Sunday 3 September 2017

Pikachu Ini Nampak Gembira Dari Luar, Namun Bila Topeng Dibuka, Buat Ramai Netizen Sebak


Kostum kartun atau anime memang menjadi daya penarik di mana sahaja dia berada. Jika Sukan SEA baru-baru ini juga, maskot Harimau menjadi tarikan ramai orang dan para pelancong untuk bergambar.

Pendek kata kostum yang bewarna-warni ini menjadi tarikan dan memberi kegembiraan kepada sesiapa sahaja yang melihatnya.

Antara kostum-kostum menarik yang berjaya kami kumpulkan:












Begitu juga dengan kostum Pikachu ini. Warna kuning yang terang itu sangat menarik perhatian sesiapa sahaja yang meminatinya. Mereka yang minat dengan anime Pikachu juga pasti tidak akan melepaskan peluang untuk bergambar dengannya.

Satu kostum Pikachu ini di katakan selalu berada di hadapan sebuah pasaraya. Bila topeng dibuka, ramai yang terkejut kerana disebalik Pikachu itu adalah seorang nenek tua 71 tahun bernama Han yang melalui detik hiba.


Suaminya terlibat dengan kemalangan di tempat kerja membuatkan dia lumpuh kekal. Anak perempuannya menghidap ketumbuhan otak dan disahkan buta manakala menantunya terlibat kemalangan jalan raya turut lumpuh.

Dia satu-satunya yang masih sihat dan mampu bekerja. Kerana dia sudah tua, tidak ada orang yang mahu mengambilnya untuk bekerja.

Maka Han pun membeli kostum Pikachu dan selalu memakainya setiap hari dengan harapan ada orang mahu bergambar dengannya dan membayar sebanyak RM6 untuk satu gambar. Begitulah hidup. Disebalik ceria wajah kostum ini, rupa-rupanya ada wajah sebenar yang menutup banyak duka dan lara.

Sumber: http://ift.tt/1VWaGfX


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2iUBkLZ
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2wyDIet
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment