Thursday 7 December 2017

'Ini Idea Asal Mak Mertua Saya. Kreatif Sungguhlah' - Netizen Kecam Si Ibu Guna Raga Sebagai Carrier Untuk Bayi


"Yang ini idea untuk orang yang tak mampu lagi nak beli car seat macam saya," demikian kata seorang ibu berkongsi gambar bayinya berusia dua bulan diletak dalam raga. 

Dalam perkongsian yang dimuat naik laman Facebook soal jawab ibu dan bakal ibu itu, wanita yang tidak didedahkan namanya itu berkata, idea itu diketengahkan oleh ibu mertuanya yang dianggap kreatif. 

"Salam dan hai semua. Saya nak kongsi baby saya berusia dua bulan duduk dalam kereta, tak guna carseat lagi. Car seat kan ada banyak jenis yang tak berapa sesuai dengan bayi baru lahir. 

"Kalau nak beli carrier saja, macam membazir sebab boleh digunakan sehingga bayi berusia enam bulan sahaja. 


"Ini idea asal mak mertua saya. Kreatif sungguhlah dia. Dulu buat dekat anak menakan saya, sekarang anak saya pula," katanya yang juga menyarankan kepada ibu-ibu lain mencuba kaedah yang sama.



"Letak dalam raga saja. Make sure seatbelt okay. Saya tak letak sebab kereta saya muat-muat raga ini. 

"Tak payah kecam-kecam, okay," katanya.

Malangnya, tindakan wanita berkenaan dianggap membahayakan nyawa anaknya sendiri. 

"Masih bahaya untuk bayi. Seatbelt bukan untuk menahan raga tetapi menahan bayi dari tercampak sekiranya berlaku apa-apa kejadian yang tidak diingini. Lagi bahaya jika kereta puan ada airbag di depan. 

"Saya tak kecam, tetapi jangan anggap beli carrier sebagai membazir. Carrier beli satu boleh pakai untuk anak-anak lain yang akan datang atau boleh saja beli yang secondhand. - Fara Maya. 


"Comel seketul bayi di situ. Malangnya ada mak yang tak ada kesedaran atau buat-buat tak ada kesedaran. 

"Sila fokus pada kereta beliau. Bukan Perodua Kancil atau Proton Saga. Tak mampu? Bukan tak mampu tetapi kedekut sebab dia kata bazir pakai enam bulan saja. 

"Nak bubuh dalam raga ke, dalam besen ke, dalam kotak ke, suka hati awak. Tapi jangan tayang dna jangan ajak orang buat benda-benda yang tak selamat. Semoga awak selamat." - Fariza Fauzi.

Sumber: The Reporter


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2kAOjnf
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2jtW5ft
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment