Siapa sangka janda anak tiga rupanya masih mengiurkan lelaki di luar sana. Baru-baru ini kecoh apabila seorang wanita yang sudah berpunya tiga anak, Jinky Cubilan memuat naik sebuah video dia dicium jejaka mat saleh!
Pasti ramai yang tertanya-tanya apakah hubungan mereka berdua sehingga dilihat begitu rapat sekali?
Akhirnya terbongkar apabila lelaki mat saleh berkenaan sebenarnya merupakan suami Jinky Cubilan sendiri!
Memiliki kulit sawo matang, hidung pesek, berperut bunci, lukisan kening yang pelik sememangnya membuatkan netizen terkejut dan tidak percaya bahawa lelaki berkenaan merupakan suaminya!
Lelaki mana yang mahu memperisterikan wanita sebegitu bukan?
Tetapi walaupun Jinky memiliki rupa paras yang tidak seperti model, dia sebenarnya seorang wanita yang memiliki sifat humor dalam berlawak.
Difahamkan Jinky bertemu dengan suaminya, Paul Anderson di Korea Selatan pada tahun 2010. Jinky yang berkerja di sebuah kelab komedi, bertemu dengan Paul yang baru menyertai tentera laut Amerika mula jatuh cinta pada kali pertama bertentangan mata,
Paul yang muda 3 tahun daripada wanita berkenaan mula bertemu janji selama 3 tahun sebelum Paul melamarnya dan diterima Jinky. Paul bagaimanapun mengakui bahawa dia menyukai setiap inci tubuh badan Jinky membuatkan sesetengah individu mencemburui hubungan cinta mereka.
Bahkan gambar-gambar mesra yang dimuat naik mereka turut menjadi bahan lawak dan sindiran oleh sesetengah netizen.
Kini Jinky sangat terkenal di Filipina dengan jolokan nama Madam Kilay. Bahkan dia turut dikenali melalui media sosial dan rancangan televisyen.
Berikut kami kongsikan video viral berkenaan:
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2jRPv59
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2xuc9Fk
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment