Monday 4 September 2017

Tak Henti Berzikir Sebelum Dijemput Ilahi


SELEPAS 10 hari menikahi wanita mualaf, penghidap kanser usus dan hati tahap empat, Alfian Rizal, 34, meninggal dunia di kediaman keluarganya di Melaka Perdana Resort Homes, Ayer Keroh, Melaka, kira-kira 5 petang, hari ini.

Allahyarham Alfian menghembuskan nafas terakhir di sisi isteri, Andrea Adrianna Law Abdullah, 31, ibu Aisah Selamat, 57, dan bapanya Rizal Abdullah, 61.


Laporan Harian Metro sebelum ini dan Andrea Adrianna (kanan), Rizal (kiri) serta Aisah (tengah) bersiap untuk bertolak menghantar jenazah Allahyarham Alfian yang dikebumikan di Parit Yani Tengah, Batu Pahat. FOTO KHAIRUNISAH LOKMAN

Jenazah dibawa pulang ke kampung halaman ibunya, di Parit Yani Tengah, Batu Pahat, Johor 9.30 malam tadi untuk dikebumikan.

Lebih 50 sahabat Allahyarham, jiran, keluarga serta kenalan ibu dan ayahnya hadir memberi penghormatan terakhir buat Allahyarham.



Jenazah Allahyarham Alfian diusung oleh ahli keluarga dan rakan untuk disemadikan di kampung halaman ibunya di Parit Yani Tengah, Batu Pahat. FOTO KHAIRUNISAH LOKMAN

Rizal berkata, Allahyarham pernah berpesan supaya jenazahnya dikebumikan di kampung dan mahu diuruskan oleh pakciknya, Sulaiman Jantan, 55, jika dia meninggal dunia.

"Arwah rapat dengan pakciknya, dan memang dia pesan awal-awal jika apa-apa yang berlaku ke atas dirinya, dia mahu dikebumi di sana dan diuruskan Cikman (Sulaiman).


Ahli keluarga dan rakan Allahyarham Alfian membaca doa di rumahnya di sebelum bertolak ke kampung halaman ibu Alfian di Parit Yani Tengah, Batu Pahat. FOTO KHAIRUNISAH LOKMAN

"Kami akur dengan pesanan terakhir dia untuk dikebumikan di sana. Alhamdulillah dia (arwah) pergi dengan tenang, malah tidak berhenti berzikir sejak pagi tadi," katanya.

Beliau dan isteri menerima ketentuan Allah SWT dan bersyukur apabila impian Alfian untuk menikahi Andrea dimakbul Allah.

Pada 26 Ogos lalu Harian Metro menyiarkan kisah Andrea menikahi penghidap kanser usus dan hati tahap empat, selepas berkenalan selama 12 tahun.


Andrea Adrianna (kanan) ketika menunggu van jenazah di Melaka Perdana Resort Homes sebelum bertolak menghantar jenazah suaminya untuk dikebumikan di Parit Yani Tengah, Batu Pahat.

Sumber: Harian Metro


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2eF25CT
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2xKLSkq
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment