Sunday 3 September 2017

Ini 5 Senjata Mengancam Yang Hilter Mahu Gunakan Untuk Takluk Dunia


Menjelang akhir Perang Dunia II, Nazi mula melakukan pelbagai eksperimen untuk membina senjata-senjata canggih, bermula dari kereta kebal raksasa, hingga pesawat jet pengebom.

Bukan rahsia lagi bahawa Hitler memang berniat menguasai seluruh dunia, sehingga apapun dilakukan agar Nazi Jerman boleh mencapai matlamat tersebut.

Dipetik dari wonderslist.com pada Rabu (7/6/2017), sejumlah senjata itu berjaya dicipta dan memberikan kesan besar kepada pihak lawan. Mujurlah, sebahagian lagi belum sempat dicipta hingga perang selesai.

Berikut ini adalah antara beberapa idea senjata Nazi Jerman yang sebahagian teknologinya masih dipakai hingga sekarang:

1. Horten Ho 229


Pesawat jet pengebom merupakan perkara yang biasa pada masa kini, tapi siapa sangka bahawa Nazi merupakan yang pertama kalinya mengutarakan idea pesawat jenis itu.

Horten Ho 229 adalah salah satu senjata Nazi yang paling mengagumkan. Pesawat itu mampu membawa 1,000 kilogram bom dengan kelajuan sehingga 977 kilometer / jam, tapi bermasalah dengan penggunaan bahan bakar.

Hitler telah mengarahkan pengeluaran besar-besaran pesawat itu, tetapi tidak banyak yang berjaya dibuat kerana pelbagai punca. Ada beberapa prototaip yang masih ada hingga sekarang, manakala selebihnya dimusnahkan atau dirampas musuh.


2. Landkreuzer P. 1000 Ratte


Tentera Darat Jerman terkenal dengan kekuatan hebat kereta kebal mereka. Tidak mengejutkan apabila mereka kemudian merancang membina kereta kebal terbesar dan terkuat di dunia, iaitu Landkreuzer P. 1000 Ratte.

Kereta kebal itu dirancang mempunyai panjang 44 meter dengan tinggi setara bangunan 4 tingkat. Dengan berat 1000 tan metrik, kereta kebal itu lebih berat daripada mana-mana kereta kebal dalam dunia.

Rancangannya dipersetujui oleh Edward Grottein, seorang pengarah Krupp, pada 1942. Tetapi, kereta kebal itu tidak praktikal untuk dibuat dan rancangan itu kemudian dibatalkan.

Tambahan lagi, kereta kebal seberat itu tidak ada gunanya dalam tentera, tidak selesa, dan mudah diketahui musuh dari jauh. Seandainya ia dibuat, maka Landkreuzer P.1000 Ratte boleh menjadi senjata Nazi yang paling terkenal.

3. Schwerer Gustav


Meriam Schwerer Gustav adalah antara meriam terbesar yang pernah dibuat dalam sejarah manusia, dengan berat kira-kira 1,350 tan. Meriam itu boleh menembak peluru berukuran 800 mm seberat 7 tan.

Sistem persenjataan itu perlu dikendalikan oleh 250 orang. Kerana beratnya, meriam itu diangkut menggunakan pengangkutan kereta api. Tapi saiz itu terlalu besar sehingga boleh menjadi sasaran mudah pesawat pengebom musuh.

Walaupun demikian, pihak Nazi sempat membuat meriam itu dan menggunakannya dalam pengepungan Sevastopol dan Stalingrad. Meriam itu sempat memuntahkan 40 peluru, namun kemudian berjaya dihancurkan oleh pihak musuh.

4. Meriam V3


Rancangan pembuatan senjata ini datang bersama dengan misi untuk menghancurkan kota London, selepas pembuatan roket V2 dan peluru berpandu V1 yang juga dicipta untuk tujuan yang sama tetapi gagal.

Meriam V3 termasuk senjata paling memusnahkan buatan Nazi dan setiap jam mampu menembak 300 peluru panjang berukuran 2.7 meter dengan jarak 165 kilometer.

Meriam itu dibina dan kemudian diarahkan ke London, tetapi beberapa bahagian pentingnya telah terlebih dahulu dihancurkan oleh pesawat-pesawat pengebom Britain sebelum sempat beraksi.

5. Panzer VIII Maus


Salah satu senjata hebat yang dibina Nazi adalah kenderaan berperisai Maus yang direka oleh Ferdinand Porsche. Pereka itu kemudian merancang kereta sport terkenal selepas perang.

Kenderaan itu seberat kira-kira 145 tan sehingga sukar dibawa melintasi jambatan atau perjalanan jauh, jadi ia direka agar dapat melintasi sungai walaupun hanya hingga kedalaman 13.5 meter.

Kerana rancangannya tidak praktikal, projek pembuatannya dihentikan. Prototaip yang belum lengkap diambil dan dihancurkan oleh pihak lawan.

Sumber: Laicikang.com


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2eTDreO
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2ww07L8
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment