Salah satu pesawat yang sedang dirobohkan, selepas ia tersadai bertahun-tahun di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai di Johor.
JOHOR BAHRU: Tiga pesawat Boeing 747, masing-masing bernilai jutaan ringgit telah dijual pada lelongan awam pada harga hanya RM800,000 selepas kesemuanya tersadai bertahun-tahun di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.
Pembida asing yang dipercayai merupakan syarikat kitar semula bagi serpihan aeroangkasa telah pun merobohkan pesawat berkenaan.
Ia dijangka dapat menyelesaikan proses tersebut bagi ketiga-tiga pesawat dalam tempoh tiga minggu lagi.
Difahamkan, beberapa syarikat turut membuat bidaan semasa lelongan dilakukan beberapa minggu lalu.
Sekurang-kurangnya tiga jengkaut digunakan untuk merobohkan badan pesawat.
Salah satu pesawat telah dirobohkan sepenuhnya, dan kelihatan hanya gear pendaratannya.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan Dan Kepenggunaan Negeri Johor, Datuk Tee Siew Kiong berkata, beliau mengetahui kesemua pesawat tersebut telah dijual.
Bagaimanapun, beliau tidak pasti apakah tujuan syarikat berkenaan terhadap pesawat yang dibeli.
The Star melaporkan dua pesawat kargo dan sebuah pesawat komersial tersadai di lapangan terbang selama kira-kira 10 tahun.
Setiap pesawat yang dikatakan bernilai kira-kira AS$30 juta (RM125 juta) hanya diselaputi dengan jelaga dan kotoran.
Difahamkan, pemilik pesawat sebelum ini berhutang dengan lapangan terbang Senai lebih RM1 juta bagi caj parkir.
Menurut pegawai penerbangan, kes tersebut dimenangi lapangan terbang apabila ia dibawa ke mahkamah.
Menurut satu 'posting' lama di Facebook mendakwa bahawa pesawat itu berusia lebih 30 tahun dan ditawarkan untuk jualan pada harga RM5.3 juta setiap satu.
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2xuZqlY
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2xpcJTa
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment