Wednesday, 30 November 2016

14 Gambar Sekitar Bulan Madu Amar Baharin Dan Amyra Rosli Di Jepun

14 Gambar Sekitar Bulan Madu Amar Baharin Dan Amyra Rosli Di Jepun

h

Pasangan baru kahwin, Amar Baharin dan Amyra Rosli memang sama cantik sama padan.

Mereka berdua baru bernikah awal bulan November yang lalu dan kini sedang bercuti.

Amar Baharin akhirnya telah menunaikan impian isterinya, Amyra Rosli untuk bulan madu di Jepun.

Pasangan baru berkahwin ini telah becuti di negara matahari terbit itu sejak beberapa hari lepas.

Mereka juga telah mengunjungi tempat yang amat best iaitu Disneyland, Jepun.

Melihat gambar mereka berdua, para peminat dilihat telah memberi komen, mendoakan Amar dan Amyra kekal bahagia begini buat selama-lamanya.

Ini merupakan beberapa koleksi gambar sekitar bulan madu Amar Baharin dan Amyra Rosli:

am-1

am-2

am-3

am-4

am-5

am-6

am-7

am-8

am-9

am-10

am-11

am-12

am-13

am-14

The post 14 Gambar Sekitar Bulan Madu Amar Baharin Dan Amyra Rosli Di Jepun appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2gIHr3K
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2fU5QlV
via merahhaticintaku.blogspot.my

Saksi Tampil Ceritakan Detik Cemas Jambatan Midvalley Runtuh

“Memang Menakutkan..Bangunan Bergoyang, Bergegar Sebelum Runtuh” – Saksi Jambatan MidValley Runtuh

mid

Saksi runtuhan sebuah jambatan di area Midvalley telah tampil untuk berkongsi pengalaman mengerikannya itu.

Seorang saksi bernama Atang memberitahu kawasan tapak pembinaan itu secara tiba-tiba bergegar dan bergoyang sebelum struktur itu runtuh.

Atang yang berasal dari Vietnam berkata keadaan itu menyebabkan kesemua pekerja lari bertempiaran untuk menyelamatkan diri.

Ketika itu dia sedang membuat pemasangan cermin di bangunan itu.

INI KOMEN ATANG

“Ia berlaku terlalu pantas dan memang menakutkan. Saya rasa bangunan ini bergoyang dan laluan pejalan kaki itu secara tiba-tiba terbalik dan satu persatu konkrit jatuh.

“Memang bunyi agak kuat, dan kami semua terkejut dan melarikan diri ke tempat selamat. Nasib baik ketika kejadian ramai pekerja tiada kerana mereka sedang berehat,”

Sementara itu, seorang pekerja warga Bangladesh yang dikenali sebagai Abdullah berkata beliau terkejut apabila terdengar bunyi dentuman yang agak kuat.

INI KOMEN ABDULLAH

“Saya dan beberapa rakan lain pergi ke arah bunyi itu dan melihat rakan-rakan keluar dari runtuhan.

“Keadaan memang kelam kabut dan saya bernasib baik tidak berada di kawasan pembinaan itu kerana sedang berehat,”

Seorang lagi saksi Md Kawsar menceritakan dia terkejut melihat jejambat itu terjatuh dari tingkat dua dan menghempap rakan sekerjanya.

Rakannya itu dikatakan sedang berehat untuk makan tengah hari di bahagian bawah tapak pembinaan.

INI KOMEN KAWSAR

“Saya sedih kerana tidak dapat menyelamatkan mereka kerana ketika itu saya berada jauh dari tempat kejadian,”

Ketua Polis Daerah Brickfields menyatakan seorang pekerja kontrak warga Vietnam berumur 21 tahun maut manakala lima lagi cedera dalam kejadian kira-kira 3.30 petang itu.

Mangsa yang cedera, terdiri daripada pekerja kontrak warga Bangladesh dan Vietnam, dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan.

Katanya, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) sedang mengesan seorang lagi mangsa warga Bangladesh yang dipercayai masih tertimbus dalam runtuhan itu.

Setakat ini kumlah mangsa adalah 7 orang berusia antara 21 hingga 32 tahun yang terdiri daripada pekerja warga Vietnam, Bangladesh dan Indonesia. – PENMERAHDOTCOM

The post Saksi Tampil Ceritakan Detik Cemas Jambatan Midvalley Runtuh appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2fTCK5Z
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2gNkAR1
via merahhaticintaku.blogspot.my

AKHIRNYA Ini Penjelasan Sebenar Kenapa Handphone Ayda Jebat Dirampas

AKHIRNYA Ini Penjelasan Sebenar Kenapa Handphone Ayda Jebat Dirampas

aj

Beberapa hari yang lalu telah kecoh apabila tindakan seorang body guard merampas handphone Ayda Jebat.

Insiden berlaku ketika cuba berselfie dengan peserta Runningman, Lee Kwang Soo.

Memang teruk body guard berkenaan dikecam keraan tindakannya itu yang dikatakan agak kurang ajar.

Kini telah menjadi viral juga penjelasan mengapa body guard itu bertindak berkenaan.

Penjelasan Abdullah Aziri Pauzi :

Dalam kontrak yang ditanda tangani oleh pihak penganjur (100 Plus dan SONY), kontrak tu secara jelas menyebut bahawa hanya official photographer dan videographer sahaja yang dibenarkan untuk merakam gambar / video.

Even, before the event itself, kesemua selebriti- termasuk Ayda Jebat, Ajak Shiro, Shahrul Ridzuan, Hafizh Syahrin Pescao55 dan suami Hanis Zalikha (aku tak ingat nama dia apa) dah di brief oleh pihak penganjur bahawa selfie atau gambar tak boleh diambil.

Tindakan Ayda Jebat sebenarnya selfish, dan sebenarnya dia dan pihak penganjur berkemungkinan boleh disaman atau didenda oleh kompeni yang menguruskan Lee Kwang Soo akibat tindakan mahu selfie tersebut.

Mungkin ada yang mempertikaikan kenapa Ajak Shiro sempat selfie. Hal ini mungkin kerana, dia bernasib baik dan mendapat rezeki kerana terlepas dari pandangan body guard yang menjaga Lee Kwang Soo.

Kesimpulannya, jangan marah penganjur. Jangan marah body guard. Mereka hanya buat kerja mereka.

Nak marah, marah lah pada kompeni yang uruskan Lee Kwang Soo – atau marahlah pada orang yang melanggar peraturan / kontrak.

One selfie won’t hurt, yes. But incase of breaching of a contract, you may faced summons or fine.

Itulah penjelasan dari seorang lelaki tentang hal berkenaan. -PENMERAHDOTCOM

The post AKHIRNYA Ini Penjelasan Sebenar Kenapa Handphone Ayda Jebat Dirampas appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2g90nVQ
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2g9bKxc
via merahhaticintaku.blogspot.my

7 Kebaikan Rendam Kaki Dalam Bancuhan Garam Untuk Wanita Yang Kerap Sakit


Terbukti merendamkan kaki dalam air panas dicampurkan dengan sedikit garam selain dapat membuat kita menjadi lebih tenang dan ianya juga boleh membersihkan kuman yang bersarang di telapak kaki. Merendam kaki juga dapat membuat kaki kita menjadi lebih ringan. 

Ianya juga sememangnya dipercayai dapat menghilangkan lenguh-lenguh dan kebas. Disebabkan oleh campuran  garam dan air panas tersebut, ternyata ianya akan memberikan efek yang berbeza kerana khasiat daripada garam tersebut. Garam bukit memang sesuai digunakan untuk perubatan dan kesihatan. Kalau ada yang berminat nak jadikan aktiviti ini rutin mingguan boleh baca kebaikannya bukan setakat untuk kaki sahaja:

1.Untuk Menghilangkan Bau Pada Kaki

Selepas kita membuka kasut, kadangkala ada bau yang tidak sedap bebas ke udara. Ternyata bau tersebut adalah daripada kaki kita. Keadaan ini sangat mengganggu kehidupan kita, apatah lagi ketika berada di tempat-tempat awam. Orang yang berdekatan dengan kita boleh terganggu  dengan bau tersebut. Jika mengalami masalah ini, cubalah untuk merendam kaki denagan air panas dan garam. Ini kerana air garam boleh menghilangkan bakteria yang ada pada kaki.

2. Dapat Mengatasi Masalah Kulit Kaki Pecah-Pecah dan Kasar

Merendam kaki di dalam air panas dicampurkan dengan garam dapat menanggalkan kulit mati dan dapat merawatnya.  Untuk kaki pecah-pecah dan kasar, atasilah maslah untuk dengan rendama kaki ini.

3. Dapat Mengatasi Selsema, Demam, dan Batuk

Tiga penyakit tersebut dapat diatasi dengan cara merendamkan kaki di dalam air panas bercampur garam. ini kerana proses rendaman kaki tersebut membuat tubuh kita menjadilebih  segar dan sakit akan berkurangan.

4. Melegakan sakit Kepala

Selain selsema, rendaman kaki dengan air panas dan garam juga bermanfaat untuk rawatan sakit kepala. Sakit kepala yang kadang kala berlaku kerana perubahan cuaca secara mendadak memang menyekat aktiviti seharian anda, jadi boleh cuba aktiviti ini untuk mengurangkan tekanan pada pembuluh darah disebabkan perubahan cuaca. 

5. Untuk Menenangkan Jiwa

Proses rendaman air panas dan garam juga dapat menenangkan jiwa dan memberikan kesegaran pada tubuh kita. Apabila pengaliran darah di kaki menjadi lebih baik, ianya mengurangkan stress pada badan dan minda kita.

6. Perjalanan Darah Menjadi Lancar

Air Panas yang telah dicampurkan  dengan garam juga amat  bermanfaat untuk memperlancarkan perjalanan darah. Tidak hanya air panas bergaram, tetapi juga air panas biasa.

7. Dapat Menghilangkan Kuman dan Bakteria yang Bersarang di Kaki

Segala  kuman dan bakteria penyebab kaki berbau, kaki menjadi kasar akan dapat diatasi dengan cara merendamkan  kaki menggunakan air panas yang dicampurkan dengan garam.

Haa itulah antara 7 kebaikan merendam kaki di dalam air panas dan garam, tetapi haruslah diingat ianya juga bergantung kepda kesesuaian diri kita juga, jika mengalami masalah alahan terhadap air rendaman, silalah hentikannya dengan segera dan dapatkan nasihat dari doktor. 



from Sehinggit Media News http://ift.tt/2gxPuNO
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2gKumTZ
via merahhaticintaku.blogspot.my

Harga Minyak Untuk Bulan Disember: RON95, RON97, Diesel Turun

Harga Minyak Untuk Bulan Disember: RON95, RON97, Diesel Turun

minyak

Ini merupakan update terkini tentang harga minyak kereta.

Harga runcit petrol RON95, RON97 dan diesel masing-masing turun 5 sen seliter.

Ini merupakan senarai harga terkini minyak berkuat kuasa 1 Disember :

RON95 : RM1.90 seliter
RON97 : RM2.25 seliter
Diesel : RM1.85 seliter.

Berbanding bulan November harga petrol RON95 adalah RM1.95 seliter, RON 97 (RM2.30) dan diesel (RM1.90). -PENMERAHDOTCOM

The post Harga Minyak Untuk Bulan Disember: RON95, RON97, Diesel Turun appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2g6s8OW
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2fD14KR
via merahhaticintaku.blogspot.my

Terbaru! Harga Petrol, Diesel Turun 5 Sen Bermula Tengah Malam ini (1 Disember 2016)


Kuala Lumpur, 30 Nov - Harga runcit pagi petrol RON95, RON97 dan diesel akan turun sebanyak 5 sen bermula tengah malam ini, lapor Oriental Daily.

Penurunan ini menjadikan harga runcit seliter RON95 kepada RM1.90, RON 97 kepada RM2.25 dan diesel kepada RM1.85.

Harga petrol & diesel bagi Disember 2016:

- RON 95: RM1.90 seliter
- RON 97: RM2.25 seliter
- DIESEL: RM 1.85 seliter

Penurunan 5 sen itu juga dilaporkan oleh Astro Awani menerusi laman Twitter mereka.




from Sehinggit Media News http://ift.tt/2fCVlEO
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2fQteRe
via merahhaticintaku.blogspot.my

Subhanallah..Inilah 13 Alasan Kenapa Anda Mesti Berwudhu Sebelum Tidur. Share Jangan Abaikan...


Wudhu menjadi sesuatu yang akrab bagi kaum muslim. Ini kerana wudhu merupakan salah satu cara bersuci untuk melakukan ibadah dalam islam. Wudhu menjadi ritual suci, sebelum anda meletakkan kaki diatas sejadah dan mengenakan pakaian yang hendak melakukan solat atau ibadah lainnya. Namun tahukah kamu bahawa melakukan wudhu terlebih dahulu merupakan salah satu kebiasaan Rasulullah SAW sebelum tidur.

Kebiasaan baik ini tentu memberikan pengaruh baik untuk yang melakukannya. Menurut ilmu perubatan, terbukti juga sangat baik untuk kesihatan. Penelitian terakhir dari Universiti Alexsandria, Dr. Musthafa Syahatah, seorang dekan fakulti THT menegaskan bahawa orang yang melakukan wudhu sebelum tidur memiliki kuman lebih sedikit dari pada orang yang tidak melakukan wudhu.

Jadi apakah manfaat berwudhu sebelum tidur bagi tubuh, berikut ini beberapa diantaranya :

1. Bebas dari kuman jahat

Kuman jahat mampu tumbuh dan berkembang dimana saja. Bahkan di setiap gagang pintu anda, di atas karpet, mahupun di tempat menonton televisyen anda merupakan tempat perkembangan kuman yang baik. Oleh sebab itu, anda di haruskan untuk selalu dalam keadaan bersih. Apatah lagi ketika hendak tidur.

Salah satu solusinya adalah dengan wudhu sebelum tidur. Penelitian terakhir menyebutkan bahwa wudhu mampu mengurangi kuman-kuman yang hidup dalam tubuh anda.

2. Struktur wudhu memang menyihatkan

Wudhu bererti membersihkan diri anda. Baik dari kotoran, kuman, dan bakteria yang mengenai tubuh anda. Melakukan wudhu yang di mulai dari niat, lalu membasuh kedua tangan, berkumur, memasukkan air ke dalam hidung serta membasuh kepala sangat jelas bererti membersihkan anggota badan bahagian atas.

Lalu di lanjutkan untuk membersihkan tangan sampai siku, lalu ke dua belah telinga, serta membersihkan kaki. Tata cara yang di sebutkan sangat baik untuk membantu anda menjaga dan merawat kesihatan tubuh.

3. Membantu menjaga kesihatan wajah

Jika pakar kecantikan menekankan para wanita untuk mencuci muka sebelum tidur, maka Rasulullah menganjurkan untuk berwudhu sebelum tidur. Kedua sisi ini sebenarnya memiliki tujuan yang sama, iaitu membersihkan anggota badan bahagian atas.

4. Semakin mendekatkan diri pada Illahi

Berwudlu merupakan salah satu bentuk ibadah tinggi. Sebab dengan wudhu kita sentiasa menjaga kebersihan diri. Sedangkan Allah menyayangi dan menyukai kebersihan. Anda pasti sudah tidak asing dengan hadis yang berbunyi kebersihan adalah sebagagian dari keimanan.

5. Di doakan oleh malaikat

Dalam sebuah hadis yang di riwayatkan oleh Ibnu Hibban menyebutkan bahawa seseorang yang berwudhu, ketika bangun ia akan di doakan malaikat. Semak berikut haditsnya :

Rasulullah SAW bersabda : “Barang siapa tidur dimalam hari dalam keadaan suci (berwudhu’) maka Malaikat akan tetap mengikuti, lalu ketika ia bangun niscaya Malaikat itu akan berucap ‘Ya Allah ampunilah hamba mu si fulan, kerana ia tidur di malam hari dalam keadaan selalu suci’”.(HR Ibnu Hibban dari Ibnu Umar r.a.)

6. Ketika mati, maka akan di anggap mati syahid

Dalam suatu kitab yang di tulis oleh Syekh Muhammad bin Umar An Nawawi Al Mantany dalam bukunya Tanqih al Qand al Hatsis menyebutkan bahawa seseorang yang berwudhu sebelum tidur mendapatkan manfaat. Iaitu ketika ia meninggal maka dianggap mati syahid.

Dari Umar bin Harits bahwa Nabi bersabda : ”barangsiapa tidur dalam keadaan berwudhu ,maka apabila mati disaat tidur maka matinya dalam keadaan syahid disisi allah”

Maksudnya adalah seseorang yang tidur dalam keadaan suci, berwudhu, maka ia akan memperolehi posisi tinggi di sisi Allah. Subhanallah.

7. Merehatkan otot sebelum tidur

Ketika siang hari, pasti aktiviti yang anda lakukan sangat banyak. Untuk itu perlu dilakukan untuk merehatkan otot. Manfaat wudhu sebelum tidur adalah salah satu cara untuk merehatkan otot yang kaku setelah seharian bekerja keras. Bahkan secara psikologi, seseorang yang telah melakukan wudhu akan nampak lebih tenang. Serta badan anda akan terasa segar kembali.

8. Mampu mencerahkan kulit

Anda tak perlu membeli peralatan make up yang mahal untuk mendapatkan wajah yang cerah. Sebenarnya dengan berwudhu sebelum tidur juga mampu mencerahkan kulit wajah anda. Sebab menurut pakar kecantikan berwudhu di percaya mampu menghilangkan noda kotoran. Dengan begitu wajah anda lebih nampak segar dan bersih.

9. Di sunnahkan oleh Rasulullah

Pernah sahabat Nabi, iaitu Al Bara’ bin Azib RA menyampaikan bahawa Rosulullah SAW pernah bersabda kepada dirinya.

“Apabila engkau hendak mendatangi pembaringan (tidur), maka hendaklah berwudhu terlebih dahulu sebagaimana wudhumu untuk melakukan shalat.” (HR. Bukahri dan Muslim).

Anda masih ragu pada manfaat wudhu sebelum tidur? Tinggalkanlah keraguan tersebut!

10. Menstimulasi saraf pusat

Menurut penelitian yang di lakukan oleh Prof. Leopold Warner Von Ehrenfels, beliau adalah psikiatrik sekaligus ahli perubatan neurology dari Austria mengakui sesuatu yang istimewa ketika seseorang berwudhu. Pusat saraf manusia yang paling peka adalah pada bahagian tangan, kaki serta sebelah dahi. Ketiga bahagian ini boleh di katakan sangat sensitif dengan keadaan air segar. Sehingga ketika anda membasuh ketiga bahagian tersebut, secara tidak langsung anda membangunkan dan menstimulasi saraf pusat.

11. Menghindari penyakit kulit

Bahagian tangan, muka, serta kaki adalah bahagian yang paling efektif untuk menyalurkan kuman serta kotoran. Sebab ketiga bahagian tersebut yang paling banyak bersentuhan secara langsung dengan benda asing atau pathogen. Oleh sebab itu, perlu dilakukan pembersihan berulang kali. Manfaatnya adalah untuk mengurangi kemungkinan terkena penyakit kulit.

12. Menormalkan degupan jantung

Salah satu kegiatan wudhu yang sangat memiliki khasiat terbaik adalah ketika anda membasahi anggota tubuh ke air. Hal ini mampu membuat kenormalan jantung untuk berdegup lebih stabil. Hasil ini bahkan sudah di teliti oleh Doktor Ahmad Syauqy yang pakar di bidang penyakit dalam dan penyakit jantung di London.

13. Menyembuhkan insomnia

Anda kerap mengalami susah tidur? Ya, insomnia memang banyak menyerang para remaja. Padahal menurut kesihatan, tidur terlalu malam, bahkan pagi atau tidak tidur sekalipun mampu merosak organ anda secara automatik. Maka kebiasaan insomnia memang sebaiknya di hilangkan. Caranya? Cukup ambil air wudhu sebelum tidur.

Alasan Berwudhu itu Baik

Melakukan istinsaq atau memasukkan air ke dalam hidung ternyata bermanfaat untuk kesihatan hidung kita. Mencuci tangan baik sampai pergelangan tangan serta sampai siku yang di ulang hingga tiga kali juga menjaga kita dari kuman kuman jahat. Sebab kebanyakan alat perantara kuman masuk ke dalam tubuh melalui tangan. Kebersihan kulit serta kelembaban juga boleh terjaga ketika anda sering melakukan wudhu. Menjaga kebersihan telinga. Sebab bahagian yang jarang di jangkau manusia ketika membersihkan badan adalah telinga.

Dan yang terakhir kita menjaga kesihatan kaki, baik dari telapak kaki, jari jemari kaki, serta mata kaki. Begitulah ulasannya mengapa wudhu itu menyihatkan. 

Itulah beberapa manfaat yang di ulas mengenai manfaat berwudhu sebelum tidur. Semoga berguna, jangan lupa wudhu.


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2gJsGtY
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2gx05sB
via merahhaticintaku.blogspot.my

(VIDEO&GAMBAR) Pengasuh Kata Telinga Anak Cedera Sebab Kena Gigit Semut, Selepas Pergi Hospital Rupanya..




Seorang ibu tidak menyangka telinga anaknya yang melecet teruk kononnya digigit semut seperti yang diberitahu pengasuh rupanya adalah kesan dera.

Menurut ibu berkenaan, Puan Farah Hanim, semasa mengambil anaknya itu Habib dan Haziq(abang) pengasuhnya memberitahu anaknya telah digigit semut menyebabkan telinga anaknya melecet.

Beliau yang tidak berpuas hati kerana kesan ditelinga anaknya itu bukan seperti gigitan semut telah membawa anaknya untuk membuat rawatan di Hospital.

Selepas selesai rawatan, doktor mengesahkan cedera di telinga anaknya itu adalah kesan didera.

Jom kita baca coretan ibu berkenaan.






Kita patut marah..tapi dia yang marah kita



Haziq(abang) bagi hint macam-macam kat ibu dia..tapi kite ni macam caya tak caya..siap lakonkan balik ape pengasuh buat kat dia



Sumber: Siakap Keli


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2fQmnY1
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2fQtejV
via merahhaticintaku.blogspot.my

Masih Ingat Kanak-Kanak Yang Kuat Merokok Sampai 40 Batang Sehari? Ini Gambar Terkini Selepas 6 Tahun

Masih Ingat Kanak-Kanak Yang Kuat Merokok Sampai 40 Batang Sehari? Ini Gambar Terkini Selepas 6 Tahun

ro

Pada tahun 2010, dunia dikejutkan dengan pendedahan seorang kanak-kanak berusia 2 tahun yang menjadi perokok tegar.

Ketika berumur 2 tahun, kanak-kanak lelaki bernama Ardi Rizal menjadi viral kerana mengalami ketagihan terhadap rokok yang teruk.

Ardi Rizal berasal dari Indonesia dan menjadi terkenal di seluruh dunia kerana tabiat buruknya yang kuat merokok.

Ketika kaank-kanak lalu kuat minum susu, Ardi Rizal pula kuat merokok sehingga 40 batang dalam masa sehari.

Untuk pengetahuan, setelah 6 tahun berlalu, Ardi kini akhirnya dapat berhenti dari merokok.

Ini merupakan hasil dari program pemulihan yang diaturkan oleh kerajaan Indonesia.

Kes Ardi itu menyebabkan pihak kerajaan membuka mata dan melancarkan kempen untuk menghentikan tabiat merokok dalam kalangan kanak-kanak.

Ardi telah membuktikan dia mempunyai semangat juang yang tinggi dan kini telah berjaya membuang tabiat tersebut.

Di umur 8 tahun, Ardi kini telah berjaya berubah menjadi lebih sihat. -PENMERAHDOTCOM

ardi-1

ardi-2

The post Masih Ingat Kanak-Kanak Yang Kuat Merokok Sampai 40 Batang Sehari? Ini Gambar Terkini Selepas 6 Tahun appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2gIVOBn
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2gIRfqO
via merahhaticintaku.blogspot.my

(GAMBAR) JAMBATAN MIDVALLEY RUNTUH : 3 Pekerja Binaan Dilaporkan Kritikal 1 Cedera Dalam Pembinaan Yang Menghubungkan KL EcoCity & MidValley Sebentar Tadi

screen-shot-2016-11-30-at-4-44-17-pm

BANGSAR: Sebuah jambatan dalam binaan yang menghubungkan KL Eco City dengan Mid Valley runtuh kira-kira jam 3.33 petang tadi. 

Kejadian runtuhan menyebabkan 3 orang pekerja kritikal manakala seorang mengalami cedera ringan.

Ketua Pusat Pergerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Samsol Maarif Saibani, berkata pihaknya menerima laporan jam 3.33 petang dan mengerahkan 23 anggota dari Balai Bomba Pantai, Hang Tuah dan Seputeh ke tempat kejadian.
“Difahamkan, binaan itu runtuh dan menghempap pekerja. Berdasarkan maklumat awal, terdapat 5 atau enam mangsa.

“Tapi setakat ini tiga disahkan kritikal dan seorang cedera,” katanya dipetik laporan Berita Harian.

Ketika ini operasi menyelamat masih dilakukan di lokasi kejadian.

screen-shot-2016-11-30-at-4-20-01-pm

screen-shot-2016-11-30-at-4-45-04-pm

screen-shot-2016-11-30-at-4-44-49-pm

15

screen-shot-2016-11-30-at-4-57-41-pm

 

The post (GAMBAR) JAMBATAN MIDVALLEY RUNTUH : 3 Pekerja Binaan Dilaporkan Kritikal 1 Cedera Dalam Pembinaan Yang Menghubungkan KL EcoCity & MidValley Sebentar Tadi appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2fPVAL9
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2fPRBhI
via merahhaticintaku.blogspot.my

Azan Merupakan Suara Yang Paling Indah Di Dunia – Morgan Freeman

Azan Merupakan Suara Yang Paling Indah Di Dunia – Morgan Freeman

mf

Pelakon hebat Hollywood, Morgan Freeman sememangnya dikenali ramai. Pelbagai filemnya menjadi box-office dan boleh dikatakan dia merupakan pelakon yang dihormati ramai.

Sejak kebelakangan ini, telah tersebar satu video menunjukkan Morgan Freeman memuji keindahan panggilan azan untuk sembahyang.

Menerusi sebuah temubual yang dijalankan oleh pihak National Geographic, Morgan sebagai pengacara menyatakan bahawa panggilan azan untuk orang-orang Islam sembahyang merupakan sebuah suara yang paling merdu yang pernah beliau dengari di dunia ini.

Kenyataan yang dibuat bersempena dengan larangan pihak Yahudi terhadap laungan azan di sekitar kawasan Baitulmaqdis baru-baru ini.

Di dalam video tersebut Morgan Freeman turut cuba melaungkan azan. -PENEMRAHDOTCOM

The post Azan Merupakan Suara Yang Paling Indah Di Dunia – Morgan Freeman appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2gwjfPo
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2fKFsaE
via merahhaticintaku.blogspot.my

Tuesday, 29 November 2016

Ketika Tarik Hand Brake, Perlu Tekan Punat Atau Tidak? Ini Jawapan & Penjelasannya


Setelah anda selesai membetulkan kereta di petak parking, dan meletakkannya pada gear parking atau natural, perkara terakhir yang perlu dibuat adalah menarik hand brake.

Disini timbul sedikit kecelaruan sama ada perlu atau tidak kita menekan punat di bahagian depan hand brake untuk menarik brek.

Kecelaruan ini mungkin juga timbul disebabkan ada 'kata-kata' orang yang mengatakan jika tidak menekan punat itu, hand brake akan cepat rosak. Atau ada juga yang takut dengan bunyi 'kreeekkkk' pada hand brake ketika ditarik kerana dikhuatiri hand brake akan haus.

Jason Fenske dari chanel Youtube Engineering Explained memberikan jawapan kepada persoalan ini dan penjelasan teknikal disebalik jawapan itu.

Perlu Tekan Atau Tidak? 
Jawapan yang diberikan oleh Fenske adalah tidak perlu tekan. Tetapi tidak salah untuk menekan kerana ia tidak memberi apa-apa kesan buruk kepada hand brake. Namun dengan tidak menekan punat itu, akan ada bunyi 'kreeekkk' yang boleh memberi 'feedback' kepada pemandu ketika menarik hand brake. 

Penjelasan Teknikal

Menurut Fenske, sistem hand brake sangat mudah. Punat di hand brake dicipta hanya ketika untuk menjatuhkan hand brake sahaja.

Apabila punat tidak ditekan, satu komponen besi akan mencengkam satu komponen bergerigi yang dikenali sebagai Ratchet Segment. Jika punat ditekan, besi yang mencengkam Ratchet Segment itu akan dilepaskan.


Keadaan hand brake ketika punat tidak ditekan


Keadaan hand brake ketika punat ditekan.

Adakah Ratchet Segment Itu Akan Haus Jika Selalu Tidak Tekan Punat Ketika Tarik Handbrake?

Menjawab persoalan ini, Fenske menjelaskan faktor paling utama yang menyebabkan haus adalah haba. Komponen yang banyak menghasilkan haba akan cepat haus. Seperti contoh, brake pad yang menghasilkan geseran untuk memberhentikan tayar kereta yang berputar pada kelajuan yang tinggi.
Brake pad

Jadi, dalam kes hand brake, kesan hausnya amat halus sekali dan Fenske menyifatkannya dengan berkata "kereta tak boleh pakai langsung baru hand brake haus".

Dengan mengetahui penjelasan teknikal di sebalik sistem hand brake, kami yakin anda akan boleh menarik hand brake kereta anda dengan lebih yakin!


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2gI44Sp
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2gIbVPV
via merahhaticintaku.blogspot.my

Nama Saja Pendakwah, Sanggup Aibkan Orang Dan Jual Agama Untuk Raih Simpati?


Sejak dua hari lepas, viral mengenai tulisan seorang individu yang menggunakan nama Diana Iman Heart di Facebook, mendakwa dirinya pendakwah mengenai seorang anggota RELA yang dikatakan menghalangnya dari ‘menjalankan kempen menutup aurat’

Sebenarnya apa yang penulis faham, wanita itu dihalang dari membuat persiapan di gerainya yang menjual pakaian muslimah kerana lewat selama sejam di Karnival Mega Sale anjuran KPDNKK di Dataran Angsana.

Tulisan Diana Iman Heart boleh dibaca di bawah:

Kata orang, mendengar cerita sebelah pihak adalah tidak adil. Ramai yang mengecam tindakan anggota RELA bernama Rosli itu tanpa mengetahui keadaan sebenar.

Bagaimanapun, seorang pengguna Facebook telah menulis mengenai sikap Diana yang kelihatan cuba mengaibkan anggota RELA bernama Rosli itu bukan untuk mendapatkan keadilan, tapi hanya kerana melampiaskan amarah. Ikuti tulisan Maz Mazratul Humairah mengenai Diana Iman Heart.

Terbaca kisah viral pasal RELA dan penjual pakaian islamik. Bukan RELA je. Jururawat, Guru pun pernah kena. Dajjal belum keluar dah sibuk viral cerita fitnah (cuba baca gambar di komen bawah dan cuba telefon KPDNKK Johor).

Isi yang saya nak sampaikan.

Manusia memaki hamun kerja RELA hanya cerita di sebelah pihak sahaja. Kalau nak marah selesaikan di pejabat bukan diviralkan.

Tiada sudah sifat tabbayun. Jangan cetus rasa tak hormat pada kerja begitu. Hanya sebab seorang RELA kita nafikan kebaikan RELA yang banyak tolong jadi penjaga. Hanya sebab jururawat tertidur, jururawat lain kena maki. Hanya sebab seorang guru bermasalah, hilang adab dengan guru yang lain. Pernah tanya masalah orang yang dituduh? Yang dimalukan dengan viral?

Logiknya sesiapa pun kalau dia dipihaknya mesti ceritanya akan memihak diri dia, dia dianiaya, dia dizalimi. Pernah tanya pihak RELA tadi apa sebenarnya terjadi? Penzina mengaku berzina pun Nabi tak terus hukum.

Memaki lebih mudah dari lafaz zikir. Tapi tak apa lepas viral, tutup kes. Di padang mahsyar boleh cari semula utk minta maaf.

Asalkan puas hati boleh meluahkan perasaan. Perasaan keluarga orang tak fikir sebab bukan keluarga kita. Orang hilang pekerjaan tak mengapa asalkan bukan kerja kita.

Kalau pun realitinya RELA itu salah tapi anda dapat apa dengan menghina orang? Menghina pekerjaan orang?

Nak tunjuk pada dunia yang beginilah akhlak muslim? Nak tunjuk pada Jepun yang mereka lebih tepati masa dari muslim? Kalau nak buat kisah tauladan tutup muka orang. Ini kes memang nak lampiaskan amarah.

Dalam penceritaan RELA itu memang salah sebab nampak macam tiada budi bicara, budak-budak yang cerita memanglah. Tapi dia tegas dengan kerjanya, dia ada integriti. Kes budi bicara nilah yang banyak bagi lepas orang asing masuk kawasan. Kemudian banyak jenayah berlaku dan akhirnya yang disalahkan pegawai keselamatan.

Buat kerja salah,tak buat salah. Salah sedikit kena maki hamun… viral. Padahal memang tak salah pun. Jadi kambing hitam nak lariskan page.

Apa yang saya nampak.
Manusia yang tiada disiplin.

Lewat sejam bukan seminit. Sebelum nak dakwah orang… kita dakwah diri kita dengan surah Al Asr’. Sumpah atas masa.

Guna simpati agama untuk menjual.

-Kalau betul kita berdakwah,anggaplah ianya cabaran. Banyak lagi tempat kita boleh menjual. Banyak lagi tempat kita boleh berdakwah. Manusia menyokong guna sentimen agama dalam masa sama memaki, memperlekeh kerja orang dan ambil cerita sebelah pihak sahaja. Kemudian nak jual-jual nama Allah. Sebab itu kes penipuan guna agama ni berleluasa siap boleh jadi jutawan dan kebal undang-undang.

Biasalah sebenarnya kalau ikut majlis kadang kita lambat,semua orang pernah lalui. Kena halau balik pun ada. Hangus duit gerai. Tapi isu ini kenapa sampai nak malukan orang hanya sebab tak puas hati? Kalau nak viralkan sebagai tauladan, tutuplah muka orang.

Tapi kalau kita memang nak malukan orang, dah berjaya dah. Siap page sampah buat modal cerita nak tarik trafik yang akhirnya bagi ancaman kepada kerja orang yang kasihan anak bini dan keluarga. Memalukan…

Banyaknya kezaliman yang maslahat kepada umum kisah peribadi juga yang kena viral. Tiadakah istilah dalam hidup kita memberi harapan pintu rahmat pada orang lain?

Sudah-sudahlah jual nama Allah dan agama untuk keuntungan dunia. Banyak lagi teknik pemasaran lain boleh cuba.

Trip bisnes untuk MAS lambat sepuluh minit dia tutup gate walaupun dah bayar beribu harga tiket. Kalau logiknya boleh lagi budi bicara. 10 minit bukan sejam.

Jangan amalkan sangat suka memaki dan viralkan aib individu. Lagi-lagi yang terikat dengan etika kerja. Bukan senang nak dapat kerja. Fikir juga periuk nasi anak yang sekolah.

Sekuriti di pejabat sini kalau tak tegas kena buang terus, sebab banyak kes orang luar masuk dan kawtim. Sekuritikah salah? Kalau tak puas hati pergi jumpa ketua atau buat laporan polis.

Susah tuhan nak berikan kita kepimpinan yang berintegriti. Sebab kita sebagai rakyat tak pentingkan disiplin, tak kisah intergriti dan lebih suka jadikan kisah viral sebagai hujah kebenaran.

Siapa kuasai media dialah benar.

Jadi apakah sebenarnya yang berlaku pada masa itu? Menurut seorang penguna Facebook, Mohd Hamdan, yang berada di situ pada hari kejadian (majlis perasmian Karnival Mega Sale KPDNKK), Diana lambat sejam ke karnival itu, tidak seperti orang lain yang semuanya membuat persiapan lebih awal.

Ketika Diana sampai, DYMM Sultan Johor telah berada di majlis untuk merasmikan karnival itu.



Malah, wakil KPDNKK juga memberitahu Rosli telah menjalankan tugasnya mengaga keselamatan majlis dengan baik.


Jadi sudah jelas di sini, Rosli sebagai kawalan sekuriti hanya menjalankan tugasnya. Sekiranya dia melepaskan Diana untuk membuat persiapan, dia pula akan dipersalahkan kerana ia seolah-olah tidak menghormati kehadiran Sultan sebagai pemerintah negeri.

Pemerhatian penulis, apa yang berlaku ialah salah Diana sendiri kerana lewat sampai ke acara. Sekiranya Diana ingin membuat aduan mengenai apa yang telah berlaku, dia sepatutnya mengajukan aduannya kepada penganjur majlis iaitu KPDNKK.

Rosli hanya mengikut peraturan dan menjalankan amanah yang diberikan kepadanya.

Justeru, sekalung tahniah diucapkan kepada anggota RELA, Rosli, yang telah bertugas dengan penuh dedikasi.

Sumber : Maz Mazratul Humairah FB


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2g4txFC
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2fK4K8O
via merahhaticintaku.blogspot.my