Monday 4 September 2017

Pemandu Khayal Dadah Rempuh Suami Isteri Hingga Maut


BATU PAHAT: Sepasang suami isteri maut selepas motosikal yang mereka naiki dirempuh sebuah kereta di Kilometer 5 Jalan Bukit Pasir di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 7.15 pagi tadi, Wahadi Jamos, 62, dan Rokiah Jangi, 65, maut di lokasi kejadian selepas motosikal mereka dirempuh PERODUA Viva.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa, berkata lelaki yang memandu kereta itu melarikan diri sebaik tiba di hospital, manakala seorang penumpang perempuan yang belum dikenali dipercayai khayal akibat pengaruh dadah, kini sedang dirawat.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila PERODUA Viva dari arah bandar memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh motosikal mangsa.

“Kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu serta penumpang kereta tidak sedarkan diri dan dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI),” katanya dalam satu kenyataan.

Abdul Wahib berkata, berdasarkan siasatan awal pemandu kereta terbabit memandu dalam keadaan laju dan tidak menentu ke kiri dan ke kanan, dipercayai dipengaruhi dadah.

“Pihak polis menasihati pemandu kereta agar tampil memberi keterangan bagi membantu siasatan kes kemalangan ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.









from Sehinggit Media News http://ift.tt/2gAjBFk
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2vGKUYS
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment