Monday 4 September 2017

Kareena Kapoor Luah Rasa Bangga Dapat Taimur Ali Khan, Anak Paling Tampan Di Dunia


Ibu mana yang tidak gembira kalau anaknya menjadi kegemaran orang ramai.

Begitulah beruntung badan Kareena Kapoor kerana memiliki anak lelaki Taimur Ali Khan Pataudi yang sememangnya sangat comel dan lebih jelas lagi mempunyai ketampanan yang terserlah walaupun masih lagi bayi.


Walaupun sering menjadi buruan para peminat untuk melihat Taimur, Kareena Kapoor dan Saif Ali Khan tidak lokek berkongsi gambar anak mereka di sosial media lapor MYNEWSHUB.

Setiap kali gambar Taimur dimuatnaik pasti mendapat like paling tertinggi berbanding gambar-gambar yang lain. Dalam satu temu bual Kareena sendiri mengaku bangga dengan anaknya.


“Saya bangga dengan Taimur bukan kerana dia anak saya tetapi dia memang anak yang sangat tampan. Dia mewarisi keturunan sebelah bapanya,”.

Setiap kali bercakap mengenai anakyna, Kareena mesti memuji ‘ketampanan’ Taimur dan dia menggelar si kecil itu sebagai anak paling cantik ciptaan Tuhan. 

Boleh dikatakan inilah keluarga Bollywood paling cantik dari mak cik (Karisma Kapoor), ibu (Kareena Kapoor) dan bapa (Saif Ali Khan) sehinggalah kepada si kecil Taimur Ali Khan Pataudi.









Sumber: http://ift.tt/1VWaGfX


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2iWFQK8
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2ey5bFi
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment