesional

Haramkan Kanak-Kanak Tanduk Bola Sepak – PFA

tanduk
Persatuan Pemain Profesional (PFA) meminta Persatuan Bola Sepak England (FA) mengharamkan kanak-kanak berusia bawah 10 tahun menanduk bola.

Ini adalah kerana pihak mereka bimbang ia boleh menyebabkan kecederaan otak kepada kanak-kanak.

Ini sebenarnya berdasarkan satu kajian dan bukannya cakap koosong.

Kajian dari University of Stirling mendapati perbuatan menanduk bola boleh menyebabkan masalah memori selama 24 jam.

Kinipakar mahu membuat kajian implikasinya terhadap otak yang sedang berkembang iaiti kepada kanak-kanak.

Sekurang-kurangnya 250 bekas pemain bola sepak dikesan menghidap masalah otak merosot sejak kebelakangan ini.

Ketua Eksekutif PFA, Gordon Taylor, berkata badan induk bola sepak sepatutnya mengambil contoh Amerika Syarikat, yang melarang kanak-kanak 12 tahun ke bawah menanduk bola.

“Saya rasa perkara itu sepatutnya difikirkan secara serius.”

“Ia sepatutnya menjadi reaksi terhadap bukti yang wujud dalam pelbagai jenis sukan, terutamanya bola sepak.”

“Sudah ada perubahan peraturan buat pemain remaja mengenai padang permainan mereka, mengenai jumlah perlawanan, mengenai sama ada perempuan boleh terbabit dengan lelaki dan sehingga usia berapa.”

“Ia sejajar dengan itu. Kita tidak boleh mengetepikan generasi seterusnya tetapi kita mesti memikirkannya.”

“Permainan ini perlu menjadi sesuatu yang melindungi setiap orang yang terbabit,”

-PENMERAHDOTCOM

The post Haramkan Kanak-Kanak Tanduk Bola Sepak – Persatuan Pemain Profesional appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2hyx7rx
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2hyuTIA
via merahhaticintaku.blogspot.my

[Video] Apabila Azan Dilaungkan, Makin Kuat Pula Suara Perempuan Misteri Tu. Seram!


Masa insiden ni berlaku, dewan kosong ni tapi boleh pula ada suara perempuan menyanyi kat dalam tu. Memang menyeramkan.

Video berdurasi 2 minit 25 saat ini telah dirakam menerusi telefon pintar kepunyaan seorang lelaki yang cuba mencari tuan punya suara.

Tiada sesiapa yang menyahut panggilan lelaki itu, hanya kedengaran suara wanita menyanyi tanpa henti. Apabila azan dilaungkan suara perempuan misteri itu makin lama makin kuat. Meremang bulu roma dengar.

Difahamkan kejadian ini berlaku pada peringatan hari ibu di Kabupaten Belitung Timur, Indonesia. Anda dinasihatkan untuk tidak bersendirian semasa menonton video berikut. - Sehinggit Media



Kredit: Sajakongsi

from Sehinggit Media News http://ift.tt/2irmTxu
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2iOt7nI
via merahhaticintaku.blogspot.my

Terpaksa Menanggung Kesakitan Lebih Tujuh Jam, Cincin Besi Tersangkut Pada Kemaluan.


KUALA LUMPUR - Seorang lelaki terpaksa menanggung kesakitan lebih tujuh jam apabila cincin tersangkut di kemaluannya.

Ketua Pusat Pergerakan Operasi Bomba dan Penyelamat, Samsol Maarif Saibani berkata, mangsa telah dibawa ke wad kecemasan Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Menurutnya, pihaknya dapati cincin besi telah tersangkut pada kemaluan mangsa berusia lingkungan 30-an itu.

"Kita berdepan kesulitan dan sangat berhati-hati nagi mengelakkan kecederaan selain kesukaran mata alat pemotong semakin tumpul kerana cincin yang tebal.

"Kita kemudian telah mendapatkan bantuan dari Bomba Sungai Buloh untuk mendapatkan peralatan memotong yang lain," katanya.

Pasukan penyelamat menerima panggilan pada jam 8.56 malam tadi.

Tambahnya, akhirnya bomba berjaya memotong cincin berkenaan dan operasi tamat kira-kira jam 4 pagi tadi.- Sinar Harian

- Sehinggit Media


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2inpNRC
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2ihMA3l
via merahhaticintaku.blogspot.my

17 Tahun Bekerja Dengan Gaji Lumayan, Wanita Cerita Pengalaman Pahit Diberhentikan Kerja Kesan Harga Minyak Jatuh


Gambar hiasan

Dengan perkembangan ekonomi dunia sekarang, Malaysia merupakan negara yang agak teruk terjejas dengan kejatuhan harga minyak dunia yang ketika ini mencapai harga hanya USD44 dolar setong.

Ini kerana Malaysia merupakan antara negara pengeluar minyak dunia, di sebalik kejatuhan ini ternyata memberi kesan yang agak besar sehingga ramai kakitangangan syarikat minyak terpaksa dihentikan.

Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, ternyata ia memebri tekanan kepada mereka-mereka ini, seorang wanita telah meluahkan pengelaman pahitnya selepas diberhentikan kerja walaupun sudah belasan tahun berkhidmat dan menyandang jawatan yang agak tinggi dalam syarikat.

Jom kita baca.

Aku dah keje dalam bidang oil and gas dah nak dekat 17 tahun. Aku bermula dari bawah sampailah aku dapat jawatan yang kukuh dan gaji yang besar. Gaji aku dekat RM10k. Alhamdulillah dengan gaji tu aku dapat membantu suamiku menyara anak anak ku yang kecil seramai 4 orang.

Kehidupan aku sempurna. Aku dapat beli rumah sendiri dapat beli kereta sendiri dan dapat sekolahkan anak anak ku di sekolah yang bagus.

Tidak pernah riak di hati ini aku dapat kerja yang bagus walaupon aku hanyala lulusan diploma sahaja. Mungkin ini rezeki yang Allah bagi. Rezeki anak anak fikirku

Tanpa ku duga,satu hari aku dipanggil oleh HR dan dibagi surat berhenti kerja.

Ya Allah gugur jantungku. Terbayang anak anak ku. Disebabkan harga minyak yang jatuh merundum aku kehilangan kerja.

Sekarang aku masih menganggur. Sudah puas hantar resume sane aini ibarat peminta sedekah tanya semua kenalan ku mana ada kerja kosong.

Benarlha kata orang..saat kita kehilangan semuanya barula kita kenal yang mana sahabat
Aku masih buntu tak tau apekah hikmah di sebalik ujian yang Allah dugaku. Perit…begitu perit.

Suamiku hanya bisnes kecil kecilan ditambah pulak sekarang ni beliau jugak sedang sakit.
Ya Allah sungguh besar dugaanmu.

Yang aku pinta…berilah aku ruang untuk aku mencari balik sinar kehidupan. Bantula aku keluar dari jalan ini Ya Allah.

Semoga ada rezeki buatku untuk aku menyara anak anakku InsyaAllah – Deena



from Sehinggit Media News http://ift.tt/2hVzgyD
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2hC7fOz
via merahhaticintaku.blogspot.my

"Kalau Ade Orang Inbox Macam Ni, Jangan Tertipu Okay..", Wanita Ini Dedah Cara Terbaru Scammer Pancing Duit di Internet



Ketika manusia kini yang semakin bergantung kepada media sosial untuk mencari rezeki dan menyelesaikan tugas-tugas seharian, ramai pula penjenayah internet yang mengambil peluang menggunakan platform itu untuk mencari duit mudah dengan menipu.

Terkini, seorang pengguna Facebook mendedahkan satu teknik terbaru seorang scammer di media sosial Facebook yang licik memancing duit dengan menggunakan kaedah penyamaran akaun.

Difahamkan, scammer tersebut membuat satu akaun palsu menyerupai seseorang yang dikenali mangsa di Facebook sebelum menjalankan kegiatannya.

Lebih mengejutkan, akaun palsu itu dikatakan turut membuat posting status, gambar dan lain-lain menyerupai pemilik akaun original.

Selepas sampai satu tahap, scammer itu akan mula memancing wang mudah dengan memberi mesej kepada target yang menyatakan kononnya dia memerlukan wang segera untuk kegunaan kecemasan.

"Assalammualaikum. Ni nak bagi tau ni, kalau ade orang inbox macam ni jangan tertipu okay? (Dia) cakap nak kene cepat, jalan jem."

"Ni acc fake (akaun palsu) tau. Nama, gambar semua sama je. Nampak macam betul, siap update status same jugak tau. Lepas tu bile call tu. keluar suara lelaki. Lepas transfer je, dia block terus", tulis mangsa, yang juga dipercayai seorang ejen produk.

Beserta pendedahan itu, mangsa juga turut memuat naik keratan perbualan sebagai bukti kejadian.


Keratan perbualan 1


Keratan perbualan 2


Keratan perbualan 3


Keratan perbualan 4


Keratan perbualan 5

Keratan perbualan itu agak mengejutkan kerana scammer tersebut menggunakan bahasa seperti sayang, dan juga perkataan-perkataan manis untuk meyakinkan mangsa.

Setelah ditelusuri laman Facebook pemilik akaun original, ternyata dia juga tidak tahu menahu tentang perkara ini, malah turut berkongsi nasihat mangsa dan mengkritik tindakan scammer terbabit.

Dibahagian komen posting pemilik asal itu, rupa-rupanya ramai lagi yang sudah pun dimesej oleh akaun palsu itu bagi meminta duit.

Selain itu, scammer terbabit juga dilihat turut menggunakan beberapa akaun palsu lain untuk menipu mangsa-mangsanya.

Sumber: Siakap Keli


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2inc3WU
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2inbCfa
via merahhaticintaku.blogspot.my

'Siapa ada masalah tak boleh tengok duit dalam bank?' - Wanita ini ajar korang menyimpan dengan lebih berdisiplin

Selalunya bila terima gaji, masyarakat kita amat sukar menyimpan. Ada saja bayaran atau hutang yang perlu dilangsaikan. Niat mahu menyimpan sudah ada, namun selalu tergendala dek masalah kewangan yang tidak teratur. Kadang-kadang bila sudah berjaya menyimpan, terpaksa keluarkan simpanan untuk dibelanjakan. 

Jadi, bagaimana caranya nak menyimpan dengan lebih berdisiplin dan selamat? Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Maybank menyediakan kemudahan untuk penggunanya menyimpan wang secara potongan bulanan yang ditetapkan secara online.

Menarik bukan? Ibarat bermain 'kutu' dengan diri sendiri, lebih selamat dan bila tiba tempohnya, pasti akan dapat. Kami pun teringin mahu mencubanya.


Oleh Norlaila Ahmad

Siapa ada masalah tak boleh tengok duit dalam bank? Ada duit saja, nak berbelanja saja kerjanya. 

It's me! Totally me! 

Salah satu cara saya menyimpan ialah dengan Flexi Saver Plan. Contohnya, ligat nak bayar lump sum untuk bayar road tax kereta, kenapa tak cuba cara ini?

Sebagai contoh, saya simpan RM100 sebulan selama 12 bulan untuk bayar road tax kereta bulan Meoi 2017 akan datang. Saya sudah mula menyimpan dengan Flexi Saver ini sejak bulan Mei 2016. 

Jadi setiap bulan, RM100 akan ditolak dari akaun bank saya pada 2 haribulan. InshaAllah pada 2 Mei 2017 nanti, RM1,200 akan masuk semula dalam akaun. Maka dengan duit itu saya boleh bayar road tax kereta tanpa sebarang masalah. 

I cannot see my account balance. I intend to spend. Terima kasih Maybank sebab ada this kind of thing. 

Selain simpanan untuk road tax kereta guna Flexi Saver Plan, duit dalam Tabung Haji wajib! Simpanan dalam bentuk emas pun wajib. Bagaimanapun, terpulang pada jenis akaun anda. Ada yang ada, ada yang tak ada.

Amaun yang kita simpan dalam Flexi Saver Plan juga akan muncul dalam penyata akaun kita. Tetapi amaun itu tidak muncul dalam baki wang dalam akaun. Cuma duit yang ditolak setiap bulan, ada dinyatakan.


Jumlah wang yang ada dalam akaun juga akan diasingkan. Jadi, boleh guna duit dalam akaun sesuka hati.

As long dah lepas tarikh untuk tolak duit yang kita nak contribute dalam Flexi Smart Saver. Bila dah tiba tarikh matangnya, wang yang disimpan itu akan masuk semula dalam akaun.

Seperti saya, RM150 dipotong dari akaun setiap bulan. Maka selepas 12 bulan, dapatlah RM1,800 dan duit yang masuk dalam akaun ialah RM1,815.02.

Bagi yang berminat, anda perlu tahu bahawa:

Ada akaun yang tidak mempunyai fungsi ini. Sebab kenapa dan mengapa, itu di luar pengetahuan saya.

Amaun potongan bulan: Anda yang tetapkan
Tempoh: Anda yang tetapkan
Tarikh: Anda yang tetapkan


Login akaun Maybank anda seperti biasa


Klik pada Accounts & Banking


Klik personal saver account


Di sebelah kanan, klik pada Setup Flexi Saver Plan


Anda boleh pilih dari 12 bulan ke 60 bulan mengikut keperluan masing-masing


Tujuan? Pilih mengikut pilihan yang sedia ada


Pilih tarikh yang anda sendiri kehendaki duit ditolak dari akaun bank anda setiap bulan
Contoh yang saya buat: 

Disember 2015: RM150/bulan (12 bulan)
Setiap 30 haribulan setiap bulan bermula dari Disember 2015, RM150 dalam akaun akan ditolak secara automatik dan 30 Disember 2016, duit masuk semula ke dalam akaun. RM150 x 12 = RM1,800

Tetapi yang masuk ke dalam akaun ialah RM1,815.02. 

Pastikan setiap 30 haribulan dalam akaun cukup RM150 untuk ditolak. 

Duit ini tidak akan muncul dalam baki akaun anda sehingga tiba tarikh matangnya. Maksudnya duit itu pihak bank sudah siap letak tepi. Jadi, anda tidak perlu risau untuk berbelanja menggunakan wang yang ada dalam akaun bank kerana simpanan tersebut telah diasingkan.

Semoga tips ini dapat membantu anda menyimpan. - Norlaila Ahmad

Sumber: The Reporter


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2hV0Go9
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2iOGTLh
via merahhaticintaku.blogspot.my

Sebelum Cecah Umur 35 Tahun, 5 Perkara Ini Anda Harus Capai, Sudah Boleh Mula Merancang Dari Sekarang


Bagi mereka yang belum lagi menginjak ke usia 35 tahun, terdapat 5 perkara yang anda boleh jadikan target anda, dan ianya dikongsikan oleh saudara Harith Faisal. Mari kita lihat, apa yang harus dicapai oleh kita sebelum usia 35 tahun.

Kena ada sebelum 35 tahun;

1. Duduk rumah yang selesa.

Umur dah masuk 35 tahun dah boleh dah fikir nak settle down kat mana. Sampai bila nak berpindah randah lagi, kan. Jadi, belilah rumah yang selesa untuk kau duduk bersama isteri dan anak-anak. Lagi best kalau dapat rumah bertanah. Boleh parking kereta depan rumah, kan? Tapi ikutlah kemampuan masing-masing ya.

2. Dua rumah untuk pelaburan.

Sebelum kau teringin duduk rumah sendiri, pastikan paling kurang kau ada dua biji rumah lain yang disewakan atau dijadikan pelaburan. Itu aset yang harganya akan naik. Dapat jugalah kau merasa cashflow ratus-ratus setiap bulan. Jadilah duit geli-geli. Bila usia milikan rumah dah matang, jual rumah tu, dapat untung lagi.

3. Simpanan enam bulan gaji.

Kita jadi risau dengan kewangan dan pelaburan kita kalau kita tak ada simpanan enam bulan gaji kita ni. Saya lebih suka anggap simpanan ni adalah dana kecemasan. Bila kau cemas, kau pakai duit ni. Jangan berhutang dengan kawan. Apatah lagi buat personal loan sebab duit belanja tak cukup setiap bulan. Jangan. Jangan. Jangan!

4. Simpanan bulanan tetap.

Kalau kau berjaya buat simpanan tetap setiap bulan, maksudnya tahap kewangan kau dalam keadaan baik. Sebab kau punya belanja kurang daripada gaji. Untuk yang bujang, simpanlah 30%-50% daripada gaji bulanan. Kalau dah kahwin, 10%-30%. Patutnya umur 35 tahun dah takda masalah nak buat simpanan tetap bulanan.

5. Kereta yang memuaskan.

Dah sepuluh tahun menangguh nafsu nak pakai kereta best, kan. Jadi pada umur 35 tahun ni, apalah salahnya reward yourself. Bolehlah kau angkat satu kereta yang best-best. Mungkin bukan kereta idaman yang harga ratus-ratus ribu tu. Dapat yang harga RM100K++ pun okay sangat dah tu. Bawak famili jalan-jalan pun selesa.

Nak capai semua ni mesti kena ada perancangan. Katakanlah mula bekerja pada umur 25 tahun. Kau kena capai semua ni dalam masa 10 tahun daripada sekarang. Rancang cepat!

Sebelum graduate nak buat apa, dapat gaji pertama nak buat apa, lepas setahun bekerja nak capai apa. Lagi lambat kau mula merancang, lagi susahlah kau nak capai 5 poin kat atas tu.

Takkanlah umur 35 tahun masih nak duduk menyewa, hisap rokok paw kawan, tengok wayang dengan awek, hujung bulan baki dalam akaun tinggal RM10, takda simpanan, pinjam duit mak bapak.

Tak nak gelak.

Nanti ada orang sentap. Ops! - HF

Nota: Kalau kau dapat capai semua ni pada umur 30 tahun lagilah bagus. Takda siapa nak halang kau. Konsepnya, lagi cepat, lagi bagus



from Sehinggit Media News http://ift.tt/2iqHWjW
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2hxJzaU
via merahhaticintaku.blogspot.my

8 Minuman Ini Dapat Membuang Toksin Dalam Badan Anda Dengan Pantas


8 Minuman Ini Dapat Membuang Toksin Badan Dengan Pantas. Badan kita akan sentiasa Menyahtoksinkan – sering kita. Hati, buah pinggang dan kulit (untuk keselesaan) berada di kitaran air secara berterusan untuk memastikan anda sihat dan bebas daripada penyakit. Tetapi itu tidak bermakna anda perlu meletakkan organ-organ anda pada overdrive. Membuang Toksin Badan

Membuang Toksin Badan

Incorporate makanan yang membantu dan memudahkan toksin curahan, sebaik-baiknya pada waktu pagi. Cuba ini 8 atas makanan detox pagi, satu demi satu, atau jika anda rasa kreatif, dalam kombinasi dengan satu sama lain untuk meningkatkan badan anda dan detoksifikasi organ-organ proses dan toksin-pertempuran.

Air Lemon

Untuk minuman mudah, air lemon pakej a punch serius mengagumkan. Minum air lemon perkara pertama dalam aids Pagi adalah penting penghadaman dan detoksifikasi kerana ia helah hati dalam menghasilkan hempedu, yang membantu memastikan makanan bergerak melalui saluran gastrousus dan badan anda dengan lancar.

Asid dan enzim yang ditemui dalam air lemon menstabilkan tahap insulin anda dan merangsang detoksifikasi keseluruhan badan dan kulit anda.

Jus beet

Hati anda bertanggungjawab ke atas lebih 500 fungsi badan anda, yang kebanyakannya adalah bertanggungjawab untuk detoksifikasi tubuh. Makan dengan besi, kalsium, vitamin dan antioksidan, beets adalah salah satu sumber terbaik di hati untuk mengekalkan detoksifikasi yang optimum.

Cuba menambah jus beet segar pagi jus atau bermulut manis anda! Ini akan menendang hati anda ke gear tinggi perkara pertama pada waktu pagi, memastikan bahawa anda rev up detoksifikasi tubuh anda cerah dan awal.

Jus lobak merah

Jus lobak merah adalah kuat hati-kering makanan yang rosak toksin di dalam hati anda dan mengeluarkannya dengan cepat ke dalam buah pinggang dan usus untuk cepat dihapuskan anda. Sering digelar “jus ajaib”, jus lobak merah dimuatkan dengan hidup sebatian enzim dan antioksidan yang dipanggil carotenes yang menyampaikan nutrien detoksifikasi yang sangat absorbable.

Akar teh Dandelion 

Dandelions membantu memecahkan dan menyimpan asid amino, mensintesis dan metabolisme lemak dan kolesterol – di mana kesemuanya adalah penting untuk detoksifikasi hati. Plus, dandelions membantu sistem pencernaan dengan merangsang dan mengekalkan aliran hempedu yang betul.

Dandelion teh boleh mudah didapati di kedai makanan kesihatan tempatan anda. Bergantung kepada dos yang anda dapati pada kotak, bermula dengan secawan perkara pertama waktu pagi dalam adalah baik dengannya.

Kunyit emas susu

Kunyit adalah terkenal dengan sifat-sifat ubat-ubatan. Golden susu adalah mudah dan berkesan untuk menggabungkan faedahnya pada setiap hari!

Kunyit susu adalah menyahtoksik yang lebih besar melalui darah Pemurnian mengeluarkan kekotoran. Plus, ia adalah kerana hati budi detoksifikasi hartanah. Berikut adalah resipi susu golden kunyit mudah, standard yang akan memulakan proses detoksifikasi tubuh anda ke gear tinggi.

8 Minuman Ini Dapat Membuang Toksin Badan Dengan Pantas

Bahan-bahan

2 cawan susu atau santan buatan sendiri
1 sudu teh kunyit (di mana untuk mencari)
½ sudu teh kulit kayu manis (di mana untuk mencari)
1 sudu teh madu mentah atau sirap maple atau secukup rasa
Nanti lada hitam (meningkatkan penyerapan)
Sepotong kecil akar halia yang segar, dikupas atau serbuk ¼ sudu teh halia
Nanti cayenne pepper (pilihan)

Kisar semua bahan dalam pengisar kelajuan tinggi sehingga sebati. Tuang semua bahan ke dalam periuk kecil dan Panaskan selama 3-5 minit lebih sederhana sehingga Panas, tetapi tidak mendidih. Nikmati!

Pasli jus

Jus pasli adalah cara yang sangat mujarab dan tertumpu kepada inges parley ini kaya dengan pelbagai vitamin, mineral, antioksidan dan enzim. Tempahan disambut sebagai tambahan yang penting untuk proses detoksifikasi tubuh anda, kerana buah pinggang dan kebolehan pembersihan hati.

Pasli jus secara umumnya dianggap terlalu berkuasa dengan sendiri. Untuk memastikan bahawa anda minum setiap hari, cuba mencampurkan dengan lain-lain buah-buahan segar detoksifikasi yang terkenal dan jus sayur-sayuran seperti tembikai, saderi, lobak merah, timun dan lemon. Lebih baik lagi, dapatkan kreatif dan bertukar sehingga gabungan itu untuk menjaga diet anda merangsang dan menarik.

Air benih flaks tanah

Flaxseeds adalah sumber yang baik serat yang penting untuk sistem penghadaman yang sihat. Dengan kedua-dua larut dan tidak larut, benih flaks merangsang pergerakan usus dan membuang sisa toksik dibina dalam dalam.

Plus, melambatkan proses penghadaman anda, membantu penyerapan nutrien badan anda. Ini boleh menjadi tambahan yang penting terhadap proses detoksifikasi, menjaga anda lebih lengkap, lagi – ini adalah sesuai apabila anda detoxing untuk membantu penurunan berat badan.

Untuk menggabungkan flaxseed tanah ke dalam rutin pagi anda, cuba menyerap mereka kepada anda bijirin, Pagi bermulut manis, atau hanya dengan menambah air!

Jus Prune

Jus Prune mempunyai kesan menakjubkan yang tidak terkira banyaknya atas badan, khususnya dari segi kesannya detoksifikasi. Prunes inpotassium tinggi, besi dan beta karotena dan antioksidan. Walau bagaimanapun, kehebatan detoksifikasi berbohong di dalam serat yang tinggi kandungan untuk menyingkirkan bahan buangan dalam usus. Ini bermakna pergerakan mangkuk kerap dan merendahkan kolesterol dan paras gula.

Jus Prune boleh dinikmati sendiri atau ditambah sebagai sejenis detoksifikasi-penggalak kepada jus segar dan smoothies. Sama ada anda menikmati rasa atau ingin topeng dan menyembunyikannya, menambah prune jus ke dalam kitaran rutin biasa pagi anda adalah elimator toksin yang hebat.


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2iN9SPt
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2ilgKk0
via merahhaticintaku.blogspot.my

Kajian Mendapati Tidur Berdengkur Lebih Bahaya Daripada Merokok!!!


Berdengkur atau tidur mendengkur sebenarnya adalah penggera tanda bahaya bagi kesihatan kita. Malah pasukan penyelidik dari Detroit AS menyatakan bahawa mendengkur lebih berbahaya dari merokok!

Pendengkur mempunyai risiko besar mengalami penebalan arteri karotid dibanding perokok, orang yang obes (gemuk) atau bahkan yang mempunyai kadar kolesterol tinggi sekali pun.

Arteri karotid adalah pembuluh darah yang memberikan bekalan ke kawasan leher dan kepala, termasuk otak.Jika dinding pembuluh darah ini mengalami penebalan, boleh menjadi permulaan dari berbagai penyakit saluran darah lain.

Berdengkur dan sleep apnea

Berdengkur telah lama diketahui menjadi tanda dari henti nafas semasa tidur atau sleep apnea.

nafas behenti semasa tidur terjadi akibat kesempitan saluran nafas, sehingga dada naik turun ketika bernafas, tidak terdapat udara yang boleh mengalir melalui.

Akibatnya, oksigen akan turun sepanjang malam. seseorang sudah menyatakan bahawa sleep apnea merupakan penyebab utama hipertensi, penyakit jantung, kencing manis, mati pucuk hingga stroke.

Sebenarnya sejak tahun 2003, dunia perubatan moden sudah mengesahkan bahawa salah satu punca utama tekanan darah tinggi (hipertensi) adalah sleep apnea.

Ini terkandung dalam laporan dari the Joint National Committee on Prevention, Detection, Evaluation and Treatment of High Blood Pressure yang lebih dikenali sebagai JNC7.

Sementara jurnal kajian perubatan terus berkembang dan memuat tentang bagaimana sleep apnea menyebabkan pelbagai penyakit fatal seperti penyakit jantung koronari, serangan jantung hingga stroke.

Hasil Kajian

Namun kajian ini menunjukkan bahawa sebelum terjadi sleep apnea, suara dengkuran saja sudah merupakan tanda bahaya yang tidak boleh diabaikan.

Para penyelidik memerhatikan data 913 pesakit yang telah diperiksa di klinik gangguan tidur antara Disember 2006 hingga Januari 2012. Setelah diperiksa, dikumpulkan pesakit yang mendengkur tetapi tidak mengalami sleep apnea.

Secara keseluruhan, terdapat 54 orang pesakit berdengkur yang dilakukan ukuran ketebalan dinding arteri karotid dengan menggunakan ultrasound (USG).

Ketebalan arteri karotid boleh digunakan untuk melihat perkembangan penyakit aterosklerosis (pengerasan pembuluh darah). Penebalan dinding arteri karotid merupakan tanda dari penyakit arteri karotid.

Hasilnya, pesakit yang berdengkur mempunyai arteri karotid yang lebih tebal dibanding yang tidak berdengkur. Para penyelidik mengesyaki getaran akibat dengkur yang menyebabkan trauma pada saluran darah hingga sebabkan keradangan dan pada akhirnya akibatkan penebalan pembuluh darah.

Kajian ini juga mendedahkan, secara statistik tidak terdapat perbezaan yang bermakna pada penebalan arteri karotid pada pesakit dengan atau tanpa risiko-risiko penyakit jantung-pembuluh darah yang selama ini kita kenal.

Faktor-faktor risiko itu antara lain adalah merokok, diabetes, tekanan darah tinggi atau kadar kolesterol yang tinggi.

Rawatan

Peringkat pertama rawatan berdengkur adalah dengan mengenali adanya masalah. Keluarga dan kerabat perlu meyakinkan pesakit kalau ia berdengkur. Ya, pendengkur hanya tahu dirinya dengkur jika diberi tahu oleh orang lain

Untuk rawatan perubatan, bermula dengan pemeriksaan tidur untuk menegakkan diagnosis. Pemeriksaan di makmal tidur tidak ubah seperti pemeriksaan fungsi jantung atau pernafasan sahaja, bezanya ia dilakukan semasa tidur. Kenapa semasa tidur? Kerana gangguan nafasnya hanya terjadi pada semasa tidur.

Setelah diagnosis ditemui baru doktor akan menentukan rawatan yang sesuai untuk keadaan setiap pendengkur. Biasanya menggunakan CPAP, pembedahan atau oral appliances.

CPAP singkatan dari continuous positive airway pressure, berupa sebuah alat yang dihubungkan ke hidung melalui topeng. Perawatannya amat selesa kerana memberikan kualiti tidur yang maksimum.

Dua kajian berbeza di Australia dan Eropah tahun 2003 menunjukkan bahawa selepas berdengkur dirawat dengan CPAP, risiko pesakit mengalami penyakit jantung koronari turun hingga 37 peratus, manakala risiko stroke turun 56 peratus.

Sementara kajian tahun 2004 dan 2005 menunjukkan bagaimana penggunaan CPAP pada pendengkur dengan diabetes membantu tingkatkan kepekaan insulin serta kawalan gula darahnya.

Kesan

Di Amerika Syarikat dianggarkan 40 peratus lelaki dan 24 peratus wanita adalah pendengkur. Walau kita mempunyai data yang sah di Indonesia diperkirakan jumlah pendengkur tidak jauh berbeza. Bayangkan berapa banyak di antara kita yang mengalami bahaya setiap tidurnya.

Berdengkur selama ini dianggap sebagai bunyi yang mengganggu. Di persekitaran pergaulan dengkur selalu menjadi bahan jenaka. Malah pihak insurans sering menganggap dengkuran sebagai suatu gangguan yang bersifat kosmetik dan tidak membahayakan.

Tetapi dengan banyaknya data penyelidikan yang terus bertambah, bunyi berdengkur tidak dapat lagi kita abaikan.

pakar kesihatan sudah mula melihat dengkuran sebagai salah satu faktor risiko penyakit yang sejajar kedudukannya dengan hipertensi atau peningkatan kadar kolesterol.

Akhir kata, jika anda mencari rakan atau saudara-mara yang berdengkur, peringatkan. Dengan demikian anda telah menyelamatkan nyawanya 


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2hwyBTb
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2ipyTQ0
via merahhaticintaku.blogspot.my

Apakah Hukum Berkongsi Mesin Basuh Layan Diri Dengan Non Muslim, Ini Penjelasan Ustaz

Apakah Hukum Berkongsi Mesin Basuh Dengan Non Muslim Di Tempat Awam

do

Dobi layan diri sudah sinonim dengan masyarakat sekarang.

Ini terutama bagi mereka yang tinggal di area bandar perkhidmatan dobi layan diri sememangnya memudahkan.

Perkhidmatan mencuci baju dan terus keringkan sememangnya menyenangkan banyak pihak.

Seebnarnya di negara maju sperti Amerika Syarikat dan juga England, perkhidmatan ini sudah lama tersedia.

Kini ianya baru menular dan menjadi trnd di Malaysia.

Walabagaimanapun, terdapat beberapa persoalan menjadi hujahan sesetengah pihak sebagai umat Islam.

Ramai yang ambil mudah dan ini jawapan dan penerangand dariapda Dr. Ustaz Rozaimi Ramle.

Semoga perkongsian ini bermanfaat

Jom baca:
ustaz-dobi

The post Apakah Hukum Berkongsi Mesin Basuh Layan Diri Dengan Non Muslim, Ini Penjelasan Ustaz appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2ixk4s5
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2iliGZG
via merahhaticintaku.blogspot.my

Rasai Perbezaan Pada Tubuh Badan Dengan Menekan Titik Di Dahi Selama 45 Saat


Anda sering berasa sakit di bahagian kepala hingga menjejaskan kerja seharian anda.  Kebiasaannya untuk menghilangkan sakit kepala selalunya ramai yang akan mengambil ubat daripada doktor . Walaupun ianya cepat melegakan sakit kepala, tetapi sakit itu akan datang kembali.

Jadi di sini kami nak kongsi dengan anda semua cara semulajadi untuk mengatasi masalah sakit kepala tanpa perlu mengambil ubatan moden. Caranya anda hanya perlu menekan titik di dahi selama 45 saat setiap hari dan rasakan manfaatnya pada tubuh badan anda.

Dari artikel scoopwhoop.com, titik yang dikenali sebagai energi vital ataupun chi ini mengalir melalui 12 meridian utama dalam tubuh badan yang menghubungkan organ tertentu sehingga menjadikan sistem pengaliran darah di seluruh tubuh badan berjalan dengan sangat lancar.

Manfaat dari teknik ini ialah ketegangan otot   akan berkurang serta  membaiki pengaliran darah dan merangsang zat kimia dalam otak yang dikenali sebagai “endorphine”, iaitu zat yang mampu menghilangkan stress.

Malah teknik ini dapat menjadikan anda berasa tenang, meningkatkan daya ingatan, mengurangi stress, sakit kepala,mata dan juga insomnia.

Menekan titik pada dahi juga dapat memperbaiki keseimbangan spiritual dan emosional. Terapi ini sangat sesuai untuk anda yang  selalu berdepan dengan stress.  

Sumber: ERA fm


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2ixlC5f
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2hwD1JR
via merahhaticintaku.blogspot.my