Monday, 9 January 2017

10 Sebab Kenapa Lelaki Perlu Kahwini ‘Staff Nurse’


Untunglah jika lelaki memiliki isteri yang bekerjaya, cantik, rajin, lemah lembut dan tak berkira.

Pasti si suami senyum lebar kerana banyak benda yang isteri boleh buat atau dalam bahasa orang putihnya “multitasking”.

Tidak dinafikan seorang jururawat atau “staff nurse” memang kebanyakannya boleh buat banyak kerja dalam satu-satu masa. Dapat isteri cantik, rajin, tak berkira dan staff nurse sudah semestinya satu bonus buat si suami.

Pernah menjadi viral, satu post di instagram seorang jururawat cantik iaitu eh_alyaa yang memberi 10 sebab untuk mengahwini jururawat. Korang setuju ke tidak?

1. Pandai kemaskan katil

Lepas bangun pagi, katil anda mesti dah siap dikemas, maklumlah biasanya buat bedmaking patient sampai 30 bed sehari, so setakat katil kat rumah tu apa la sangat, bukan ada sampai 5 katil pun.

2. Tidak senang berasa jijik

Diorang tiada rasa jijik nak cuci pampers anak.. Golongan ini berhadapan dengan kerja kotor hampir setiap hari, dan setakat lampin anak, apalah sangat nak dibandingkan dengan apa yang dihadapi di wad.

3. Sistematik

Cuba bayangkan staff nurse memasak, mesti bahan-bahan masakan diorganize seperti ubat-ubatan pesakit. Alah, setakat bawang putih 3 ulas + 100gm ikan bilis, apalah sangat nak dibandingkan dengan katil 1 Pt A, T Metoprolol 50 mg BD, T Simvastatin 40mg ON, IV Ceftriaxone 1g OD, tu baru satu patient.

4. Pandai bab dobi

Anda banyak baju putih? Mesti dapat basuh sekali dengan uniform diorang..N diorang selalunya tau combination sabun apa nak bagi baju putih, maklumlah daripada time study dah pakai baju putih.

5. Diorang ni sado-sado

Maklumlah reposition patient 2 hourly, pusing sana-sini, transfer patient katil ke kerusi, kerusi ke kerusi roda….Jimat duit nak gi gym, hihihi.

6. Klinikal sampai ke rumah

Kalau diorang cuci rumah, diorang tak pakai sabun pencuci lantai, tapi chlorrhexidine dengan alcohol (Terbukti secara klinikal)

7. Susah nak marah

Nak buat diorang marah? Susah gila, sebab hari-hari berhadapan dengan masyarakat yang entah pape, tapi kalau dah marah, patient GCS 3 terus improve jadi 20/15.

8. Senang nak rindu

Diorang boleh bagi anda masa untuk rindu, coz diorang kerja tak menentu mengikut pada syif, kadang2 sampai 2-3 hari tak berjumpa walaupun duduk serumah

9. Pandai ubati luka

Anda terluka kaki akibat terjatuh? Jangankan luka kaki, bedsore kategori 4 pun diorang boleh cucikan, termasuk juga luka di hati.

10. Pengalaman baru setiap hari

Hari-hari diorang akan cerita pengalaman baru, maklumlah pesakit bertukar-tukar setiap hari. - Sehinggit Media


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2iYFO2G
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2i8m9xY
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment